Bab 11

3.3K 455 48
                                    

Tangan Nayla naik memeluk tubuh selepas dirinya selesai makan. Dari tadi dia perhati Dayyan yang masih tidak lepas memandang ke arah telefon itu. Nayla mendengus geram.

Nayla lagi cantiklah dari telefon tu!

"Saya dah habis makan."kata Nayla sedikit kuat untuk menarik perhatian Dayyan. Nampak lelaki itu seperti tiada tanda-tanda mahu mematikan telefon.

Dayyan memandang ke arah Nayla sekilas sebelum kembali memandang ke arah skrin telefon.

Nayla mengigit bibir bawahnya sedikit kuat. Kena palau! Nayla mengangguk kepalanya sebelum menarik senyuman sinis. Fine! Tak nak layan dia kan. Tak apa, biar Nayla cari orang yang nak layan dia.

"Hai handsome."Nayla menyapa tiga orang lelaki yang lebih kurang sebayanya dengan senyuman manis. Sebenarnya dia perasan yang mata-mata tiga lelaki itu tidak berhenti menjeling ke arahnya.

"Weh perempuan cantik tu tegur kau!"bising tiga orang lelaki itu.

"Hai awak."lelaki berkemeja hitam itu membalas sapaan Nayla dengan lembut. Tersipu malu dia memandang ke arah Nayla.

Melihat tingkah laku malu-malu lelaki itu membuatkan Nayla melepaskan ketawa kecil. Comel! Nayla tak tipu.

Mendengar ketawa lembut dari Nayla itu membuatkan mata Dayyan menjeling sekilas ke arah lelaki berkemeja hitam itu.

"Comel."puji Nayla perlahan dengan sengihan.

Nayla menjeling Dayyan sekilas sebelum kembali memberi tumpuan kepada lelaki berkemeja hitam itu.

"You're interesting, man. I like it!"kata Nayla manja. Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada lelaki berkemeja hitam itu sewaktu Dayyan memandang tajam ke arahnya.

Dayyan berdehem perlahan sebelum mematikan telefonnya. Tangan naik memeluk tubuh sendiri dengan mata yang tajam memandang ke arah kesayangannya yang nakal tu.

"Saya Nay--"

"Sayang."potong Dayyan. Sengaja dia membekukan wajah selepas melihat mata bulat gadis itu terkebil-kebil memandang ke arahnya.

Aish this girl. Too cute to handle.

"Are you done?"soal Dayyan lembut. Dia mendekatkan tubuhnya ke meja sehingga dadanya hampir bertemu meja.

"Done what?"soal Nayla dengan riak wajah blur. Mukanya mula terasa berbahang malu.

"Eating, baby. Aku nak balik rumah secepat yang mungkin."balas Dayyan sambil menongkat dagunya menggunakan tangan.

"Bu-buat apa balik rumah?"soal Nayla lagi. Otak dia dah tak dapat berfungsi dengan baik.

"Hug you."balas Dayyan. Dia memberikan senyuman manis kepada Nayla yang semakin membeku itu.

"Hug?"berkerut dahi Nayla memandang wajah Dayyan yang masih tersenyum itu.

"Yeah, hug you tightly because I miss my baby boo."mata Dayyan turun memandang jari Nayla yang bercincin. Hujung garfu diketuk perlahan pada berlian cincin itu.

"Kau tahukan yang aku tak boleh nak jauh dari kau walaupun satu meter. Right, sayang?"terjongket sebelah kening Dayyan dengan senyuman sinis.

Nayla mengetap bibirnya yang ingin ternganga itu. The hell! Dia yang nak mainkan perasaan Dayyan tetapi alih-alih lelaki itu memanipulasi segala-galanya. Ini tidak adil untuk seketul Nayla!

Tajam mata Dayyan memandang tiga orang lelaki itu. Muncung garfu diagkat sekaligus mengangkat jari Nayla yang bersarung cincin itu.

"She's mine. Back off, boys."mendatar nada suara Dayyan. Dia kembali menurunkan tangan Nayla.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now