Bab 4

4.3K 521 180
                                    

Kaki Nayla memasuki cafe universiti dengan senyuman melebar. Kakinya berjalan mendekati Dayyan yang berseorangan sambil membaca buku itu.

Dayyan nampak maskulin dengan baju kemeja putihnya beserta lengan yang dilipat sehingga ke siku itu amatlah membuatkan hati Nayla cair. Dahlah lengan Dayyan tu sado.

"Hai Ayyan."sapa Nayla dengan senyuman manis.

"Boleh Nayla duduk dekat sini dengan Ayyan?"soal Nayla polos. Jarinya menunjuk ke arah kerusi yang berada di hadapan Dayyan.

"Duduklah."pelawa Dayyan tanpa memandang ke arah Nayla. Bukan sombong tapi malu.

"Kitakan baru habis exam jadi kenapa Ayyan masih study?"soal Nayla memecahkn kesunyian. Tangannya diletakkan di bawah dagunya tanpa melepaskan pandangan mata dari Dayyan.

Terkebil-kebil mata Dayyan mendengar soalan dari Nayla. Sebenarnya fokus dia telah hilang sejak Nayla datang tegurnya. Hatinya tidak berhenti berdegup dengan laju.

"Nayla tanya ni."meleret nada suara Nayla apabila tidak menerima sebarang balasan dari Dayyan.

"Saya saja nak refresh balik apa yang saya belajar walaupun dah exam. Mana tahu suatu hari nanti semua yang belajar ni berguna dekat tempat kerja pula."balas Dayyan sedikit kekok. Wajah terasa hangat apabila mata Nayla masih tidak lepas memandang wajahnya.

"Ayyan jangan risaulah. Nanti semua ni tak berapa nak berguna sangat. Akan ada satu benda yang paling berguna di masa akan datang. Ayyan nak tahu tak apa?"soal Nayla sambil menjongketkan sebelah keningnya kepada Dayyan.

"Apa dia?"soal Dayyan ingin tahu.

"Menjadikan Nayla Madeeha sebagaj isteri kepada Dayyan Akhtar."jawab Nayla selamba. Dilayangkan flying kiss kepada Dayyan sebelum dia melepakan ketawa kecil. Terhibur melihat wajah Dayyan yang semakin jelas kemerahannya.

"Nayla masih suka saya ke?"soal Dayyan tanpa sedar.

"Bukan setakat suka tapi saya cinta, sayang, suka, rindu dan semualah yang ada kena mengena. Kenapa? Dayyan nak ajak saya kahwin dah ke?"soal Nayla dengan mata yang bersinar-sinar.

Perlahan-lahan Dayyan menggelengkan kepala dengan wajah bersalah. Risau Nayla terasa atau sedih.

"Kita masih muda untuk bina hubungan. Saya masih tak bekerja jadi macam mana saya nak jaga Nayla kalau kita berkahwin."kata Dayyan bagi menenangkan Nayla apabila wajah gadis itu berubah. Tanpa Dayyan sedar, dia sudah memberi harapan kepada Nayla.

Pipi Nayla terasa berbahang. Jadi Dayyan memang nak berkahwin dengan dia lah? Nayla tak sabar nak tunggu hari itu tiba!

"Nayla okay ke?"soal Dayyan risau apabila melihat Nayla yang membisu itu.

"Okay! Ayyan jangan risaulah sebab baby boo Ayyan ni kuat."usik Nayla sebelum menekup wajahnya dengan tangan. Malu!

"Dayyan."

Nayla dan Dayyan serentak mengangkat kepala memandang seorang perempuan yang berdiri di sebelah meja mereka.

"Iya?"terkebil-kebil mata Dayyan memandang perempuan itu.

Nayla mencebirkan bibirnya dengan wajah meluat. Bukan dia tak kenal siapa perempuan itu. Maria. Kononnya dia perasan semua lelaki dekat universiti itu semua minat dekat dia.

"Erm boleh Maria ajak Dayyan dinner? Maria teringin nak beramah mesra dengan Dayyan."kata Maria malu-malu. Jarinya naik memintal rambut sendiri.

"Maaf tapi saya tak keluar malam dengan perempuan yang bukan mahram."tolak Dayyan lembut. Matanya kembali memandang ke arah Nayla dan turun memandang ke arah bukunya semula.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें