60 | AM

16.7K 600 157
                                    

"I miss you so much. It's been a while since we hangout. How about tonight? At the Notorious-"

"Ehem, ehem, ehem." Aryan berdehem dengan kuat bagi menghalang kata-kata wanita tersebut.

"Ryan, are you okay?" soal wanita itu. Kaki bergerak mendekati Aryan tapi Aryan lebih pantas bergerak ke sebelah kiri Alyssa dan memeluk bahu Alyssa dari tepi.

"Introduce to you, my wife. Alyssa Maisara" kata Aryan. Riak wajah wanita itu terus berubah. Dia memandang Alyssa dengan tajam.

"Luna. Luna Angelica Antonio." Tangan dihulurkan bagi berjabat tangan dengan Alyssa.

Ditilik Alyssa dari atas hingga bawah. Macam ini rupanya taste Aryan? Dari dulu sampai sekarang taste dia ke laut. Baik pilih aku. Seksi, cantik, menawan, yang paling penting digilai ramai lelaki sebab bentuk badan yang bagaikan hour glass.

Alyssa tersenyum manis. Ayu, manis saja kalau dipandang. Sopan santun.

"We got to go now. See you kater" kata Aryan lalu menarik tangan Alyssa ingin pergi dari situ.

Pantas Luna menghalang Aryan dengan menarik tangan Aryan. Aryan menepis kasar. Membulat mata Alyssa. Dia pegang tangan Aryan?!

"Don't cross the line. I told you so many times, you can't touch me." Tegas Aryan bersuara. Luna menyilang tangan di atas dada dengan senyuman sinis.

Dari dulu Luna selalu lepas laku dengan Aryan. Sampaikan sanggup masuk bilik Aryan tanpa izin dan tidur sekatil dengan Aryan. Nasib saja anak buah Antonio nampak Luna masuk bilik Aryan. Kalau tidak tak tahu apa akan jadi.

"It wasn't the first time. Plus we did more than this before. Don't forget we almost had child together." Luna cuba menjadi batu api di dalam hubungan mereka.

Terbuntang luas mata Alyssa. Anak? Anak haram ke!? Ataupun Alyssa adalah isteri kedua Aryan!?

"Well then, I'll see you later, Ryan. Don't miss me, big guy" kata Luna lalu mengenyit mata kepada Aryan. Dia beredar dengan lagak divanya sambil menjawab panggilan telefonnya.

Aryan mengeluh kecil. Dia dah pasrah dengan apa yang akan jadi lepas ini. Dia hanya perlu berdoa dan tawakal pada tuhan saja sekarang.

"Sweetheart, jom sambung beli barang dapur" kata Aryan. Tangan Alyssa yang mahu ditariknya, ditepis Alyssa.

"Saya nak balik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan pejam mata rapat melihat Alyssa pergi. Ingatkan akan jadi cuti yang indah buat keluarga kecil mereka rupanya bencana besar.

-

"Silence doesn't cure the pain, sweetheart." Aryan bersuara setelah lama Alyssa diamkan diri. Dari petang tadi balik daripada supermarket itu sampai malam Alyssa tak berbunyi walaupun sedikit.

"Sweetheart, trust me. I'm your husband. Hubby tak pernah terlanjur dengan mana-mana perempuan sebelum kita kahwin. Hanya sweetheart satu-satunya wanita yang hubby berani sentuh" jelas Aryan. Alyssa yang sedang memakai losen pada lengannya hanya diam tidak berbunyi.

Aryan tak kesah nak jelaskan berapa puluh kali sekali pun. Yang pasti, Alyssa tidak pergi tinggalkan dia lagi dan tidak minta cerai dengan dia. Biarlah Alyssa sentiasa berada di depan mata Aryan. Itu sudah cukup melegakan hati Aryan.

"Sweetheart.. sweetheart dengar tak apa hubby cakap ni?" soal Aryan lagi. Bahu Alyssa disentuh.

"Kenapa beria nak jelaskan? Hubby tak rasa sweetheart akan percayakan hubby ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan terdiam melihat bahasa isyarat Alyssa dari pantulan cermin meja solek itu.

KAU TETAP SEMPURNADonde viven las historias. Descúbrelo ahora