12 | AM

16.8K 640 48
                                    

"So, how's your duty?" soal Aryan kepada Afiq. Mereka kini berada di taman belakang rumah. Disini agak sunyi dan tenang tanpa gangguan sesiapa.

"Everything's fine. Penat tu tak payah ceritalah" kata Afiq lalu ketawa kecil. Aryan tersenyum miring. Tangan diletakkan di dalam poket seluar. Mata memandang ke depan saja.

"Kenapa kau tak datang majlis nikah aku dekat kampung?" soal Aryan.

"Aku dah cakapkan yang aku ada tugas kelmarin sebab tu tak dapat pergi" kata Afiq. Aryan berdecik lalu kepala digelengkan.

"Alasan. Do you think you can fool me? Aku dah call Ikhwan suruh check schedule kau untuk minggu ni tapi kosong" kata Aryan kedengaran sinis. Ikhwan merupakan rakan sebilik Afiq.

"Kau sebenarnya tak puas hati sebab aku dah rampas Alyssa daripada kau kan? That's why kau tak datang masa hari pernikahan kitorang. Am i right, brother?" sinis Aryan. Sengaja dia mahu menabur arang pada api yang sudah marak.

Afiq ketawa lepas untuk meredakan perasaannya yang sedang membara.

"You are good at making jokes. Memang aku cinta dan sayangkan Alyssa dari dulu lagi. Aku akui. But she chose you and I'm taking my step back to let her be happy. Aku bukan sejenis pendendam. You know me damn well, brother" kata Afiq lalu tersenyum sinis kepada Aryan.

"Tak ada kena mengena dengan tak puas hati. I'm a grown man not a kid anymore. Aku gantikan Koperal Azlan sebab dia cuti sakit. I guess Ikhwan didn't get that information. Did he?" sinis Afiq. Dia tahu Aryan sengaja nak sakitkan hatinya tetapi tidak semudah itu.

Adik beradik ini tahu kelemahan masing-masing. Mereka tidak senang mengalah apabila ada peluang untuk bertempur.

"Pandai nak putar belit cerita padahal kau yang dah jatuh cinta dengan little princess aku." Afiq mengerling Aryan yang sudah terdiam membisu.

"Let me remind you, brother. Don't try to hurt her or I will take advantage on you. I still have tiny little bit of feelings for her. It's an order not a choice" pesan Afiq. Aryan mengepal buku limanya sehingga terkeluar semua urat di tangan.

Aryan menarik nafas panjang sebelum dihembus kasar.

"Glad that you know that she chose me not you. If anything happens between me and her is none of your business." Sinis Aryan berkata.

"And let me remind you, grown man. Stop thinking about my wife and stop calling her with that phrase. I'm not good at controlling my temper" pesan Aryan pula.

Afiq terdiam kerana sedar dia telah kalah dengan abangnya pada hari Aryan melafazkan akad kepada Alyssa. Kekalahan yang tidak pernah dikenal pasti dan dimenangi tanpa bersaing.

Seketika suasana menjadi senyap dan sunyi. Bunyi cengkerik sahaja memenuhi kawasan itu.

"Haniff bagitahu aku yang ada orang kacau kau dengan Alyssa" soal Afiq memecahkan ketegangan tadi.

Aryan berjalan ke arah satu meja yang tersedia di situ. Punggung dilabuhkan di kerusi itu diikuti Afiq. Telefon pintarnya dibuka dan diberikan kepada Afiq.

Selang beberapa saat mata Afiq terbuntang luas. Dia memandang Aryan yang terlihat tenang saja.

"Kau tahu siapa punya kerja?" soal Afiq cemas.

"Rico." Ringkas saja jawapan Aryan. Afiq mengeluh berat. Telefon diletak di atas meja depannya.

"Habistu, kau nak buat apa sekarang? Takkan kau nak diam je. Rico bukan calang-calang orang" kata Afiq. Dia mulai ragu dengan keselamatan Alyssa.

"Aku ada plan. Tapi plan ni mungkin akan menyakiti dia buat sementara waktu" kata Aryan. Afiq mengerutkan kening.

"Dia? Siapa? Rico?" Aryan mengeleng kepala.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now