r

83.4K 2.3K 24
                                    

Arif bangun lebih awal dari biasa. Dapur adalah tempat pertama di tujunya. "Safiyyah belum bangun ke?" Arif menaiki tangga untuk ke bilik Safa. Dia bertembung dengan Safa. Safa cuba untuk mengelak. Arif memegang lembut tangannya, "I'm sorry about last night." Arif melihat mata Safa yang sembab. "Eh tak apa. Aa.. Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Safa terus pergi. "Safiyyah! Wait... Kunci kereta tertinggal." Kata Arif, memberi kunci kereta kepada Safa. Safa hanya memandang kunci itu. "Saya guna teksi. Saya tak nak dah menyusahkan awak, guna barang awak." Kata Safa terus pergi keluar.
Arif hanya terpaku. Terasa dihempap dengan batu besar mendengar kata Safa.
---

Arif tiba di IA Holdings. Lunch break 5 minit lagi. Dia menunggu di hadapan pejabat itu. Kaca mata hitam dibukanya. Safa tengah bercakap dengan seorang lelaki! Siap gelak sakan lagi tu! Tetiba amarah dan cemburu menguasai dirinya. Audi R8 nya dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

"Yelah Safa. Aku pun tak sangka aku akan kahwin dengan Erin. Dulu kami haish, musuh!" Jelas Fahri. Safa tertawa lagi. Teringat zaman universitinya. "Thank you tau beri invitation card ni. Macam mana tahu aku kat sini?" Soalnya kepada Fahri. "Tulah, kebetulan Imran tu sepupu aku. Eh, aku gerak dulu. Datanglah! Bawak family, boyfriend kau." Safa menganggukkan kepala. "InshaAllah."

--

Raisha mengurut bahu Arif perlahan. "Sayang, I tahu you stress bila dapat tahu wife you curang.." Arif membuka matanya, perlahan. "Siapa cakap? Mana ada I stress, lantaklah..." Arif berkata. Terbayang Safa dan jejaka itu. Dalam diam, Safa curang di belakangnya! "You datanglah condo I malam ni. I'll make love to you." Bisik Raisha, menggoda. "Thanks, but no thanks." Tolak Arif. "I pergi dulu. Bye." Arif keluar dari ofis Raisha.
--
Safa menyuruh pemandu teksi itu berhenti di hadapan rumah orang tuanya. Pasti tiada orang di rumah kerana mereka di Amsterdam.

Safa masuk ke dalam rumah. Sungguh dia rindu dengan rumah ini. Safa masuk ke dalam biliknya. Masih sama seperti sebelumnya. Semakin kemas, mungkin maknya yang mengemas dulu. Safa merenung gambar mereka sekeluarga. Sungguh mereka bahagia dulu.
Safa keluar dari rumah apabila mendengar bunyi seperti orang bercakap di bawah. Dia menuruni anak tangganya. Terkaku dirinya melihat mak, abah dan kakaknya.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now