n+

71K 1.7K 33
                                    

~~~

"Kalau awak give birth nanti, secara Normal or Caesar, awak kena ingat tau saya akan sentiasa dengan awak. Saya akan berada dalam bilik bersalin tu dengan awak, sama-sama tunggu baby kita keluar." 

Arif tersenyum manis sambil menuturkan ayatnya. Terserlah keikhlasan dan kejujuran dalam katanya.


___________

Safa mengesat air matanya. Kini dia sedang berbaring dan di sorong oleh para jururawat dan doktor ke dalam Labor Room. 

Dia tidak menyalahkan Arif, kerana terang lagi bersuluh, dia yang menjadi punca kemarahan Arif.

Doa dan zikir tidak putus-putus membasahi bibirnya.

Dirinya berasa gementar, gemuruh, sedih, tidak sabar...


'Ya Allah, andainya telah menjadi Suratan Takdir untukku pergi menghadap-Mu sewaktu melahirkan, aku redha..'


Pintu bilik tertutup. 


_______________________________


Dari jauh Arif melihat kelibat Mak Senah, Pak Osman, Kak Suha, Abah Syukri, Mak Sakinah duduk di ruang menunggu. 

Arif pantas berlari menghampiri mereka. Wajahnya cukup menunjukkan berasa risaunya dirinya pada ketika ini. 

"Safa?" soalnya tanpa pembuka kata. Fokusnya kini hanyalah pada Safa Safiyyah dan anak mereka!

"Arif, diorang baru je masukkan Safa ke Labor Room." kata Suha, kesian melihat Arif yang sudah panik.

Tanpa menunggu lebih lanjut, Arif terus berlari ke arah Labor Room.


"Safa Safiyyah binti Syukri? I'm his husband and I really need to be with my wife now!! She needs me.." Arif memegang lengan doktor di hadapan pintu Labor Room itu.

"Eh, Ihtisyam! Masuk-masuk!" kata doktor itu terus menolak tubuh Arif.


Dengan pakaian yang harus di gunakan untuk masuk ke sana, Arif melangkah laju menghampiri Safa.

Saat itu, air matanya turun dengan lebatnya apabila melihat Safa bertarung nyawa semata-mata hendak melahirkan anak mereka.

Tangan Safa digenggam erat. "I'm here.. push, Safiyyah!" 

Air mata Safa turut menitis. Pertama, kesakitan yang teramat yang dirasai oleh dirinya sekarang dan kedua, dia berasa terharu kerana Arif berada di sini. Di sampingnya sewaktu melahirkan sebagaimana di janjinya dahulu.

"Push, Puan! Sikit lagi.. we can see the baby's head." jerit doktor wanita itu.

Safa sedaya upaya mencuba, menggunakan tenaganya.

Arif di sebelah sejak tadi mengalunkan kata-kata suci Allah, untuk menenangkan safa.


Satu suara tangisan di dengari. 

"Alhamdulillah!" kata Arif, sebaik sahaja mendengar suara itu.

Suara bayi.

Suara anak dirinya dan Safa Safiyyah.

"Blue tag! Blue tag!" 


Bayi itu di letakkan di atas dada Safa. "Alhamdulillah, it's a boy." kata Nurse itu sambil tersenyum.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now