ū

82K 2.2K 71
                                    

Syukri duduk di taman rumahnya. Betapa kuat hati tuanya meronta menginginkan keluarganya bersatu seperti sedia kala. Betapa sakitnya dirinya menanggung rindu kepada Safa. Betapa hebatnya naluri bapanya menyatakan bahawa Safa Safiyyah amat memerlukan dirinya pada saat dan ketika ini.

Sakinah melihat sekeping gambar Safa, dirinya dan suaminya pada majlis graduasi Safa. Bahagia! Sungguh bahagia sekali mereka sewaktu ketika itu. Apakah suratan takdir telah merubah segalanya? Dia menangis apabila mengenang semula betapa Safa mahu kembali ke pangkuan dirinya.

Suha mengeluh. Kesian..sungguh kesian mengenang Safa. Safa yang suatu ketika dahulu seorang pengusik, yang nakal, yang manja, yang dikasihi, yang ceria bertukar secara drastik kepada Safa yang pendiam, yang sedih. Safa seperti sedang sarat dengan masalah.

--------
Safa terbangun dari tidurnya. Termimpi wajah kedua orang tuanya dalam kesedihan.
"Ya Allah, jauhkanlah kedua mereka dari kesedihan."
Safa kembali menutup matanya. Tidur...

------
"Uncle Syukri?" Soal seseorang. Syukri mengangkat kepalanya. "Naim?" Naim menyalami Syukri. "Uncle apa khabar?" Soalnya ramah. "Sihat, Alhamdulillah. Kamu?" Naim tersenyum. "Sihat. Safa macam mana uncle?" Soal Naim.

Terkedu Syukri. Apa yang harus di jawabnya?

"Oh, sihat. Kenapa?" Naim dapat menghidu pembohongan Syukri.
"Tak.. Boleh bagi nombor uncle tak? Saya ada perkara yang perlu disampaikan." Tanpa membuang masa, Syukri memberi nombornya kepada Naim. Naim terus beredar.

Pelik! Berita apa yang hendak disampaikan Naim kepada dirinya?

Soalan itu lekat di mindanya.

---------
"Safa!" Panggil Arif.
Safa berpaling. Keningnya bertaut, menandakan dirinya dalam kehairanan.
"I broke up with Raisha." Katanya tersenyum lebar.
Ternganga mulut Safa. "For real? WhY?" Hairan
"Lebih elok kalau saya bercinta dengan isteri sendiri?" Katanya dalam sengihan.
"Kenapa?" Soal Safa.
"Don't question me why, it is something that can't be describe.. You know, macam teying to explain why is the colour red is red." Arif memegang tangan Safa.
Dia berlutut di hadapan Safa.

"Will you, be my wife as in wife dalam definisi wife yang sebenar?"
Safa tersenyum. "Okay?"
Arif melompat kegembiraan dan terus memeluk Safa.
"From today onwards, let us fall in love with each other." Arif mencuit hidung Safa.

Safa tersenyum manis. Mungkin sudah tiba pada bab bahagia di dalam buku takdirnya..

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now