50 | AM

11.3K 547 65
                                    

Pukul 2:30 pagi hujan lebat turun. Aryan baru selesai separuh jalan kerjanya. Dia masih mahu meneruskan kerjanya sehingga esok subuh kerana esok dia cuti jadi dia mahu menyelesaikan apa yang tertinggal.

Aryan berasa tidak sedap hati mendengar bunyi guruh yang kuat diluar. Dia meletak macbook di atas katil sebelum dia keluar dari bilik menuju bilik Leissandra. Tombol pintu dipulas lalu dia masuk dengan berhati-hati. Tidak mahu mereka berdua terjaga.

Leissandra terlihat sedang tidur nyenyak. Memang kebiasaannya Leissandra tidak akan terganggu dengan bunyi apa-apa apabila dia sedang tidur.

Aryan memandang Alyssa yang mula merengek di sebelah Leissandra. Kaki bergerak laju ke arah Alyssa. Punggung dilabuhkan di sebelah Alyssa. Takut Alyssa sakit di bahagian perutnya dan akan mengganggu tidur Leissandra juga.

Satu bunyi guruh yang kuat membuatkan Alyssa terkejut besar lalu memeluk pinggang Aryan. Aryan tersentak. Dia cuba meleraikan pelukan tersebut tetapi terasa kasihan apabila Alyssa merengek ketakutan. Aryan membaringkan tubuhnya disebelah Alyssa lalu memeluk erat tubuh Alyssa.

"Shh.. Hubby ada dekat sini" pujuk Aryan sambil mengusap belakang Alyssa.

Sekali lagi bunyi guruh membuatkan Alyssa memeluk pinggang Aryan makin erat. Alyssa mula menangis di dalam pelukan Aryan.

"Shh.. Jangan nangis sweetheart. Hubby ada dekat sini. I will always be here for you" kata Aryan sambil mengusap kepala Alyssa.

Kalau macam inilah gayanya memang Aryan tidak dapat menyambung kerjanya sehingga subuh.

-

Azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan situ. Alyssa membuka matanya perlahan-lahan. Pelik dia apabila dia meraba bantal yang dia peluk itu. Terasa seperti ada tulang. Dia mengangkat kepalanya lalu ternampak wajah Aryan yang sedang tidur. Dia terus menghindari Aryan. Pakaiannya diperiksa. Masih tersarung bajunya.

Melihat Aryan seperti ingin bangun terus dia turun dari katil menuju bilik air. Aryan ketawa kecil dengan reaksi cemas Alyssa. Dia mendekati Leissandra lalu mencium dahi anak kecil itu. Leissandra mencelik mata perlahan-lahan.

"Papa.." kata Leissandra lalu memeluk leher Aryan. Sebelah tangan menggosok mata.

"Do you want to take a shower with mama?" soal Aryan. Leissandra mengangguk perlahan. Aryan mendukung tubuh Leissandra menuju bilik air.

"Mama" panggil Leissandra lalu Aryan mengetuk pintu itu berkali-kali. Alyssa yang sudah menanggalkan pakaiannya mengerut kening mendengar panggilan Leissandra.

Tuala dibalut di tubuhnya lalu pintu bilik air dibuka luas. Terkejut Alyssa melihat Aryan lalu menutup semula pintu itu. Terhinjut bahu Aryan dan Leissandra. Mereka memandang sesama sendiri.

"Sweetheart, ok ke tak?" soal Aryan lalu mengetuk pintu berkali-kali. Tiada respon daripada Alyssa.

"Ni, Sandra kata nak mandi sekali dengan mama dia. Sweetheart boleh mandikan Sandra tak? Kalau tak boleh takpe hubby boleh mandikan Sandra." Mereka berdua menunggu jawapan daripada Alyssa tetapi hanya diam. Naik risau Aryan.

Pintu dibuka daripada dalam. Alyssa hanya mengeluarkan kepalanya sedikit.

"Sweetheart ok tak?" soal Aryan lagi. Alyssa menayang tanda ok.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now