Bab 6

4.4K 522 144
                                    

Mendengar gelak tawa dari Dayyan membuatkan pipi Nayla terasa bahang. Kenapa hensem sangat bunyi gelak dari Dayyan. Nayla cair.

"Nayla dah kerja ke?"

Terhenti kunyahan dari Nayla apabila mendengar soalan dari Dayyan. Terkedip-kedip mata Nayla memandang wajah Dayyan yang masih tersenyum itu. Gosh, hati Nayla dah bergolek jatuh ni.

"Dah."balas Nayla perlahan dan melarikan anak matanya ke arah lain.

"Kerja apa?"soal Dayyan lagi.

"Fashion designer."balas Nayla dengan senyuman kekok.

"Yang tu bukan cita-cita Nayla kan?"soal Dayyan lagi.

"Haa?"Nayla menayangkan wajah blur kepada Dayyan. Sejak bila pula dia ada bagitahu Dayyan tentang cita-citanya.

"Iyalah sebab dari dulu lagi Nayla tak berhenti cakap yang Nayla nak jadi isteri saya. Jadi saya anggap cita-cita Nayla nak jadi isteri sayalah."Dayyan melepaskan ketawanya selepas melihat wajah Nayla yang semakin merah itu. Patutlah dulu gadis itu suka mengusik sebab mengusik orang ni seronok.

"Betullah tu."balas Nayla selamba sebelum kembali mengunyah makanan.

"Bila awak nak melamar saya kalau awak tahu cita-cita saya nak jadi isteri awak? Tak takut ke kalau cita-cita saya bertukar jadi isteri orang lain pula nanti?"soal Nayla dengan senyuman sinis.

Ini Nayla Madeeha lah! Sekali orang usik memang berkali-berkali Nayla balas.

Tersedak air yang diminum oleh Dayyan selepas mendengar soalan selamba dari Nayla. Masih tak berubah seperti dulu.

Nasiblah dimeja makan ni hanya tinggal mereka berdua saja.

"Kenapa nak cepat-cepat?"soal Dayyan tanpa membalas soalan dari Nayla.

"Sebab nak peluk awak, nak kiss awak dan--"Nayla menghentikan percakapannya sebelum mendekatkan jarak wajahnya dengan wajah Dayyan. Agak susah disebabkan jarak mereka dihalang oleh meja yang dipenuhi oleh lauk makanan.

"Nak goda awak."bisik Nayla sebelum mengenyitkan sebelah matanya kepada Dayyan. Dia kembali melabuhkan duduknya pada kerusi dengan wajah tenang.

"Can't wait to see your naughty side."balas Dayyang dengan tenang seolah-olah tidak terkesan dengan godaan Nayla sebentar tadi.

"Awak bukan Dayyankan?"soal Nayla dengan wajah mendatar.

"Kenapa?"terjongket sebelh kening Dayyan. Dia memeluk tubuh sendiri tanpa melepaskan pandangannya dari wajah cantik Nayla.

"Dayyan yang saya kenal dia pemalu dan tergagap-gagap. Dayyan yang depan saya ni terlalu poyo dan saya tak suka."kutuk Nayla selamba. Ayat terakhir itu sebenarnya ayat tipu semata-mata. Hanya nak menipu diri sendiri yang semakin tertarik dengan kekacakkan Dayyan.

"Yang pemalu dan tergagap-gagap tu ialah Ayyan. Yang berada di hadapan kau sekarang ni ialah Dayyan."Dayyan menghentikan percakapannya. Tangan bergerak membuka tiga butang baju kemeja dari atas.

Nayla melarikan anak matanya ke arah lain apabila hampir tergoda melihat tingkah laku Dayyan. Mommy help!

Kaki Dayyan berjalan mendekati Nayla dan mengepung tubuh kecil itu dengan meletakkan tangan di sisi Nayla. Wajah didekatkan dengan wajah Nayla.

"After this, you can only see Dayyan's side. Dayyan's side is more attractive and will make you fall in his arms. This dayyan will make you go crazy more than before."bisik Dayyan di hadapan wajah Nayla. Ditiup mata Nayla sehingga mata gadis itu tertutup.

"Don't ever challenge me, baby boo."bibir Dayyan tarik senyuman sinis apabila Nayla kembali membuka mata dan mata mereka kembali bertemu.

"Saya tak takut dengan awak, Dayyan Akhtar."tangan Nayla naik memegang kolar baju kemeja Dayyan.

"Saya akan tetap cabar awak sampailah awak tak akan boleh hidup tanpa saya. Don't ever challenge me too, handsome.."Nayla menolak tubuh Dayyan menjauh. Sebelum berlalu pergi, sempat Nayla melayang flying kiss kepada Dayyan.







NAYLA membalas senyuman Aunty Dasha selepas mereka melepaskan pelukkan.

"Terima kasih sudi datang."kata Malik sambil menepuk bahu Akhyar.

"Kawankan mestilah datang. Lagipun dapat makan free."usik Akhyar dengan ketawa bahagia.

"Mana tahu lepasni datang dapat menantu pula."Akhyar menjeling ke arah Nayla dengan senyuman. Dah besar sudah budak nakal tu. Dulu Naylalah salah satu bala jika disuruh dia menjaga.

"Tak lama dah. Tengok Dayyan dari tadi tak lepas pandang Nayla."usik Malik pula sebelum mereka dua melepaskan ketawa.

Nayla mengetap bibirnya apabila melihat ketawa daddynya semakin kuat. Seronok betul orang tua tu.

"Jom aku hantar kau kereta memandangkan kau dan Dayyan datang asing tadi."kata Malik sambil mengheret tubuh Akhyar ke kereta diikuti oleh Nadra dan Dasha.

Tinggallah dua pasangan yang belum halal ini.

"Till we meet again?"soal Dayyan apabila kesunyian di antara mereka melanda.

"Yes."balas Nayla dengan senyuman.

"Selagi saya belum jadi isteri awak, selagi itulah awak tak boleh pergi jauh dari saya."sambung Nayla selamba. Belum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, lengan bajunya sudah ditarik dari belakang.

"Jangan tanggalkan cincin tu."kata Dayyan dengan mata yang tak lepas memandang cincin yang berada di jari manis Nayla.

"Kalau saya tanggalkan juga?"soal Nayla berani.

"I will haunt your life."balas Dayyan mendatar.

"Okay!"balas Nayla selamba sebelum dia menarik cincin itu keluar dari jarinya.

"Hantuilah hidup saya sebab saya dah lama tunggu awak. Tak sabarnya nak kena ganggu dengan hantu hensem!"Nayla menepuk tangannya dengan wajah teruja. Sengaja nak panaskan hati Dayyan.

Ktuk!

Dayyan menjentik dahi Nayla dengan wajah tidak berperasaan.

"Perangai tak berubah."kata Dayyan sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Pergi masuk."halau Dayyan sebelum kakinya berpusing untuk berjalan ke arah kereta.

"Take care, boyfie. Kalau kak ponti nak teman jangan bagi. Kata dekat kak ponti tu yang awak saya punya. Suruh dia ganggu lelaki lain"kata Nayla sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

Bibir Dayyan tarik senyuman. Kak ponti tu pun tak berani nak cari gaduh dengan mulut berbisa awak tu Nayla.

TBC...

Dayyan takda split personality tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dayyan takda split personality tau.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now