BAB 13

3.3K 472 88
                                    

Nayla melepaskan keluhan lega selepas selesai berjalan di atas pentas. Dadanya tidak berhenti berdegup dengan laju. Bukan kerana takut tetapi sebab dapat kenyitan mata dari Dayyan. Tergoda iman Nayla.

"Well done, Nayla."ucap Qaiser selepas berjalan mendekati gadis itu. Senyuman kacak ditayangkan kepada Nayla.

"You too, Qaiser."balas Nayla perlahan. Anak mata dilarikan ke arah lain. Mencari susuk tubuh Dayyan.

"Apa hubungan you dengan lelaki tadi?" soal Qaiser ingin tahu. Tangan naik memeluk tubuh sendiri sambil mata tidak lepas menatap wajah polos Nayla.

"Dia boyfriend saya."balas Nayla tenang. Bibir dikemam apabila mahu tersenyum. Bila sebut pasal Dayyan saja mesti bibir ni automatik nak tersenyum.

"Dah berapa lama?"datar nada suara Qaiser.

"Since I was three years old."balas Nayla menunduk. Sembunyikan senyumannya yang sudah terbentuk.

Dayyan buat Nayla jadi gila!

Tercengang Qaiser yang mendengarnya. Terkebil-kebil matanya memandang Nayla yang masih menunduk itu. Bukannya dia tak nampak yang gadis itu tengah tersenyum. Hati Qaiser mula timbul rasa cemburu.

"You're kidding me."kata Qaiser dengan ketawa kekok.

"No, I'm not kidding you. I love him since I was three years old. Saya suka dia dari hari pertama saya jumpa dia dekat restoran. My mommy said it was love at the first sight."balas Nayla laju. Dia tak bergurau bila dia katakan yang dia cintakan Dayyan.

"I'm sorry, Qaiser. Saya minta maaf jika saya ada terbagi awak harapan. Hati saya tak mudah untuk mencintai lelaki lain sebab dekat sini cuma ada satu nama, Dayyan Akhtar."sambung Nayla lagi dengan senyuman nipis. Jarinya masih berada di dada kirinya menunjuk di mana hatinya berada.

Qaiser menganggukkan kepala tanda mengerti. Dia bukan terlambat sedikit tetapi dia terlambat banyak.

"I faham. Sorry."kata Qaiser perlahan sebelum berlalu pergi. Dia menghela nafas perlahan.

"Now I know why my heart only sees you, Nayla."

Nayla memusingkan tubuhnya menghadap Dayyan yang berada dibelakangnya. Wajahnya mula terasa bahang malu. Mesti Dayyan dengar apa yang dia cakap dekat Qaiser tadi.

"You want to know why?"terjongket sebelah kening Dayyan dengan senyuman sinisnya.

Nayla menganggukkan kepalanya dengan wajah polos. Dia berundur sedikit apabila Dayyan seolah-olah mahu menghapuskan jarak di antara mereka.

"Because of your heart. You have a heart that sincerely loves me. Kau buat aku rasa dicintai."kata Dayyan tenang. Dia menunduk memandang kaki sendiri sebelum memandang wajah Nayla yang sudah berdiri tegak dihadapannya.

"Memanglah awak rasa dicintai sebab saya mencintai awak."balas Nayla dengan senyuman gediknya. Jari telunjuknya menekan dada kiri Dayyan. Keras dan berotot!

Nayla suka! Shh diam, jangan bagitahu Dayyan!

"Stop, Nayla."tangan Dayyan menggenggam jari Nayla yang masih menekan dada kirinya itu. Semakin dibiar, semakin seronok pula dia.

"Best!"kata Nayla selamba.

"Turunkan tangan kau lagi sebelah, Nayla. Aku potong tangan kau nanti."kata Dayyan mendatar. Dia memandang wajah Nayla yang sedang tersenyum gatal itu dengan wajah pasrah.

"Sentuh sikit pun kedekut."Nayla menampar lembut dada Dayyan sebelum memeluk tubuh sendiri.

"Nak sentuh lebih-lebih tu tunggu lepas kahwinlah."kata Dayyan selamba dengan senyuman sinis.

Nayla Madeeha [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now