33 | AM

14.3K 549 39
                                    

Alarm telefon Alyssa berbunyi. Perlahan-lahan mata dibuka lalu mencapai telefon yang berada di meja kecil tepi katil. Susah untuk dia capai kerana ada Aryan yang sedang memeluk erat pinggang Alyssa dan menindih separuh tubuh Alyssa. Apabila telefon dicapai dia mematikan alarm itu.

Jam di skrin telefonnya dipandang lama sebelum dia terkejut melihat sudah enam setengah pagi. Dia bangun secara reflek dan membuat Aryan terjaga. Aryan membuka mata sekejap lalu memejam semula dan menarik selimut sambung tidur.

Badan Aryan digoncang kuat. Aryan membuka mata dengan malas. Telefon dihadapkan kepada Aryan. Ternaik sebelah kening Aryan.

"Apa?" soal Aryan malas. Alyssa menepuk dahi sekali.

"Abang ada misi. Bangun cepat. Pergi mandi. Alyssa tolong abang kemaskan beg." Laju-laju Alyssa membuat bahasa isyarat. Nasib Aryan dah mahir.

Alyssa ingin pergi tetapi tangan Alyssa ditarik Aryan semula sehingga terbaring di atas Aryan. Alyssa memandang wajah tenang Aryan. Kenapa Aryan tak panik? Dia dah lambat nak pergi jalankan misi kut.

"Aku lupa nak bagitahu kau yang aku kena gantung misi selama sebulan." Selamba Aryan berkata. Tercengang Alyssa.

"So sekarang kita sambung tidur ok?" Aryan menarik semula Alyssa untuk berbaring tetapi Alyssa menepis kuat dan duduk tegak.

"Solat subuh." Aryan terpaksa melepaskan Alyssa pergi kali ini. Solat memang tak boleh Aryan nak halang. Baru nak bermanja-manja dah kena bangun pula.

Setelah selesai solat subuh Alyssa bertanyakan kepada Aryan tentang penggantungan misinya.

"Kenapa abang kena gantung misi?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Ada lah. Kitorang askar ni manusia biasa juga terkadang kitorang akan buat kesalahan juga. Sepatutnya bersyukur sebab digantung daripada dibuang terus" kata Aryan selamba. Alyssa mengangguk faham.

Aryan pernah kata yang tugas mereka semuanya sulit tidak boleh dikongsi kepada orang luar jadi Alyssa tidak bertanya lebih.

"Tapi kenapa abang kena tipu Alyssa?" Soal Alyssa lagi.

"Aku saja nak tengok reaction kau bila aku kata yang aku tak boleh temankan kau pergi reunion. Rupa-rupanya kau boleh pergi tanpa aku" kata Aryan lalu menundukkan kepala. Tangan ligat melipat telekung Alyssa dan sejadah yang dipakai tadi.

"Abang marah ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Dia telengkan kepala melihat wajah Aryan.

Aryan hanya diam lalu menuju ke meja solek. Alyssa mengikuti langkah Aryan. Suis hairdryer dibuka lalu rambut Alyssa dia keringkan. Saja Aryan merajuk sebab nak Alyssa pujuk dia pula.

Alyssa hanya diam kerana bunyi hairdryer itu terlalu kuat pasti Aryan tidak akan fokus kepada Alyssa.

Setelah rambut Alyssa dikeringkan, dia merapikan rambut Alyssa dengan sikat. Alyssa menepis tangan Aryan sebelum berlari ke dalam bilik air. Dia dah tak tahan sangat nak buang air kecil tadi sebab Aryan fokus sangat keringkan rambut dia. Aryan membiarkan saja asalkan Alyssa tidak pergi jauh daripada dia.

Tiba-tiba telefon Alyssa berbunyi. Notifikasi banyak masuk di awal pagi ini. Pelik Aryan. Dia cuba menghiraukan tetapi dia berasa tidak sedap hati. Dia membuka telefon pintar Alyssa. Aryan dah tahu password Alyssa selepas dia cari tahu sendiri. Nombor yang tidak dikenali ditekan sebelum matanya terbuntang luas.

013xxxxxxxx

'Perempuan sial kau memang tak reti malu kan!'

'Aku dah suruh kau tinggalkan Aryan tapi kau masih taknak minta cerai dengan dia!'

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now