s+

57.8K 1.3K 13
                                    

Semalaman Safa tidak bercakap dengan Arif. Sungguh, hatinya sakit!

Arif memandang Safa yang asyik memasak sarapan pagi. Sharif masih nyenyak tidur di dalam biliknya.

"Safiyyah, sayang. Can I have a word with you?" Arif berbicara, perlahan.

Safa memandang Arif dengan matanya yang bengkak. Anggukan kecil, menandakan dia mahu bercakap dengan Arif.

"About the wedding.. Yes. Itu saya punya..." Tersekat rasa nafasnya saat dia melihat air mata Safa menitis lagi. Tapi itu bukan niatnya...

"Your wedding, Arif? Who is she... Who is she, Arif???" Kali ini, hatinya lebih sakit. "Satu hari lagi before our three years anniversary... 3 tahun.." Safa mengesat air matanya.

"I know, and tomorrow is the wedding...and that's why saya pilih tarikh tu... She's an incredible woman and I love her." Arif meraih tangan Safa. "And Safa Safiyyah, I want you to be there. You and Sharif Althaf." Tangan Safa diciumnya lembut Dan dia meninggalkan Safa sendirian.

____________

Salam diberi. Safa duduk di atas tikar sejadah. Memikirkan apa yang telah terjadi. "Suratan takdir untukku." Katanya perlahan. Air matanya di kesat. Dia tidak lagi mahu menangis, dia harus kuat! Jika Arif mahukan dia dan Sharif di majlis perkahwinnannya esok, dia akan datang.

Safa menghampiri Sharif yang bermain dengan barang permainannya. Sudah pandai meniarap anak bujangnya itu.
"Sharif." Wajah anaknya di tatap penuh kasih. Dia tidak pasti sama ada anaknya itu akan membesar dengan seorang insan bergelar ayah ataupun tidak.

Bunyi deheman mengejutkan Safa. Arif masuk ke dalam bilik Dan mencium Sharif dengan penuh kasih. "Esok Sharif Dan mama ikut papa ya? Esok big day untuk kita tau..." "Itu big day awak, bukan kita!" Safa memotong percakapan Arif Dan terus meninggalkan mereka bersendirian.

_______________

"Are you coming tomorrow?" Soal Arif. Bahu Safa disentuhnya. Merajuk benar isterinya sampai tidur pun menghadap ke belakang. "Ya, saya datang." Safa mengiring, memandang wajah Arif. "Saya pasti datang on your big day." Safa mengelus lembut pipi Arif.

Satu senyuman terbit pada bibirnya. "Thank you, sayang." Arif mencium dahi Safa. "Um, you rest lah. Good night." Kata Safa Dan terus memejamkan matanya. Tidak dapat dibayangkan akal fikirannya apa yang bakal terjadi esok.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now