Bab 8

4K 511 108
                                    

Nayla menutup mulutnya apabila terbuka luas akibat menguap. Terkedip-kedip mata Nayla bagi menghilangkan mengantuk dan bosan. Noel, Noah dan Nadda kalau dah shopping memang tak ingat dunia.

"Mana tiga jin ni."gumam Nayla sambil memerhati sekeliling mencari susuk kembar tiga tetapi langsung tidak kelihatan.

"Argh!"terjerit Nayla apabila dirinya hampir dipeluk oleh seseorang. Tangan naik mengurut dada bagi menenangkan diri yang masih terkejut itu.

"Gila ke?"sembur Nayla tanpa melihat orang tersebut. Masih dalam fasa menenangkan diri.

"Not me but you."

Tajam mata Nayla memandang wajah orang tersebut. Terketap bibirnya sebelum laju tangan menampar lengan lelaki itu.

"Bertahun-tahun belajar dekat oversea tu dah tak tahu bagi salam ke? Nak saya ajar?"perli Nayla sambil memeluk tubuh sendiri. Kaki bergerak menjauhi tubuh lelaki itu.

"Boleh juga. Jarang aku nak jumpa ustazah comel macam ni."kata Dayyan sambil menyengetkan kepalanya untuk menatap wajah Nayla.

"Tak apalah, tak jadi. Saya tak ajar orang poyo macam awak."balas Nayla sebelum berjalan meninggalkan Dayyan.

"Ajarlah, sayang. Mana tahu waktu kau ajar tu tiba-tiba boleh terkahwin. Kau juga yang seronok sebab dapat suami hensem."kata Dayyan dan berjalan disebelah Nayla.

Hampir tersadung Nayla selepas mendengar perkataan sayang yang baru saja keluar dari mulut Dayyan. Nayla berdehem perlahan bagi menghilangkan bahang di pipi.

"Apa sayang-sayang? Tak malu ke panggil orang macam tu?"atas bawah mata Nayla memandang Dayyan. Senyuman yang mahu terbentuk dibibir itu ditahan.

"Tak sebab Nayla memang kesayangan Dayyan."Dayyan menayangkan senyuman manis kepada Nayla. Sengaja kepalanya disengetkan sedikit ke tepi.

"Awak--"terketap bibir Nayla tiada perkataan yang mahu keluar dari mulutnya. Nafas dihela perlahan apabila terasa bahang di pipi.

Penangan Dayyan amat menyesakkan dada.

"Awak?"terjongket sebelah kening Dayyan menunggu bicara seterusnya dari Nayla.

"Ouh jangan teruskan ayat kau sebab aku tahu apa yang kau nak kata. Kau nak cakap yang aku milik kau kan? Aku tahu because I forever yours, Nayla Madeeha."dikenyitkan sebelah matanya kepada Nayla sebelum dia menepuk perlahan kepala gadis itu.

"Semakin pelik saja perangai awak ni. Saya tak nak dah berkawan dengan Dayyan yang sekarang."kata Nayla sambil menggelengkan kepalanya. Dia menepis tangan Dayyan dengan wajah dingin.

Act fool, Nayla! Act fool!

Nayla menghentikan langkah secara mengejut apabila laluannya dihalang oleh Dayyan. Nasib sempat brek.

"Kalau tak nak kawan, kau nak apa?"soal Dayyan serius. Tangannya sudah naik memeluk tubuh.

"Nak kahwin."

"Jom."laju Dayyan menarik lengan baju Nayla.

"Pergi mana?"soal Nayla dengan wajah berkerut.

"Pejabat agama."

"Betul ke? Betul ke? Betul ke?"soal Nayla berkali-kali dengan wajah bersinar-sinar.

"Taklah. Gurau saja."balas Dayyan mendatar dan melepaskan lengan baju Nayla begitu saja.

Terkebil-kebil mata Nayla selepas lengan bajunya dilepaskan. Tak tipu tetapi Nayla terasa dan berkecil hati. Dayyan seolah-olah mempermainkan hati dan perasaannya.

