q

85.7K 2.4K 54
                                    


"Baru balik?" Keras suara Arif bertanya.
Safa tidak menjawab soalan Arif dan terus berlalu tanpa menghiraukan Arif. Arif menarik tangan Safa dan digenggamnya dengan kuat. "Sakitlah!" Safa mencuba untuk melepaskan tangannya. "Tahu sakit! Saya tanya awak, awak dari mana ni?" Suaranya masih keras.

Safa memandang wajah Arif. Teringat kata-kata Raisha di tandas tadi. Kunci kereta diberi kepada Arif. "Saya menyusahkan je, thank you sebab pinjamkan kereta untuk saya." Kata Safa dan terus naik ke bilik. Tumpah lagi air matanya. Saat ini, dia langsung tidak dapat dan tidak mahu memandang wajah Ihtisyam Arif Aqil! Sakit hati, benci, kecil hati, kecewa, geram... Perasaannya sekarang bercampur aduk.

Arif memandang kunci di tangannya. Macam mana Safa boleh tahu tentang itu? Pintu bilik Safa diketuk. "Safiyyah.." Tombol pintu dipulas. Berkunci.
"Safiyyah, if you're awake, please let me in." Arif masih mengetuk pintu bilik Safa. Tiada jawapan. Arif berjalan masuk ke dalam biliknya. Safa menangis sepuas-puasnya. Safa mencengkam kedua-dua lututnya. Sakitnya hati cuma Yang Maha Pencipta tahu. Safa menarik nafas sedalam-dalamnya, mencuba untuk menenangkan dirinya. "Bismillahirrahmanirrahim.." Safa perlahan-lahan bangkit dari duduknya. Dia menuju ke bilik mandi.

--

Arif berbaring dan memandang siling. Pasti Safa merajuk. Tapi dari mana dia tahu semuanya? Arif mengeluh.

"Macam mana dia tahu eh?" Arif mengurut dahinya.
"Terdengar tu mustahil.. Arghhhh!!" Arif menikam kunci kereta itu dengan kuat.

"Safiyyah... I'm sorry." Arif menekup wajahnya pada bantal. Rasa bersalah sungguh kerana menuturkan kata-kata itu.

"Raisha ke yang beritahu dia? Eh, mereka bukannya kenal." Arif memusingkan badannya ke arah kiri.

"Safa Safiyyah.. Ahhh.. Kenapalah... Argh! Macam mana aku nak explain kat dia?" Arif kini duduk menghadap televisyen. Kepalanya yang tidak gatal di garu.

Handphone nya dicapai. Dia menaip satu mesej kepada Raisha.

x Raisha, sayang.. I ada benda nak tanya you.
- baby!! Apa tu? I rindu you tau....
x Did you tell anyone about my wife? And the whole story?
- ... I bagitau dua orang yg kat tandas tadi. Kenapa?
x i think you bagitau my wife lah.
- Is it? Good then! Baru dia sedar diri sikit.
x ha'ah kan yang? Baru dia tahu i tak suka dia.
- jahat la b! Takpe, as long as you sayang I. Goodnight 😘

Arif merenung mesej itu.
Entah kenapa saat ini wajah sayu Safiyyah bermain di benak fikirannya..

---

Safa melihat Facebook kakaknya, Suha Syahirah. Rupanya, keluarganya pergi bercuti ke Amsterdam. Bercuti tanpa dirinya. 'Why is everything breaking my heart? sigh..' Safa menutup telefonnya.

Safa teringat..

~~
"Safa.... Safaaaa!" Suara abah memanggilnya.
Sepantas kilat dia belari ke muka pintu dan terus memeluk abahnya itu.
"Yeay abah dah balik! Mak!! Kakak!!"

Mereka semua duduk di ruang tamu. "Suprise!" Abah mengeluarkan beberapa keping kertas.

"Wow.. Abah! Australia! Abah, macam mana abah tahu Safa ingin ke sana?" Suha dan mak hanya tersenyum mendengar celoteh Safa, si bongsu.

"Mestilah tahu. Safa teringin pergi Australia, Abu Dhabi, Amsterdam... Rata-rata tempat lah!" Abah tersenyum melihat wajah anaknya.

"Thank you abahhhh! Nanti kalau pergi jangan pernah tinggalkan Safa tau! Mak dan Kak Suha pun. Jangan tinggalkan Safa sorang-sorang." Safa menggoyangkan jari telunjuknya, tanda memberi peringatan.

Syukri, Sakinah dan Suha ketawa.
"Memang lah mak takkan tinggalkan Safa. Dia kan 'baby besar' dalam family." Kini Sakinah pula memeluk erat tubuh Safa.

"Sayang abah! Sayang mak!"

~~

Mengalir deras air matanya saat mengenangkan kisah itu.

"Mak... Abah... Kak Suha...."

"Adik dah buntu... Adik tak tau nak buat apa."
Namun otaknya kembali teringat peristiwa sewaktu nikah dulu.

"Aku di buang oleh keluarga aku sendiri. Aku di benci oleh suami aku sendiri. Aku dianggap sebagai pesalah terjahat di dunia. Aku langsung tidak dibenarkan untuk membela diri.

Di mana harus aku tuju? Andai kata suatu hari nanti aku diceraikan oleh sang suami, di mana harus ku pergi? Kembali kepada keluarga? Apakah aku masih ada tempat di samping mereka? Aku masih keluarga mereka kah?"

Safa berfikir dan bercakap sendirian.

Ya... Dia perlu mulai merangka hala tujunya selepas ini.

"Ya Allah..." Safa meraup wajahnya,
"Mungkin ini suratan takdir untukku..."

Safa memejamkan matanya dan hanyut dalam lena.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now