Bab 7

5K 540 109
                                    

Kaki Nayla melangkah masuk ke dalam butik dengan senyuman. Beberapa pelanggan yang berada di dalam butik itu ditegur dengan ramah.

"Kau kenapa gembira semacam ni?"soal Dina dengan wajah berkerut. Jarang-jarang Nayla nak masuk kerja dengan wajah berseri-seri macam sekarang.

"Doa kau makbul."kata Nayla dengan senyuman sambil menepuk perlahan tangannya.

"Doa apa?"soal Dina lagi.

"Doa supaya aku berjumpa semula dengan Dayyan."kata Nayla dengan teruja. Tangannya naik menekup pipi yang terasa hangat.

"Seriuslah weh!"tangan Dina naik memegang bahu Nayla dengan wajah terkejut. Dipandang wajah Nayla dengan pandangan tak percaya.

"Betul. Semalam tetamu istimewa tu dialah. Hensem!"terjerit kecil Nayla sambil menutup mata. Tangannya bergerak mengipas  wajah sendiri yang terasa berbahang.

"Kau ada gambar dia?"soal Dina dengan teruja juga.

Mati senyuman Nayla selepas mendengar soalan dari Dina. Tajam matanya memandang wajah sahabatnya itu.

"Aku minta gambar sebab nak tahu muka Dayyan tu macam mana. Kau lupa ke yang aku dah bertunang."Dina menjulingkan biji matanya ke atas. Kuat cemburu betul kawannya itu.

"Tak ada gambar. Daddy tak bagi bawa turun telefon waktu makan."kata Nayla dengan riak sedih. Diletakkan kepalanya pada bahu Dina dengan mulut sedikit muncung.

"Nombor telefon tak minta ke?"soal Dina sambil menepuk perlahan belakang tubuh Nayla.

"Kau ni sengaja nak bagi aku mood aku rosak ke? Kan aku dah cakap yang daddy tak bagi bawa turun telefon waktu makan. Mana sempat aku nak minta nombor semua tu."tangan Nayla laju bergerak mengetuk kepala Dina dengan wajah cemberut. Sakit hati!

"Mintalah dekat mommy atau daddy kau. Mesti mereka bagi punya."giliran Dina mengetuk kepala Nayla.

"Mereka tak akan bagi punya. Mereka tahu yang nanti aku akan ganggu hidup Dayyan."Nayla mencebirkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"Memanglah sebab kau tu gatal sangat. Belum cukup umur dah pandai peluk dan cium. Sekarang dah besar ni tak tahu apa pula yang kau pandai."perli Dina sebelum kembali fokus kepada kerjanya.

"Fashion show yang ditaja tu bila?"soal Nayla sambil memandang kalendar.

"Hujung bulan ni."

"Jadi lagi dua minggulah?"soal Nayla lagi dengan wajah berkerut.

"Yes! Ouh before aku terlupa. Dato' Qael nak kau join fashion show tu."kata Dina sambil menghulurkan sekeping kad kepada Nayla.

"Dia nak aku jalan atas pentaa tu sekali dengan model yang lain ke?"soal Nayla tanpa memandang ke arah Dina. Matanya kusyuk memandang ke arah kad itu.

"Haah tapi kau nak ke? Sebab dia kena berjalan dengan pasangan."

"Memang taklah. Kau ingat aku minat nak berjalan depan orang ramai dengan lenggok sana-sini. Aku pandai reka baju saja."bantah Nayla laju. Kad itu dilempar ke atas meja kerja Dina.

"Tapi ni jalan dengan pasangan."kata Dina seperti memujuk agar Nayla menyertai fashion show itu.

"So apa kena mengena dengan aku? Nak suruh aku jalan dengan siapa? Hantu?"Nayla menjulingkan biji matanya ke atas.

"Kau ajaklah Dayyan. Tak pun kau upah sesiapa untuk jalan atas pentas tu dengan kau dan buat Dayyan jeles."cadang Dina dengan senyuman nakal.

