40 | AM

11.6K 508 78
                                    

Haniff kembali ke kampung Nabila. Macam dah jadi satu kewajipan untuknya pulang ke kampung Nabila setiap kali cuti. Lama dia tidak pulang ke kampung apa agaknya reaksi Nabila bila berjumpa dengan dia. Bernyanyi-nyanyi Haniff sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Macam nak jumpa isteri pula terujanya.

Sebaik keretanya diparking di supermarket milik Nabila, dia ternampak sosok tubuh Nabila yang baru sampai ke supermarket dengan y15 nya. Makin melebar senyumannya. Dia keluar dari perut kereta lalu mengejar Nabila dan berhenti di depannya. Terkejut Nabila.

"Assalamualaikum Nabila. Kau rindu aku tak?" soal Haniff dengan senyuman lebar.

"Kau nak apa datang sini lagi? Tak cukup kau dah malukan aku sebelum ni sekarang kau datang sini nak buat cerita apa pula?" soal Nabila dengan tegas. Haniff mencabut kaca mata hitamnya.

"Ha? Aku tak faham. Malukan kau? Sejak bila aku malukan kau?" soal Haniff lembut. Nabila menggaru rambutnya kasar. Hatinya dah menjadi sekeras-kerasnya batu. Dia dah tak akan termakan dengan kata-kata manis lelaki lagi. Cukuplah dia dimalukan sekali.

"Kau tak perlu nak berpura-pura tak tahu lah. Kau sendiri tahu yang kau tu dah jadi tunang orang and tak lama lagi akan berkahwin. Sedarlah status kau tu sikit." Haniff tercengang besar.

"Ha?" Nabila menghiraukan reaksi terkejut Haniff lalu berura-ura ingin pergi.

"No, Nabila wait. Apa benda kau cakap ni? Tunang? Kahwin? Status apa ni? Status siapa yang kau cakap sekarang ni?" soal Haniff kebingungan. Dia langsung tidak faham apa yang dikatakan Nabila. Setahu Haniff dia memang single sejak lahir. Dah 29 tahun single. Yang lagi teruk dia langsung tidak tahu akan kisah mereka berdua bermaksiat dibelakang bendang hari itu. Datang-datang terus kena sembur.

Nabila meraup rambutnya kasar.

"Kau memang sengaja nak nampakkan yang aku ni bodo kan? Terhegeh-hegehkan tunang orang lepastu last last kau dengan Liyana bertepuk tampar sebab dah berjaya kenakan aku." Haniff tercengang habis. Langsung dia tidak dapat menghadam kata-kata Nabila.

"Aku menyesal kau tahu tak? Aku menyesal kenal kau. Aku menyesal terima kau dalam hidup aku. Aku benci kau sampai mampus, Haniff" luah Nabila sebelum dia pergi dari situ.

"Liyana? Apa kena mengena dengan Liyana?" soal Haniff sendiri. Baru Haniff tersedar dengan pandangan serong orang sekeliling terhadapnya. Apa yang dah jadi sebenarnya?

Haniff mengambil pendekatan untuk pergi dari situ buat masa ini.

Kereta mercedes Aryan memasuki perkarangan sekolah pondok yang ada jauh ke dalam pedalaman. Itulah tempat yang Aryan pilih untuk sorokkan Alyssa. Tidak mungkin Rico akan dapat mengesan Alyssa di sini kerana tempat ini sangat jauh dari bandar.

Aryan menyembur minyak wangi dan mengaca diri dari cermin hadapan kereta. Rambut yang tidak serabai dirapikan sedikit dan kolar baju dibetulkan. Dia bersiap lengkap hari ini kerana teruja ingin bertemu dengan bidadarinya. Tak sabar dia ingin melihat wajah yang dia rindukan selama berminggu-minggu. Dengan bacaan bismillah dia keluar dari kereta. Aryan berjalan mendekati seorang lelaki tua yang merupakan tok guru di situ.

"Assalamualaikum, tok guru, ibu" sapa Aryan lalu salam tok guru penuh hormat. Puan Fatimah menunduk sekali kepada Aryan dengan senyuman manis.

"Waalaikumsalam, Aryan. Lama tok guru tak jumpa kamu" sapa tok guru Fateh. Tubuh Aryan dipeluk erat.

Tok guru ini yang mengajar Aryan dan Afiq silat, mengaji, solat dari kecil. Banyak jasa tok guru ini kepada Aryan sekeluarga.

KAU TETAP SEMPURNAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin