d

98.6K 2.9K 67
                                    

"Aku nikahkan dikau Ihtisyam Arif Aqil bin Irham Auf dengan puteriku, Safa Safiyyah binti Syukri dengan mas kahwinnya sebanyak 800 ringgit tunai.."
"Aku terima nikahnya, Safa Safiyyah binti Syukri dengan mas kahwinnya sebanyak 800 ringgit tunai..."
Upacara membatalkan air sembahyang dijalankan. Terasa begitu tenang apabila Safa menyalami tangannya. Begitu juga apabila dirinya mencium dahi Safa.

Syukri menarik Arif ke sudut yang tersembunyi. "Abah dah serahkan tugas kepada Arif, dan semuanya terpulang kepada Arif. Didiklah dia, tegurlah dia, ajarlah dia dan pimpinlah dia ke jalan yang benar. Andai kata, suatu hari nanti, Arif berniat hendak melepaskan Safa, pulangkanlah dia dengan baik. Janji dengan abah, ya?" Kata Syukri. Arif hanya menganggukkan kepala.

Safa menghulurkan tangan untuk menyalami maknya, namun Sakinah menyambut acuh tak acuh. Kak Suha nya apatah lagi. Langsung tidak mahu memandang dirinya!
Safa menghampiri Syukri, "abah..." Dia ingin memeluk abahnya namun, ditolak Syukri. "Jadi isteri yang baik. Aku dah serahkan tugas kepada suami kamu. Mulai sekarang, anggap kita tidak kenal, anggap abah dan mak dah mati. Aku kecewa dengan kau! Jangan kau jejakkan kaki balik ke rumah aku!" Katanya dan terus pergi.

"Abah!!! Mak!!!" Safa meraung... "Ya Allah..." Katanya dalam tangisan, begitu hebat dugaan yang menimpanya kali ini.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now