t

85.5K 2.4K 86
                                    

Safa memandang gambar dirinya bersama keluarga. Rindu..
"Kalau rindu, jom kita cuba pergi." Kata Arif, memegang gambar keluarga Safa. Safa menggelengkan kepala. Terbayang wajah kak Suha yang bakal mengamuk. "Takut kak Suha marah?" Safa memberikan senyuman yang manis untuk suaminya. "Takpa lah, kita tunggu dia orang dah cool down, kita pay them a visit, alright?" Arif mencuit hidung Safa. "Aaa... Mama ajak pergi rumah." Kata Arif. "Pukul berapa?"
"Around 6? Hari Khamis, rasanya tak jammed la kot." "Bestnya! Lama tak jumpa mama! Kita tidur kat rumah mama kan?" Safa dengan wajah excitednya.
"No, love" Jawab Arif. Safa memuncungkan bibir, "Why, my dearest Ihtisyam?"
"Sebab, ada meeting dengan client the next day... So..." Arif memberikan Safa satu senyuman sebelum beredar.

Safa menyusun barang-barang yang hendak di bawa ke rumah orang tua Arif. Sebenarnya, dia masih sangsi dengan Arif. Cuma dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

--------

Sepanjang berada di rumah keluarga Arif, mereka banyak berborak mengenai Arif.
Arif yang nakal. Arif yang manja...

Safa hanya menjadi pendengar setia, dia mengetahui lebih banyak perkara mengenai Ihtisyam Arif Aqil.

Dalam diam, Safa menyukai Arif. Dalam diam, dia telah jatuh cinta dengan suaminya sendiri.

Seorang suami yang sah miliknya di atas kertas, dan tidak dapat dimiliki hatinya.

Kelihatan Arif menjawab telefonnya dan terkocoh-kocoh keluar.
-------
"Hi, sayang." Sapanya mesra.
"Jap, jap. I tak dengar la. I bukak speaker. Anak-anak buah I lah tu."
"Dah boleh dengar suara I?" Soal Raisha di hujung talian.
"Dah.. Nasib baik takda orang kat koridor ni. What's up?" Soal Arif.
"Sayang, where are you?" Soal Raisha.
"La, I messaged you earlier kan yang? Dekat rumah family I." Jawab Arif dengan tenang.
"Ni, mesti betina tak sedar diri tu ada sekalikan?!" Raisha mula menengking.
"Siapa?" Soal Arif, buat-buat tak tahu.
"You punya bini lah! Siapa lagi! Ish..." Raisha sudah bengang.
"Ada.. Takkan lah I nak tinggalkan Safa seorang diri, nanti parents I hairan. Kan mati kutu I nak jawab apa." Arif mengeluh, seolah-olah Safa ialah satu beban yang berat yang perlu dipikul.
"You ceraikan lah dia..." Raisha mencadangkan satu idea yang 'bernas'.
"Raisha..."
"Arif, you sendiri cakap how hard it is to live with her. You nak sia-siakan hidup you dan cinta kita and spend your whole damn life dengan Safa ke?! Eh, you sendiri kan yang cakap dengan I you benci Safa dan sampai mati you takkan suka dia. You teramatlah terasa beban bila dengan Safa. You tak happy! You rimas! You cakap Safa tu busy-body. You cakap your wife is stupid and stuffs... Kenapa tak just ceraikan dia?! You buat pengakuan that day kan yang your wife tu, bawak sial dalam hidup?! Apalagi ni?"
"Eh, Arif sayang, I call you back, later? Mimi dah sampai lah." Raisha berura-ura hendak memutuskan talian.
"Okay, take care. I love you!" Kata Arif.

-------

Safa yang berdiri di pintu gelongsor koridor menitiskan air mata mendengar apa yang dibualkan Arif dan Raisha.

Arif masuk ke dalam dan alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat isterinya berada disitu, dan mendengar perbualannya dengan Raisha.

"I... Safa... I can explain..." Arif menghampiri Safa. Safa hanya menggelengkan kepalanya dan meninggalkan Arif bersendirian di situ.

---------

Dalam perjalanan pulang, satu patah perkataan tidak terkeluar dari mulut Safa. Hanya suara Arif yang kedengaran.

