b+

88.6K 2.2K 129
                                    

Arif menguak pintu bilik mamanya, perlahan.
"Ma..."
"Mama kecewa Arif.." Puan Sri A'idah menangis, mengenangkan perangai anaknya.
"Ya Allah, mama! Demi Allah! Itu semua fitnah! Arif mengaku, ya Arif pegang Raisha tapi tak sampai ke tahap membuat dia mengandung, mama!" Arif meraup wajahnya.

Apa yang harus dia bilang?
Adakah ini apa yang Safa rasakan?

"Kamu kahwin dengan Raisha minggu hadapan! Mama tak kira!" Puan Sri A'idah memandang wajah anaknya. Safa.. Di manakah menantu nya?

"Dulu, kalau mama suruh Arif kahwin dengan Raisha, ya, Arif nak sangat. Tapi sekarang, Arif tak nak mama. Sebab, Arif rasa dia bukan untuk Arif."

Puan Sri A'idah memerhati wajah anaknya. Sejak kehilangan Safa, anaknya itu kelihatan muram.

"That's what they said, Arif. You lose the moon while busy counting the stars."

Arif menganggukkan kepalanya, sungguh mengerti maksud mamanya itu.

----------

"Miss Safa, have you checked the balance that Mr. Anderson asked you to?" Soal Michelle, salah seorang rakan sekerja Safa.
"Yes, I did." Jawab Safa sambil tangannya sibuk menaip di komputer.
"I heard my name was mentioned.." Muncul Andrew Anderson.
"Oh, ya.. I asked Safa whether she..." "It's okay, Michy. Safa, meet me in my office, please." Kata Andrew terus berlalu.

"Mr. Anderson?" Safa berdiri di hadapan pejabat Andrew.
"Yes, come in!"
Safa memasuki pejabat Andrew. Bekerja sebagai juruaudit di syarikat Andrew sejak tiba di sini, cukuplah untuk menampung kehidupannya di bumi asing ini.
"Saya boleh cakap Melayu." Kata Andrew, membuatkan Safa terkejut.
"Well, yes, my father is an Aussie man tapi my mother is a Malay. Sebab tu, saya boleh cakap Melayu."
"Impressive.." Safa tersenyum manis.
"Oh, Safa.. Saya nak buka company dekat Malaysia, and I think you sesuai jadi the 'big boss' dekat sana." Kata Andrew.
"Me?" Safa memandang lagi wajah itu, sungguh teruja.
"You nak give birth too soon, and yes.. Let us discuss."

Safa dan Andrew berbincang mengenai syarikat baru itu nanti.

--------------

Raisha tiba di rumah mewah kediaman keluarga Arif. Baru sebentar tadi 'ibu mertua' nya menelefon agar dirinya datang ke rumah itu.

~~~~

"Ini Raisha?" Soal Puan Sri A'idah di atas talian.
"Ha'ah.. Ni aunty Ida ke?" Soal Raisha.
"Puan Sri A'idah!" Raisha menjarakkan telinganya dari telefon.
'Sombong!' Kata hatinya.
"Ada apa ya, Puan sri?" Raisha sedaya upaya mengawal suaranya.
"Datang ke rumah saya, kita pergi buat persiapan perkahwinan."

Talian dimatikan.

---------

Raisha menekan loceng rumah itu.
Pintu dibuka. Seorang wanita berusia separuh abad tampil dengan elegan.

"Puan Sri?" Raisha memandang wanita itu. Cantik..
Wanita itu hanya menganggukkan kepala. "Masuk."

Raisha memasuki rumah itu.
"Berapa bulan?" Soalnya, sungguh dingin.
"L..lima. Lima bulan." Jawab Raisha.
A'idah memandang perut Raisha, sudah nampak bentuknya.
"Nak minum dulu ke, atau nak pergi beli barang kahwin terus?" Soal A'idah lagi. Sedikit sebanyak, tumpah juga rasa kasihnya terhadap cucu dalam kandungan Raisha.

Itu adalah darah dagingnya sendiri.

"Mana-manalah, Puan Sri. Saya ikut sahaja." Raisha perasan wanita itu asyik memandang perutnya.

'Menyusahkan budak ni! Siap kau, lepas kau lahir nanti!'

"Kita pergi jelah!" Kata A'idah.

-----------------

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now