52 | AM

9.9K 480 26
                                    

Nabila sedang menghirup ais lemon tea di satu restoran di dalam mall. Nampak saja sosok tubuh Alyssa terus dia bangun lalu memeluk tubuh Alyssa. Melompat-lompat mereka berdua. Aryan yang risau melihat isteri melompat begitu tinggi.

Selepas Alyssa berhenti lompat baru dia rasa lega sikit. Aryan memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Dah jumpa kawan confirm lupa suami. Nabila tak tahu ke Aryan kena cubitan maut disebabkan dia.

"Rindunya dekat kau Alyssa" kata Nabila teruja setelah melepaskan pelukan itu. Pipi Alyssa digomol Nabila. Membulat mata Aryan.

"Dia cubit favorit spot aku" gumam Aryan sendiri.

Alyssa dah pernah janji yang dia takkan bagi orang lain cubit favorite spot Aryan. Ini sudah lebih. Diulinya pipi isteri Aryan macam tepung roti. Dada Aryan turun naik.

"Dah besar dah perut kau" kata Nabila. Dia mengetuk perut Alyssa seperti mengetuk pintu tetapi dengan lembut.

"Hi, anak aunty. Nama aunty Nabila. Nanti dah keluar aunty belanja y15 sebijik. Nanti boleh kita merempit sama-sama. Weng! Weng!" Kata Nabila lalu mereka berdua ketawa.

Aryan dibelakang sudah menutup wajahnya dengan tangan. Malu dengan pandangan orang sekeliling.

Setelah memesan makanan, mereka terus diam.

"Sorry Nabila. Suami saya tak bagi saya keluar sensorang sebab saya mengandung." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Eh, takpe. Aku faham. Aku pun terlupa yang kau dah kahwin dan nak jadi mak orang dah" kata Nabila lalu tersengih. Air lemon itu dihirup kembali.

"Kenapa awak ajak jumpa?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sebab aku rindu kau lah" kata Nabila. Dia mengerling Aryan sebelum menghirup ais lemon tea itu. Alyssa turut memandang suaminya.

Sedari tadi Aryan memerhatikan mereka berdua. Sudah seperti bodyguard lagaknya.

"Fine." Aryan menepuk meja sebelum dia bangun dan bergerak ke meja di belakang mereka.

Nabila terus menarik kedua tangan Alyssa lalu digenggam erat.

"Alyssa, aku rasa aku dah fall in love with someone" kata Nabila. Terlopong mulut Alyssa. Keningnya diangkat tanda bertanyakan siapa.

Nabila menggigit bibir bawahnya. Patut ke dia bagitahu?

"Haniff" kata Nabila lalu memejam mata rapat. Alyssa mengangkat sebelah kening. Haniff? Siapa tu?

Alyssa menarik tangannya semula untuk membuat bahasa isyarat.

"Siapa Haniff? Orang kampung kita tak ada pun nama Haniff. Haniff mana ni Nabila?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Nabila menepuk dahi melihat wajah polos Alyssa.

"Haniff kawan suami kau lah. Yang sado, tinggi, hidung mancung, hensem tu" jelas Nabila. Alyssa beroh kecil.

"Tapi macam mana awak boleh sukakan dia? Bila masa awak jumpa dia?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Panjang cerita dia sebenarnya. Kejap aku pendekkan.." kata Nabila.

Nabila pernah datang ke bandar sebelum ini ingin berjumpa dengan Haniff tetapi malangnya dia terlupa yang dia tidak ada nombor Haniff atau apa-apa maklumat tentang Haniff. Jadi dia pergi ke pusat membeli belah untuk membeli buku novel.

Betul kata orang kalau dah jodoh pergi mana pun mesti akan terserempak. Nabila ternampak sosok tubuh Haniff berjalan keluar dari kedai buku yang ingin dia pergi. Dia berlari sepantas kilat lalu berhenti tepat di depan Haniff. Terkejut Haniff yang sedang fokus bermain telefon pintarnya. Nasib saja tidak terlanggar.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now