k+

83.9K 1.8K 97
                                    

Deringan telefon mengganggu lena Safa Safiyyah. 

"Assalamualaikum, Safiyyah." 

"Waalaikumsalam?" 

"Bangun, sayang. Solat Subuh, don't forget your breakfast. Kejap lagi saya datang." 

Talian diputus.

___________________

Safa berkemas secara ala kadar saja. Panggilan telefon dari Arif mengejutkannya dari lena. 

"Mak, bapak dah turun kerja?" soal Safa,  melihat wanita itu sedang duduk minum kopi sendirian.

"Anak mak dah bangun! Dah, Safa. Safa nak pergi klinik kan hari ini?" soal Mak Senah, sentiasa tenang wajah itu di pandang.

"Ha'ah, mak. Hari ni, Safa nak pergi buat check up. Mak confirm ke tak nak ikut sekali?" Safa sudah duduk bersebelahan Mak Senah.

"Ish. Tak payah lah.. kamu pergi je dengan Arif tu. Mak lepas ni pun nak keluar, pergi rumah Kak Yam. Anak dia baru je bersalin." kata Mak Senah lagi. Dia sejujurnya tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulung Safa, memandangkan dirinya di takdirkan untuk tidak mempunyai anak dan cucu.

"Untunglah dah bersalin. Safa bersalin dua hari sebelum Ramadhan, inshaAllah." perutnya di usap lagi. Tidak sabar menjadi seorang ibu!

"Mak pun tak sabar.. lepas bersalin nanti, kamu terus berkahwin dengan Arif lah ya?" soal Mak Senah lagi. Safa hanya terdiam, membisu.

"Safa, manusia buat kesilapan nak. Tapi dari apa yang mak nampak, Arif tu betul-betul sayang dan ikhlas nak tebus kesalahan dia terhadap Safa dan anak Safa ni. Tak salah untuk kita memaafkan dan memberi peluang kepada orang." Tangan Safa di genggam erat dan di elus lembut.

Hujung tubir matanya di kesat. "Jujur mak, Safa masih sayangkan Arif dan for the baby, Safa akan kahwin dengan Arif... dan Safa harap ia akan kekal."

"InshaAllah, Safa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya." Mak Senah memeluk Safa, memahami apa yang terbuku di dalam hati Safa Safiyyah.

Suara deheman pada pintu dapur mengejutkan mereka. 

Mak Senah tersenyum. "Tak nak masuk dulu?" soalnya.

"Eh, tak apa lah, mak. Nak bawa Safa ke klinik dulu. Mak tak nak ikut ke?" soal Arif sambil menyalami Mak Senah.

"Eh, tak perlu. Jaga Safa." kata Mak Senah.

Safa menyalami Mak Senah. 
"Mak, Safa keluar dulu."

___________________

"I heard what you said to Mak." kata Arif membuka kata. Safa menggigit bibirnya. Kantoi!

"So?" kata Safa, memeluk tubuhnya.

"So, I'd like to say that I've the same feelings toward you and... I can't wait for our baby and get married and build a family with you." Arif tersenyum manis.

Safa memandang keluar, menyembunyikan senyuman yang terukir pada bibirnya.

"Baby, did you listen to Papa , tadi? Ee..." Safa menghemburkan tawanya.

Arif turut tertawa, dia berasa gembira. Gembira kerana dia boleh melihat Safa ketawa lagi.

"Ish, jahat lah mama ni." kata Arif sambil melirik ke arah Safa. Comel sahaja wanita itu ketika ini.

"Um.. awak nak baby girl ke baby boy?" soal Safa secara tiba-tiba.

"Saya tak kisah lah dia boy ke.. girl ke... janji dia sihat dan normal... that's more than enough for me." Arif tersenyum lagi. Husband and wife talking... syukur!

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now