Bab 3

4.3K 511 73
                                    

Dayyan dan Nayla ketika berada di sekolah menengah.

Kecil besar, kecil besar saja mata Nayla memandang seorang perempuan yang sedang berborak dengan Dayyan. Nayla mencebirkan bibirnya sebelum menjulingkan biji matanya ke atas. Gedik!

"Hai Nayla."

Nayla membalas sapaan Amsyar dengan senyuman kekok. Dikerling sekali ke arah Dayyan dan seorang perempuan tadi. Masih berborak dan ketawa. Nayla menyampah.

"Boleh Amsyar duduk sini? Dari tadi Amsyar tengok Nayla duduk seorang diri."kata Amsyar dan mengambil tempat duduk dihadapan Nayla.

"Saya tak cakap apa-apa pun lagi tapi awak dah duduk. Tak malu ke?"soal Nayla selamba. Dia melepaskan ketawa kecil selepas melihat riak wajah Amsyar yang sudah berubah.

"Saya gurau sajalah. Muka tu cover sikit. Mata nampak berair dah tu."usik Nayla lagi. Ditepuk perlahan meja batu itu kerana terhibur.

"Awak punya gurauan tu kasar sangatlah."kata Amsyar dengan kekok.

"Tahu tapi saya tak kisah. Ini gurauan saya bukan gurauan awak."balas Nayla sarkastik. Tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Matanya kembali memandang ke arah Dayyan dan seorang perempuan tadi.

"Awak buat apa sekarang ni Nayla?"

Mata Nayla kembali memandang ke arah Amsyar sambil menjongketkan sebelah keningnya ke arah lelaki itu.

"Saya tengah menikmati permandangan tapi itulah penikmatan saya ni telah diganggu oleh awak."balas Nayla dengan wajah mendatar.

Bukan sengaja dia nak layan Amsyar begini tetapi sejak dia tahu yang Amsyar sukakanya terus Nayla blacklist Amsyar. Nayla cuma suka Dayyan.

"Jadi saya kena pergi ke?"soal Amsyar polos.

Nayla mengeluh perlahan. Susahlah hidup begini.

"Kalau awak terasa bolehlah pergi."

Mata Nayla kembali memandang ke arah Dayyan. Terbutang biji mata Nayla apabila melihat perempuan tadi nenyentuh lengan Dayyan. Cari gaduh betul ni.

"Awak minum kopi ni?"soal Nayla sambil memegang tin minuman milik Amsyar.

"Minum tapi kalau Nayla nak bolehlah ambil."balas Amsyar dengan senyuman.

"Nice. Nanti saya belanja awak kopi ni balik. Sebagai ganti and no objection!"tegas Nayla bersuara apabila melihat Amsyar seakan-akan ingin menolak pelawaannya.

"Bye!"laju kaki Nayla mendekati tubuh Dayyan dan seorang perempuan tadi.

"Argh!"Nayla berpura-pura tersadung sehinggakan ait kopi terpercik sehingga mengenai baju perempuan yang menyentuh lengan Dayyan.

Laju tangan Nayla memaut pinggang Dayyan. Lagi membuatkan senyuman Nayla melebar adalah Dayyan turut memegang lengannya agar dia tidak terjatuh.

"Nay-Nayla okay?"soal Dayyan perlahan. Pipinya berubah merah apabila merasakan pinggangnya yang disentuh oleh Nayla.

"Hey, Dayyan. Saya yang basah tapi awak sibuk tanya pasal perempuan ni kenapa?"perempuan tadi menghentak kaki dengan geram.

"Baju tu boleh basuh tapi kalau jatuh boleh sakit."balas Dayyan tanpa memandang perempuan itu. Tangannya menolong Nayla agar gadis itu dapat berdiri dengan baik.

"Maaf."kata Nayla perlahan dan tanpa sedar dia menayangkan senyuman sinis kepada perempuan itu.

"Buta!"kutuk perempuan itu.

"Jaga percakapan awak, Dhea."tegur Dayyan datar.

"Sepatutnya awak marah dia, Dayyan. Habis kotor baju saya."adu Dhea sambil memuncungkan mulut. Dikibas bajunya bagi menghilangkan kesan kopi itu.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now