"Safa, kita singgah makan nak? Laparlah." Arif memandang wajah Safa yang tidak memaparkan apa-apa reaksi.

Arif memarkir kereta BMW X6 nya di sebuah tempat.

"Turun okay? Kita makan sama." Safa pantas menarik tangannya yang dipegang Arif.

---------

Mereka duduk di sebuah meja. Datang sebuah keluarga di meja sebelah.

"Bagi saya Mi Cantonese satu." Kata suara lelaki itu.
"Kueh Tiaw Goreng Seafood, satu." Kata wanita itu.

Sesaat dua, suara itu seperti begitu dekat dengan dirinya.

"Suha nak Banana Cheese satu jelah." Pantas Safa melihat keluarga di sebelahnya.
Sah! Itulah keluarganya.
Arif yang sedang bercakap dengan Safa terdiam apabila melihat isterinya dengan khusyuk memandang meja sebelah. Arif turut memandang ke arah yang sama.

Anak mata Safa bertembung dengan anak mata Suha. Sakinah dan Syukri turut memandang mereka. Safa mengukirkan satu senyuman, matanya sudah berkaca.
"Eh, keluarga Safa. Hey, angkatlah, kita salam." Arif terus bangkit menyalami Syukri, Sakinah dan Suha.
Lambat-lambat, Safa turut bangkit dari duduknya. Tangannya dihulurkan kepada Syukri. Lama Syukri memandang tangan Safa. Kemudian wajah Safa dipandangnya. Terselit 1001 masalah pada wajah itu.

"Aku kenal kau ke?" Hanya itu terpacul pada mulut Syukri. Arif yang mendengarnya terus memandang ke arah Safa. Sakinah memandang wajah Safa. Hati ibunya merasakan Safa memerlukan sokongan mereka. "Tak ada seleralah, abah!" Suha terus membentakkan kakinya. Safa berdiri, menunduk. Mencuba untuk mengawal dirinya daripada menangis.
"Mungkin encik tak kenal saya, tapi saya kenal encik sekeluarga. Saya, Safa Safiyyah binti Syukri." Safa memandang tiga wajah di hadapannya. Arif berdiri di belakang Safa, memegang bahunya.
"Aku tak ingin kenal dengan orang jijik macam kau!" Keras suara Syukri hingga menarik perhatian beberapa orang yang berada disitu.
Tersentak Sakinah, Suha, Arif dan terutama sekali Safa.
"Saya sedar, saya jijik. Saya tahu, saya tak layak untuk hidup di bumi Tuhan ini. Saya terima hakikat, saya dibuang dan dibenci semua. Tapi saya nak encik tahu, orang jijik ni masih anak kandung, encik." Safa mulai menitiskan air matanya.

Syukri memandang wajah Safa dengan berang. Tangannya hampir mengenai wajah Safa, nasib jugalah Arif sempat menahan. "Jangan pukul isteri saya!" Dia terus menarik keluar Safa dari restoran itu.

-----------

Sepanjang perjalanan, Safa hanya memandang keluar dan berdiam diri. Arif mengeluh. Keluhan Arif menarik perhatian Safa. "Tak perlu halang abah tadi, biar je dia lempang saya." Katanya seperti tiada perasaan. Arif memandang wajah Safa. "No way! Saya takkan biarkan sesiapa cederakan awak." Tingkahnya. Safa tersenyum sinis. "Saya lebih rela sakit dekat luar bebanding makan dalam."

Arif mematikan enjin kereta. Safa terus keluar dari kereta itu. Arif membuka pintu bilik Safa. Safa yang sedang duduk di birai katil terus bangkit.

"I need to explain hal saya dan Raisha." Katanya.
"I'm so tired right now, and I don't want to listen to bullshits at the moment. Please..." Safa ingin menutup pintu namun di halang oleh Arif.
"I nak kahwin dengan Raisha.." Dia memandang wajah Safa, riak wajah itu tenang.
Safa terus menutup dan mengunci pintu biliknya.
Tangisan dihamburkan sepuas-puasnya di dalam tandas.
Belum cukup deritakah dirinya? Soal diri Safa.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now