"Awak ingat hati dan perasaan saya ni mainan ke? Awak ingat saya menipu ke bila saya cakap saya suka dan cintakan awak sampai awak sanggup mainkan perasaan saya macam ni?"soal Nayla dengan wajah mendatar. Menangis? Itu bukan Nayla kalau menangis disebabkan lelaki tak guna macam Dayyan.

"Kalau awak rasa gurauan awak tu kelakar, awak boleh pergi mati. Mainkan perasaan orang bukan suatu perkara yang kelakar. Stupid!"kutuk Nayla dengan wajah tegang.

"Belajar sampai oversea tapi tetap bodoh!"sambung Nayla lagi sebelum laju berjalan meninggalkan Dayyan begitu saja. Panas saja hatinya.

Mulai hari ini Nayla mula benci Dayyan tapi hari ni sajalah. Hari lain nanti Nayla fikir lain.






TANGAN Nadda naik menepuk dahi selepas mendengar cerita dari Dayyan.

"Betullah cakap kakak tadi. Abang ni walaupun belajar dekat luar negara tetapi tetap bodoh. Bukan setakat bodoh, buta pula tu."kutuk Nadda selamba. Mata dijulingkan ke atas.

Noah dan Noel mengetap bibir apabila mahu ketawa selepas mendengar balasan dari Nadda. Sejujurnya mereka setuju dengan kata-kata Nadda.

"Kakak tu suka dekat abang jadi memang dia marahlah bila abang bergurau macam tu. Kalau Noel pun Noel marah sebab abang seolah-olah bagi harapan."sampuk Noel dengan tenang.

"Jadi abang kena pujuk kakak ke?"soal Dayya polos.

"Abang ni tak pernah bercinta ke apa?"bekerut dahi Nadda mendengar soalan dari Dayyan.

"Tak."

"Dekat oversea pun tak pernah bercinta?"soal Noah dengan wajah tak percaya. Muka hensem macam tu pun tak akan tak ada yang berminat. Muka dia yang level-level daddynya pun masih ramai yang minat. Maklumlah bak kata mommy janji ada roti.

"Macam mana nak bercinta kalau dah setiap kali pandang perempuan lain saja mesti teringat dekat Nayla."balas Dayyan sambil mengeluh.

Tangan Nadda naik menekup mulut. Menyesal dia tak record. Kalau record tadi boleh dia bagi kakak dia untuk dengar balasan dari Dayyan tadi.

Okay Nadda nak cari bakal suami macam Dayyan!

"Jadi apa abang kena buat?"soal Dayyan selepas lama berdiam diri.

"Abang bagi sajalah bunga ke coklat ke ataupun abang pergi saja jumpa kakak dan minta maaf. Kakak tu walaupun mulut dia berbisa tapi hati lembut. Senang maafkan lagi-lagi bila dia suka dekat abang. Lagi cepat cair dia."kata Nadda sambil memandang telefon.

"Minggu depan kakak ada fashion show."beritahu Nadda selepas mematikan telefonnya.

"Abang pergilah. Mana tahu boleh confess sekali dekat sana."sambung Nadda lagi dengan senyuman misteri.

"Selalunya waktu fashion show mesti kakak akan dapat hadiah special dari unknown misteri."sampuk Noah sambil menongkat dagunya memandang sekeliling. Waiter perempuan dekat cafe ni cantik-cantik.

"Unknown misteri?"soal Dayyan ingin tahu. Dia dah ada pesainglah nampaknya.

"Haah. Suspicious betul hadiah-hadiah yang orang tu bagi. Semua hadiah tu kena dengan taste kakak."balas Noah.

"Baik abang cepat sebelum terlambat."Nadda menayangkan senyuman sinis kepada Dayyan.

Kening sebelah diangkat seolah-olah mencabar Dayyan agar bertindak dengan segera.

TBC...

Miss Nayla ke saya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Miss Nayla ke saya?

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now