l+

74.3K 1.7K 21
                                    

Usia kandungan Safa Safiyyah sudah mencecah 8 bulan. Terasa masa berjalan dengan begitu pantas. Hanya tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum dirinya melahirkan bayi sulungnya  itu.


Hubungan Safa Safiyyah dengan Ihtisyam Arif Aqil? 

Hubungan mereka baik-baik sahaja.  Safa sendiri menjadi saksi bagaimana Arif telah berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Hubungan Safa Safiyyah dengan keluarganya pula?

Safa bukanlah seorang yang keras hati. Safa telah lama memaafkan keluarganya dan hubungan mereka telah baik seperti sedia kala.

Alhamdulillah. Kini, segalanya berjalan dengan baik. Mungkin berkat dan rezeki bayinya itu. 


"Termenungkan apa tu?" soal Mak Senah lalu melabuhkan punggungnya disebelah Safa.

"Eh.. mak. Tak adalah termenungkan apa, cuma Safa rasa macam happy sangat." Safa tersenyum manis .

"Alhamdulillah, nak. Mak pun bersyukur sangat. Baby sihat, Arif dan Safa dah nak kahwin lagi. Hubungan Safa dengan keluarga Safa pun dah baik." Mak Senah memandang wajah Safa. Tenang sungguh wajah wanita mengandung itu.

"Hm, mak.. mak nanti jaga Safa dalam pantang ya?" Safa meletakkan kepalanya di atas bahu Mak Senah.

"Iya.. kan mak janji dengan Safa hari tu?" pipi montel Safa. 

Safa terus memeluk Mak Senah. "Thank you, thank you, thank you so much, Mak!" 

Mak Senah hanya tersenyum, sememangnya itu impiannya. Untuk menjaga anak dan menantunya sewaktu berpantang namun apakan daya dia tiada rezeki untuk melahirkan anak dari rahimnya sendiri.

"Safa.." rambut lebat dan tebal Safa di belainya.

Safa memandang wajah Mak Senah.

"Nanti mak dan mak mertua Safa, tak kisah ke? Yalah.. mak ni... orang luar." 

"Ish mak ni! Mak, mak Safa lah. Tak lah dia orang kisah. Tiga-tiga mak Safa ada kerja dan tugas masing-masing lepas Safa berpantang nanti. Safa jadi princess!" Safa tertawa kecil. 

"Tak lama lagi... exactly one month." Safa mengusap perutnya.

"Safa.. telefon berdering tu. Jawab lah." kata Mak Senah.


"Diana!" Safa menjawab panggilan itu.

"Mommy-to-be! How are you?" Diana sudah girang di sebalik telefon.

"I'm doing great and how are you doing there? Jadi, kahwin dengan Syed Syamel?" Safa sengaja mengusik Diana.

"Ish, of course jadi! Tapi lepas raya... Eh, babe. I message you nanti, eh? My future monster in laws are here." kata Diana terus memutuskan talian.


__________________________________________


"Safiyyah.." panggil Arif.  

Safa berpaling ke arah pintu utama rumah, satu senyuman di hadiahkan kepada Arif.

"Buat apa kat sini?" soal Safa, tudungnya di rapikan sedikit.

"Visit awak dan baby la.. takkan la nak jenguk bunga mak pulak.." Arif ketawa kecil sambil mengenyitkan matanya.

"Ha ha, lawak lah? Eh, dah dah... balik lah.. tak manis lah orang tengok awak selalu dekat sini." 

Arif mengeluh. "Kena halau lah ya?" soalnya.

"Suruh balik je.. saya tak halau awak lah." Safa tertawa kecil melihat riak wajah Arif.

"Yalah awak.. nanti saya mesej awak. Take care!" 


__________________________________


Safa dan Arif hanya bersiar-siar untuk mencari barang bakal anak mereka apabila ada suara menegur mereka.

"Arif, Safa!" Safa dan Arif serentak berpaling ke arah suara itu.

"Eh.. Raisha!" Safa dan Raisha bersalam-salaman. Pipi gebu anak Raisha yang nyenyak tidur di dalam stroller di ciut.

"Ghina nama dia.. dia lahir lebih awal dari we expected." jelas Raisha tanpa di pinta.

"Oh, but she's beautiful and healthy, isn't she, baby?" kata Safa sambil mengusap perutnya. Dapat di rasa pergerakan bayinya di dalam rahim itu. 


"Eh, you pun dah nak melahirkan?" Raisha bertanya sambil mengusap perut Safa tanpa rasa malu.

"Errr... aha... ya.. I dah nak give birth.. your husband mana?" soal Safa lagi, berasa malu apabila Raisha memegang perutnya.

"Im tengah cari parking tu.. kebetulan dah jumpa ni.. Raya ke 5 nanti datang rumah I, ok? I nak buat open house plus aqiqah Ghina Khansa." Raisha ramah berbicara.

"In Shaa Allah. I rasa, I dah habis pantang kut... sebab I due 10 days before Ramadhan." 

"That's nice. Eh, babe. Nanti kita Whatsapp lah.. I nak jumpa Im dekat coffee shop. Toodles!" kata Raisha dan terus berlalu.


Arif ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Raisha berlalu, membuatkan Safa kehairanan.

"Asal?" Safa menyoal kehairanan.

"Okay, so Safa and Raisha are ultimate bestfriends now?" dia bertanya dalam sisa tawanya.

"Hish.. Apalah awak ni.. tolong cari barang baby je la." Safa mengusap perutnya.

Arif tersenyum manis. "Awak memang lembut dan baik hati, kan, Safa Safiyyah?  You're my definition of one in a million and guess what? I'm truly lucky to be yours.. And I'll take every chances just to be with you and my little boy, here." Arif mengusap perut Safa. Jatuh sayangnya dengan wanita itu.

Safa mengelap tubir matanya. "Um.. dahlah.. I'm not going to buy that.. help me cari barang baby." 


Arif dan Safa masing-masing meluangkan masa bersama, persis sepasang suami isteri.


_________________________________________


OMG GUYS I KNOW THIS UPDATE IS SHORT AND REALLY NOT FUN AT ALL BUT REALLY, I RAN OUT OF IDEAS. GUYS, CAN U DO ME A FAVOR? 

DO READ MY REALLY SHORT STORY, TITLED 'YES,SIR!' THAT I JUST POSTED LIKE A FEW HOURS AGO. PLEASE!!? 

THANKS EVERYONE!

HAVE A GREAT PUASA <3

OH, I'LL UPDATE MORE LATER. 

{ I'M TOTALLY EXCITED FOR RAYA }


OKAY, BYE :) 


Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now