07 | AM

16K 624 35
                                    

Setelah berjalan beberapa minit, Alyssa mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghantar mesej ringkas kepada Aryan. Sebelah kening Aryan ternaik membaca mesej itu.

Alyssa

'Abang Aryan nak jalan sampai mana?'

Aryan menoleh ke kiri dan ke kanan tubuh Alyssa sudah tiada di sampingnya. Dia berpusing ke belakang dan ternampak Alyssa sedang bercekak pinggang di dalam kedai chicken rice chop.

Alyssa memanggil Aryan dengan gerakan jari telunjuknya. Aryan mengeluh kecil lalu berjalan menuju kedai makan itu.

"Kau orderkan untuk aku sekali. Apa-apa pun aku tak kesah." Tangan Aryan tidak berhenti menaip di atas telefonnya dari kedai cincin tadi sampai ke sini. Berkerut dahi Alyssa. Takkan dia nak balas dendam dengan Alyssa?

"Dia tengah chat dengan siapa? Dari tadi tak berhenti. Busy sangat ke?" Bisik hati Alyssa. Dia cuba menjenguk skrin telefon Aryan tetapi tidak kelihatan apa pun.

Setelah Alyssa selesai memesan makanan, dia terus saja memandang ke arah Aryan. Aryan masih tidak sedar.

"Entah-entah encik tunang dia dah ada perempuan lain dekat kem tu sebab tu tak dapat datang. Kesian, dah lah cacat lepastu kena tipu. Aku rasa dia memang dilahirkan untuk ditinggalkan..."

Kata-kata itu kembali bermain di fikiran Alyssa. Berdosa sangat ke kalau ada kekurangan? Hina sangat ke sampai perlu dipermainkan sampai macam ni?

Alyssa mengeluarkan telefonnya dan menulis sesuatu di dalam notes. Dia mengetuk meja itu beberapa kali untuk menarik perhatian Aryan tetapi Aryan langsung tidak memandangnya.

Alyssa menendang kaki Aryan dari bawah meja membuatkan Aryan terjerit kecil. Semua orang dikedai itu mula memandang ke arah mereka. Aryan tersenyum lalu meminta maaf.

"Kenapa kau tendang kaki aku?" bisik Aryan perlahan. Alyssa menghadapkan skrin telefonnya ke arah Aryan.

'Alyssa nak putuskan pertunangan kita.'

"Hah? Kau dah gila ke? Semua persiapan kita dah buat. Lagi 3 bulan je kita dah nak kahwin. Takde-takde kau jangan nak merepek." Bantah Aryan sekeras-kerasnya.

Sudahlah Aryan kena paksa kahwin dengan Datin Katrina. Kalau Aryan putuskan pertunangan ini mahu dia dikena bebel dengan Datin Katrina tujuh keturunan.

'Abang Aryan dah ada orang lain Alyssa tak nak jadi orang ketiga'

Aryan semakin bingung. Dahinya berkerut sejuta. Sejak bila Alyssa tahu pasal April?

Alyssa mengeluh kecil lalu berura-ura ingin beredar dari situ.

"Alyssa." Aryan berdiri lalu menghalang laluan Alyssa.

"Duduk dulu. Kita bincang elok-elok. Please.." rayu Aryan. Alyssa kembali melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Aryan turut duduk di hadapan Alyssa.

Pesanan makanan mereka sudah terhidang di atas meja. Masing-masing tidak bersuara. Aryan memandang Alyssa yang dari tadi menundukkan kepala.

"Kenapa kau nak putus dengan aku? Aku nak jawapan yang kukuh dulu baru aku akan fikirkan balik permintaan kau" kata Aryan kepada Alyssa memecah keheningan. Mustahil Alyssa tahu tentang April sedangkan April tiada di sini.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now