01 | AM

45.8K 954 149
                                    

Kepulangan Aryan Mikael dari Itali disambut oleh sahabat-sahabatnya iaitu Haniff Raykarl dan Fathi Arshad. Mereka terlihat sangat senang dengan kepulangan Aryan setelah 4 tahun dia bertugas di Itali.

Dari kejauhan Aryan dapat mengecam sahabatnya yang masih beruniform tentera. Kaki melangkah mendekati mereka.

"Tuan!" Haniff dan Fathi menabik serentak dan dibalas Aryan.

"Welcome back, bro." Haniff ber-bro hug dengan Aryan.

"It's been a long time. Mejar is waiting for your good news" kata Haniff. Dia menepuk bahu Aryan sekali. Mereka berbalas senyuman.

"Semenjak kau tak ada aku tak boleh tidur, makan, minum pun terasa kosong tanpa kau, Ryan." Fathi yang sedar tadi diam tiba-tiba bersuara. Dia berpura-pura sedih dengan air mata membasahi pipinya. Entah sejak bila dia menangis. Tadi elok je tersenyum lepas lima saat terus nangis.

Aryan dan Haniff pandang sesama sendiri. Haniff mengangkat bahu sekali.

"Aku rindu kau, Ryan!" Kata Fathi lalu meluru ingin memeluk tubuh Aryan tetapi kepalanya ditahan dengan tangan kekar Aryan.

"Kau jangan nak peluk aku dengan hingus kuning kau tu. Pengotor!" Kepala Fathi ditolak kuat sehingga Fathi terdorong ke belakang beberapa langkah.

Haniff meletakkan tangan di dalam poket seluarnya. Dia sudah terbiasa melihat dua orang sahabat ini bergaduh. Fathi tukang buat masalah dan Aryan tukang emosi. Haniff hanya menonton dan sesekali akan menegur mereka jika mereka melakukan kesalahan.

"Mana ada hingus? Kau sebenarnya tak sayangkan aku kan? Kenapa Haniff boleh peluk kau tapi aku tak boleh? Aku ingatkan mak ayah aku je yang pilih kasih ternyata kau pun sama Ryan." Fathi bermonolog. Haniff mengeleng kepala perlahan. Aryan memicit dahinya. Baru je sampai Malaysia dah sakit kepala dengan drama tv3 ini.

Aryan dan Haniff pergi meninggalkan Fathi begitu saja.

"Sampainya hati kau buat aku macam ni, Ryan. Aku kawan baik- eh tunggulah aku!" Jerit Fathi lalu mengejar mereka berdua.

Kereta vellfire berwarna hitam sudah lama menunggu didepan pintu lapangan terbang. Kereta itu meluncur keluar dari lapangan terbang menuju kem tentera.

Dihadapan pintu utama kem berdirinya Mejar Jeneral Adnan dan petugas-petugas lain. Mereka semua menyambut hangat kepulangan Aryan. Aryan keluar dari kereta lalu menabik hormat kepada Mejar Jeneral Adnan. Selepas menabik mereka berpelukan. Gembira sungguh wajah Mejar Jeneral Adnan. Jarang atasan seperti Mejar Jeneral Adnan akan senyum.

"Selamat pulang, Leftenan Aryan Mikael" kata Mejar Jeneral Adnan. Mereka saling berbalas senyuman.

Aryan mengikuti langkah Mejar Jeneral Adnan masuk ke dalam kem itu menuju biliknya. Petugas-petugas lain menabik hormat ketika Mejar Jeneral Adnan, Aryan, Haniff dan Fathi melalui mereka.

"Aryan, bagaimana dengan penelitian kamu di sana? Ada apa-apa info terbaru?" soal Mejar Jeneral Adnan yang sedang duduk di kerusi kulit di dalam biliknya.

Aryan, Haniff dan Fathi sedang berdiri dihadapan Mejar Jeneral Adnan dengan kedua tangan diletakkan dibelakang badan.

"Info terbaru mereka ada menambah pelabur baru yang akan meneruskan sindiket penyeludupan dengan lebih mudah ke negara kita. Semua maklumat sudah sedia. Kami perlukan masa 1 bulan untuk bersiap sedia sebelum menyerang tuan" kata Aryan. Mejar Jeneral Adnan mengangguk faham.

"Baiklah kalau macam itu. Saya harap kali ini kumpulan Shotgun akan tumpas. Mereka telah membuat banyak kekacauan di negara kita. Menyeludup bahan api, dadah, mencuri harta di negara kita. Kita tidak boleh berdiam diri lagi. Semuanya harus ditamatkan secepat mungkin." Tegas Mejar Jeneral Adnan berkata.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now