"Mana tahu tiba-tiba propose kau untuk jadi isteri dia sebab cemburu. Kau juga yang bertuah."sambung Dina lagi. Kening diangkat berkali-kali agar Nayla menyetujui kata-katanya.

"Good idea. Pandai juga eh kau sekarang ni. Ingat pandai menyusahkan hidup aku saja."kata Nayla selamba sebelum menepis tangan Dina yang mahu menunjal dahinya itu.

"Kau yang menyusahkan hidup aku. Tak sedar diri."balas Dina tak puas hati.

Nayla buat tak tahu sebelum bibirnya tarik senyuman misteri.










DAYYAN mencabut earphone ditelinga sebelum menghentikan lariannya. Dihirup udara pagi dengan senyuman tenang.

Tiba-tiba terlintas difikirannya wajah cantik Nayla. Semakin melebar senyuman Dayyan.

"You never stop make me thinking about you, Nayla. You really drive me crazy."gumam Dayyan sendiri. Matanya memandang ke arah skrin telefonnya.

Gambar candid Nayla sewaktu gadis itu menyambut kelahiran yang ke-22. Waktu tu Dayyan masih di oversea. Papa dialah yang hantar gambar tu.

"Abang Dayyan kalau dah suka dekat kakak tu pergilah confess."

Dayyan memusingkan tubuhnya memandang salah seorang dari adik Nayla. Noeh Mateen dan diikuti kembarnya Noah Mahfuz.

"Betul."Noah menganggukkan kepalanya bagi menyetujui kata-kata kembarnya itu.

"Kakak tu dah lah ramai peminat. Siapa nama kawan lelaki dia yang selalu ganggu kakak tu, Noel?"soal Noah sambil menyenggol lengan Noel. Dia tak ingat nama lelaki itu tetapi dia tahu wajah lelaki itu.

"Amsyar."balas Noel sambil lewa. Matanya menatap pada seorang gadis yang berambut ekor kuda yang sedang berlari setempat itu. Cantik!

"Tak payah nak usya anak dara oranglah."tangan Noah naik menepuk belakang kepala Noel. Noel gatal macam daddy.

"Amsyar?"soal Dayyan dengan wajah berkerut. Macam pernah dengar tetapi dia tak ingat dekat mana.

"Haah. Dulu dia satu sekolah dengan kakak sampai sekolah menengah."balas Noel sambil menganggukkan kepalanya.

"Abang kenal."kata Dayyan selamba.

"Dah tu abang tak tahu nak mengorat kakak ke? Kakak Noah tu cantik tau. Kalau kena kebas dengan si Amsyar tu abang jangan menangis. Kita tak pandai pujuk."balas Noah dengan riak sombong. Tangan naik memeluk tubuh sendiri.

"Aku tak nak si Amsyar tu jadi abang ipar aku."kata Noel dan gilirannya pula menampar belakang kepala Noah.

"Kau boleh tak jangan spoil! Aku nak takutkan abang Dayyan!"bentak Noah dengan geram. Dasar tak tahu bagi kerjasama.

"Cakaplah awal-awal nak takutkan abang Dayyan."

"Sudah!"Dayyan menghalang tangan Noel yang mahu menampar Noah. Kepala digelengkan perlahan melihat perangai kebudak-budakkan si kembar. Depan perempuan kemain nampak macam lelaki sejati tetapi bila dibelakang perempuan kalah kanak-kanak ribena.

"Abang dah tak payah susah-susah dah nak mengorat kakak kau orang."balas Dayyan dengan senyuman tenang. Matanya kembali memandang kawasan riadah itu.

Terkebil-kebil mata si kembar memandang wajah Dayyan. Mereka tak faham sebenarnya. Kenapa tak payah susah-susah? Ada yang mereka tertinggal ke?

"Sebab dekat dalam hati kakak kau orang memang dah penuh dengan nama abang. Abang cinta pertama Nayla."sambung Dayyan lagi agar Noel dan Noah memahami.

I'm her first love and her first kiss!

TBC...

Omo first kissss!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Omo first kissss!!

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now