Bab 2

4.5K 500 140
                                    

Dayyan dan Nayla ketika sewaktu di sekolah rendah...

Tangan Nayla naik membetulkan tudung sarungnya yang sudah terkeluarnya rambut. Nayla memuncungkan bibirnya sebelum meletakkan kepala ke atas meja.

Mommy lah ni suruh dia pakai tudung. Mommy kata kalau nak jadi cantik macam princess kena pakai tudung. Lepastu mommy cakap lagi Dayyan mesti suka perempuan yang bertudung.

Ihh Nayla blushing tiba-tiba.

"Nayla okay ke?"

Nayla mengangkat kepalanya apabila disoal oleh seseorang. Terkebil-kebil matanya memandang kawan sekelasnya itu.

"Tak okaylah, Amsyar. Tudung Nayla dah tak betul."adu Naya dengan wajah sedih. Sekali lagi tangannya naik menolak rambut yang terkeluar tetapi semakin ditolak, semakin banyak rambut keluar.

"Nak Amsyar tolong ke?"soal Amsyar dengan polos. Kakinya mula bergerak mendekati kerusi Nayla.

"Amsyar tahu ke nak masukkan balik rambut ni?"soal Nayla pula. Kepala didonggak memandang wajah Amsyar yang sedikit tinggi darinya.

"Amsyar tak tahu tapi Amsyar selalu tengok kakak Amsyar masukkan rambut ke dalam tudung."balas Amsyar dengan wajah berkerut. Mengingati cara yang kakaknya yang selalu lakukan ketika membetulkan tudung.

"Te-tepi."

Secara tiba-tiba tubuh Amsyar ditolak ketepi dengan lembut. Budak lelaki yang menolak pula berdiri di hadapan Nayla.

"Hai Ayyan."sapa Nayla malu-malu. Boyfriend Nayla dah muncul.

"Bi-biar Ayyan to-tolong Nayla."kata Dayyan tergagap-gagap selepas anak matanya bertemu dengan anak mata Nayla. Mata Nayla cantik macam tuan dia.

Tangan Dayyan bergerak membetulkan tudung Nayla sehingga tiada lagi rambut yang kelihatan.

Berbahang teruk wajah Nayla apabila dapat melihat wajah Dayyan dari dekat. Nayla semakin jatuh cinta!

"Da-dah. Rambut dah ta-tak nam-nampak."beritahu Dayyam sambil menundukkan kepala.

"Terima kasih Ayyan."ucap Nayla dengan senyuman walaupun pipinya sendiri sudah merah menyala.

"Kasih diterima."balas Dayyan sebelum tangannya naik menekup mulut sendiri. Ditepuk perlahan bibirnya itu.

"Ayyan malu dengan Nayla eh?"soal Nayla sambil menyenget sedikit agar dia dapat melihat wajah malu Dayyan. Nayla melepaskan ketawa kecil.

"Malu sebab Nayla cantik."jujur Dayyan sebelum melabuhkan punggungnya ke atas kerusi disebelah Nayla. Iya, tempat duduknya memang disebelah meja Nayla.

Memang tak boleh berpisah.

"Nayla cantik hari-hari ke?"soal Nayla teruja. Sepenuhnya perhatian mata Nayla memandang wajah Dayyan.

"Haah. Nayla setiap hari cantik macam princess. Ayyan suka."kata Dayyan sebelum tangannya bergerak menekup wajah. Mulut Dayyan memang tak pandai simpan rahsia!

"Ayyan jangan malu. Nayla pun selalu suka dekat Ayyan."kata Nayla sambil mencucuk tangan Dayyan menggunakan pensel kayu. Nak sentuh tak boleh sebab daddy tak bagi. Daddy kata haram.

"Na-Nayla kalau nak min-minta tolong apa-apa, Nayla minta to-tolong dekat Ayyan saja tau. Ayyan akan cu-cuba bantu Nayla."kata Dayyan dan kali ini lebih berani. Berani melawan panahan mata dari Nayla.

Lelaki kena berani! Nanti kena rampas, Dayyan yang menyesal.

"Ocey! Nayla cari Ayyan saja lepas ni sebab Ayyan boyfriend Nayla."balas Nayla selamba.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now