BAB 18

2.5K 406 89
                                    

Kaki Nayla melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan mereka dengan senyuman lebar. Tangan naik mengusap dada yang semakin berdebar dengan laju.

"Sabar. Esok dah dapat naik atas pelamin ni dengan Dayyan." Gumam Nayla perlahan. Bibir diketap perlahan bagi menahan senyuman yang kian melebar.

Bahagia sangat pun penat. Penat tahan perasan dari peluk Dayyan. Arghh!

"How? Suka?" Soal Dayyan yang baru saja melangkah masuk ke dalam dewan. Dia berdiri rapat disebelah Nayla sambil memerhati sekeliling kawasan dewan itu.

"Sukanya. Rasa macam nak buat majlis direct seminggu. Tak nak stopkan majlis." Balas Nayla sambil menepuk tangannya.

"Mana boleh macam tu." Kata Dayyan perlahan. Dia memusingkan tubuh menghadap ke arah Nayla. Bibir automatik menarik senyuman selepas melihat wajah bahagia milik cinta hatinya.

"Kenapa pula?"

"Macam mana aku nak luangkan masa dengan kau kalau majlis buat direct seminggu? Macam mana aku nak peluk kau? Cium kau?" Dayyan membongkokkan tubuhnya sehingga wajahnya setara dengan wajah Nayla.

"How can I want to seduce you? I can't seduce you in front all of the guest. Nanti orang lain pula yang tergoda. Kau nak berebut aku dengan orang lain?" Soal Dayyan bertalu-talu.

Nayla mencebirkan bibirnya geram. Ke situ pula dia fikir. Tangannya naik memukul bahu Dayyan geram.

"Its more better dari saya berebut awak dengan lelaki songsang." Nayla mendengus nafas kasar. Mengenangkan wajah lelaki itu membuatkan mood Nayla terbang begitu saja.

Dayyan menggelengkan kepalanya perlahan. Tak faham. Kenapa tiba-tiba lelaki songsang pula.

"Baju nikah semua dah siap?" Soal Nayla tanpa memandang wajah Dayyan. Masih leka memandang hiasan di dalam dewan itu.

"Dah. Mama dah siap aturkan semua benda dalam bilik. Tinggal tunggu masa saja untuk sarungkan." Balas Dayyan tenang. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Samalah. Jodoh kita memang kuat." Nayla tersipu malu.

"Nayla Madeeha." Seru Dayyan lembut.

"Saya." Sahut Nayla dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"For the last time I want to ask you, are you ready to be my wife?" Soal Dayyan perlahan. Anak mata ditatap ke dalam anak mata Nayla. Mencari keikhlasan dan Dayyan jumpa.

Nayla menganggukkan kepalanya dengan yakin.

"Your voice. I want to listen your voice." Kata Dayyan penuh pengharapan.

"Saya dah lama bersedia sejak dari saya ajak awak kahwin masa dekat universiti. Saya tak main-main sebab hati saya memang dah penuh dengan nama awak." Kata Nayla perlahan. Malu sikit tetapi tetap nak luah juga.

"Saya tunggu hari esok. Hari dimana awak lafaz akad dan waktu tu saya serahkan my whole life and soul for you. I trust you to bring me into your happiness. Lead me to heaven." Mata Nayla mula berkaca. Nafas dihela perlahan.

"Haishh, saya simpan air mata ni untuk esok!" Marah Nayla. Kedua-dua belah tapak tangannya naik menutup mata.

Dayyan tersenyum senang. Jawapan itu yang dia harapkan dari Nayla. Dia cuma takut dia bawa Nayla masuk ke dalam hidupnya tanpa gadis itu rasa bahagia.

Dayyan pernah berjanji yang dia akan bahagiakan Nayla sebelum dan selepas membawa gadis itu masuk ke dalam hidupnya.

"Kalau esok saya tak menangis, saya nak pulangkan balik awak dekat mama." Kata Nayla tak puas hati. Rosak eyeliner dan mascara dia.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now