h

90.4K 2.7K 30
                                    

Safa menuruni anak tangga dengan perlahan. Selepas solat Subuh, dia terus menyediakan sarapan. Dia kemudiannya mandi lagi untuk temu duga.
"Kau nak ke mana tu berbaju kurung, bagai?" Suara Arif yang muncul tetiba mengejutkan Safa. "Lain kali, berilah salam dulu." Safa menegur perbuatan Arif. Arif hanya tersenyum kecil. "Saya nak pergi interview dekat Imran Accountancy Holdings." Jawabnya secara perlahan. Arif hanya menganggukkan kepala. "Naik apa?" Soalnya. "Saya naik baslah." Jawab Safa selamba. "Bas?!" Arif bernada terkejut. Safa memandangnya dengan wajah hairan.
"Ada lesen?" Soalnya lagi. Safa mengangguk.
"Okay.. Um, sebab aku tak berapa nak suka kau, aku kasi kau pinjam Axia aku. Ini, aku guna baru 3 kali tau! Jaga elok-elok." Katanya, memberikan kunci kepada Safa.
"Thanks!" Safa memberikan senyuman termanis untuk Arif.

"K! Aku gerak dulu. Good luck, Safiyyah!" Kata Arif dan terus pergi.
"Kenapa dia pelik semacam?" Safa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hairan!

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now