j+

85.4K 1.9K 21
                                    

Safa Safiyyah akhirnya di benarkan untuk keluar dari hospital. Ihtisyam Arif Aqil sedang fokus memandu. Kejap- kejap, dia memerhati Safa yang begitu asyik melihat pemandangan luar. Sejak mengandung ini, Safa kelihatan lebih cantik dari biasa walaupun tanpa secalit alat solek.

Arif berdehem, untuk mendapat perhatian Safa.

Dehemannya yang ketiga membuatkan Safa memandang wajahnya dengan tajam.

"Sakit tekak?" soalnya, sinis.

"Amboi, makin garang nampak." Arif mengusik Safa.

"Dah takdir jadi garang." jawab Safa, malas untuk melihat wajah Arif.

"Awak, are you sure yang awak tak nak tinggal dengan mak or mama during your pregnancy?" soal Arif lagi, mahukan kepastian. Dia bukannya apa, tapi malas untuk menyusahkan Pak Osman dan Mak Senah untuk menjaga isterinya itu. Eh, bekas isterinya!

"Saya ada Mak Senah." jawabnya selamba. Arif mengeluh, begitu kuatnya impak yang telah mereka beri kepada Safa Safiyyah sehingga wanita itu berubah 101%. Sungguh berbeza Safa Safiyyah yang dulu dan yang kini. 

"Tapi, as your husband, I tak nak you susahkan Mak Senah tu. Dia tak ada kaitan dengan kita pun kan.. kesian lah nak susahkan dia orang." Arif masih tidak mahu mengalah.

Safa sedar, ada benarnya juga kata Arif itu. Tapi hatinya yang masih belum sembuh itu tetap berdegil. 

"Tak ada kaitan tapi dia jauh lebih baik dan sayang saya dari yang ada kaitan." jawabnya dengan sekali lafaz. Sebahagian yang terasa dalam dirinya.

"Saya pun dah tak tahu macam mana lagi, Safiyyah. But, trust me, Safa Safiyyah.. I will try my best to win your heart, once again. Saya akan cuba, even if the results will eventually hurt me." 

"You deserve it." Jawab Safa dan terus melayan telefonnya membuatkan Arif terus berdiam diri.

__________________________

"Mak Senah, Pak Osman." Arif menyalami kedua tangan tua itu. 

"Arif." kata Pak Osman, sambil menepuk lembut bahu Arif.

"Arif tinggalkan Safa dengan Pak Osman dan Mak Senah untuk sementara waktu, ya? Saya akan selalu datang dan lawat dia. Telefon je saya kalau ada apa-apa." Arif memberi kad nya kepada Pak OSman.

"Yalah, Arif. Nanti bapak telepon lah kamu kalau ada apa yang berkaitan dengan Safa. Kami akan jaga dia macam anak kami sendiri, kamu jangan risau lah. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu berdua, nak." kata Pak Osman lagi. Satu senyuman terbit di bibirnya. Dia pasti hati tuanya kuat menyatakan suratan takdir untuk Safa Safiyyah adalah yang terindah sekali jalan ceritanya. Allahu Rabbi! 

"Arif mintak maaf sangat sebab susahkan bapak, dan mak. Memang niat Arif, nak hantar dia ke rumah mak atau mama, tapi dia dah berkeras dan dengan Mak Senah... Arif tak mampu buat apa." Arif mengeluh.

"Bersabarlah, Arif. Memang begitu perangai wanita mengandung. Mood dia tak menentu. Biarlah dia bertenang dan berehat dulu." Mak Senah mulai berkata. Kesian juga dia melihat anak muda itu.

"Yalah, mak. Terima kasih sangat." kata Arif lalu menghulurkan sejumlah wang.

"Apa ni?" soal Mak Senah, terkejut.

"Ni ikhlas dari Arif, tanda terima kasih sebab sudi jaga Safa.." 

Pak Osman dan Mak Senah pantas menggeleng kepala.

"Simpan saja duit kamu tu, Arif. Kami tak perlukan apa-apa bayaran kerana Safa Safiyyah anak kami dan kami memang bertanggungjawab menjaga dirinya." Pak Osman menolak pemberian Arif.

"Tapi..."

"Tak perlu tapi-tapi, Arif. Mak dan bapak memang betul-betul ikhlas jaga Safa. Simpan duit kamu untuk belii barang bayi nanti." kata Mak Senah.

Arif mengeluh. 

"Yalah.. nak buat macam mana kan? Umm.. Arif balik dululah.. Safa pun memang tak suka Arif lama kat sini." 

Arif terus menyalami kedua orang tua itu.


"Lembutkan lah hati awak untuk terima saya balik, Safa Safiyyah Syukri." 


Kereta di undur secara perlahan dan secara perlahan-lahan kereta BMW X6 itu keluar dari kawasan perkarangan rumah kayu Osman dan Hasnah.


__________________________________________

Raisha dan Imran duduk tenang di ruang tamu rumah kediaman keluarga Arif.

Puan Sri A'idah hairan melihat Raisha dengan perut besarnya dan berhijab. 

Arif keluar dari perut keretanya dan terus meluru masuk ke dalam rumah.

"Kau nak apa lagi?" soalnya kasar, mengejutkan semua.

"Eh, Arif.. Safa macam mana?" A'idah mencuuba untuk mengawal amarah anaknya itu. Kecut juga perutnya melihat wajah Arif yang sudah merah.

"Safa okay, dia dah selamat dekat rumah Mak Senah dan Pak Osman." jawab Arif, suaranya sudah tidak setegang tadi.

"Arif, apa khabar?" kata Imran, menghulurkan tangan untuk bersalam.

Arif hanya memandang kosong tangan Imran. "Korang nak apa?" soalnya lagi dengan keras.

"Arif.. I dan Imran dah kahwin." Raisha yang berdiam diri sejak tadi mulai membuka bicara.

"So?" Arif memandang wajah Raisha, dulu memang dia cinta mati dengan wanita itu namun kini, he's head over heel with Safa Safiyyah.

"I nak explain everything." Raisha sudah berdiri di sisi suaminya, Imran.

"Too late for explainations." Arif mengeluh.

"No, it is not! Arif, aku nak minta maaf." Imran terus menghampiri Arif.

"If you can pujuk Safa untuk terima I semula." jawab Arif dan terus beredar.


______________________


Safa mengusap perutnya. 

"4 months already. Baby, mama can't wait to hold you. Papa too! He must be very excited to meet you. I love you, munchkin!"


SHORT AND LATE! 


Sorry guys! Have fun reading :)


Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now