Seorang pelabur yang sedang menuruni lif memegang satu beg yang dipenuhi wang. Dia telah menjual dadah kepada pembeli dan ini upah yang dia dapat. Pemandunya sedang menunggu di tempat parkir kereta bawah. Entah kenapa pemandunya menunggu di situ.
Dia berjalan keluar daripada lif itu dengan senyuman lebar kereta mendapat sejumlah wang yang banyak. Kereta mercedes E-class berwarna hitam sedang berada di depan pintu. Dia sudah selamat masuk ke dalam kereta itu.
"Trasferirsi nella villa di Rico(bergerak ke mansion Rico.)" Katanya. Pemandu itu hanya kaku tidak bergerak mahupun seinci.
"Perché non ci siamo trasferiti?(Kenapa kita belum bergerak?)" Katanya lagi. Pintu kereta tiba-tiba dikunci membuatkan lelaki itu terkejut. Pemandu itu membetulkan cermin depan.
"Nice to meet you, old man" kata Fathi lalu menggunakan senjata perenjat untuk lumpuhkan musuh. Lelaki itu pengsan di dalam kereta.
Seorang lagi lelaki berlari ke sebuah lorong kerana diserang oleh seorang lelaki bertopeng hitam dan pakaian hitam. Semua bodyguardnya telah tumbang dipukul lelaki itu. Dia masuk ke lorong yang salah. Di depan adalah jalan mati. Dia mengeluarkan pisau kecil di dalam poket sutnya.
"Chi sei? Questo non è il tuo posto. Farò rapporto a Rico(Siapa kau? Ini bukan tempat kau. Aku akan laporkan kepada Rico.)" Kata lelaki tua itu.
Haniff hanya mendiamkan diri. Lelaki tua itu menghayunkan pisau kecil itu ke arah Haniff. Dengan mudah Haniff menangkap tangan lelaki itu lalu diberi satu tendangan berpusing sehingga jatuh pengsan lelaki tua itu.
Seorang lagi lelaki berjalan menuju ke keretanya di tingkat bawah tanah. Baru saja dia mahu masuk ke dalam kereta ada satu lampu memancar ke arahnya menyukarkan dia melihat. Minyak motosikal turut dipulas beberapa kali. Dengan pantas lelaki itu berlari lintang pukang.
Penunggang motosikal itu mengejarnya daripada belakang sebelum melanggarnya. Tersungkur tubuh tua itu di atas tanah.
"Where are you going so fast? Let me give you a ride" kata Afiq itu. Lelaki tua itu kemudian pengsan.
Seorang lagi pelabur merupakan pelabur terkuat dan terakhir. Dia dijaga dan dikelilingi dengan ramai bodyguard.
Mereka bertiga menyorok disebalik sebuah lorong sunyi di situ memerhati dari jauh. Bodyguards yang berada din luar restoran itu saja sudah lima orang. Di dalam ada lagi lima orang. Pelabur itu sedang santai menikmati makan malamnya.
"Macam mana nak serang dia sekarang?" soal Fathi.
"Kami berdua akan jadi waiter dan masuk ikut pintu belakang. Kau jaga luar. Tunggu isyarat aku" kata Haniff lalu mereka berdua pergi meninggalkan Fathi. Terpinga-pinga Fathi. Takkan dia seorang nak lawan lima lelaki bersenjata itu. Dahlah dia ada satu pistol saja.
Haniff dan Afiq siap bertukar seragam waiter di restoran itu. Kemeja putih, bow tie hitam, waist coat hitam dan seluar slack hitam. Haniff mengenakan kaca mata bulat bagi mendalami wataknya. Mereka masuk ke dalam dapur untuk mengambil makanan yang sudah siap. Keadaan di dapur agak sibuk kerana hampir waktu tutup.
Di depan mereka berpecah untuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan. Afiq dan Haniff meneliti serangan yang bakal dibuat dan beberapa orang pelanggan yang akan tercedera. Afiq ternampak seorang budak kecil yang berusia lingkungan 5 tahun sedang memandang ke arahnya. Dia teringat akan Leissandra.
"Batalkan serangan." Kata Afiq dari alat pendengar. Fathi dan Haniff terkejut.
"Kenapa Fiq? Ada yang tak kena ke?" soal Fathi.
YOU ARE READING
KAU TETAP SEMPURNA
RomanceKAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }