18 | AM

15K 582 63
                                    

Alyssa membuka pintu rumah sebaik Afiq memandu kereta audi rs7 ke dalam villa Aryan. Afiq keluar dari perut kereta lalu membantu Alyssa membawa satu beg pakaian Alyssa. Alyssa menolak tetapi Afiq tetap mahu menolong jadi dibiarkan saja.

"Abang, boleh tak singgah dekat 7E kejap." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sure, little princess." Afiq senyum kepada Alyssa sebelum dia fokus ke jalan semula.

Setibanya di 7 Eleven, Afiq membuka tali pinggang keledar.

"Little princess, nak beli apa? Biar abang pergi belikan" kata Afiq. Alyssa menggaru kepala.

"Takpe abang. Alyssa boleh beli sendiri." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Takpelah, biar abang yang tolong belikan. Banyak sangat ke barang yang little princess nak beli?" soal Afiq. Kepala terteleng sedikit.

Alyssa melarikan pandangan ke arah lain. Macam mana Alyssa nak cakap yang dia nak beli pad sebenarnya. Kepalanya digaru tidak henti.

"Yelah. Little princess pergi beli. Jangan lama sangat mummy tengah tunggu dekat rumah" kata Afiq. Alyssa berasa lega.

"Ada duit tak?" soal Afiq lalu berura-ura ingin mengeluarkan dompetnya. Alyssa terus mengangguk laju.

"Abang Aryan ada bagi card bank untuk Alyssa." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Afiq mengangguk sekali.

Alyssa keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam 7 Eleven.

Alyssa mencapai satu bungkusan pad lalu dia berura-ura ingin pergi tetapi terlanggar seseorang. Jatuh barang mereka berdua.

Alyssa menunduk berkali-kali meminta maaf.

"Eh, takpe cik. Takpe" kata jejaka itu. Dia tunduk ke ebawah dan mengutip barang Alyssa dan sebotol air mineralnya yang jatuh tadi.

"Nah, barang cik" kata jejaka itu sambil menghulurkan bungkusan pad itu kepada Alyssa. Alyssa mengambil bungkusan itu.

"Nama cik apa?" soal jejaka itu. Alyssa menunduk lalu mengeleng laju.

Alyssa ingin pergi tetapi dihalang jejaka itu.

"Saya cuma nak berkenalan dengan cik. Sumpah saya takde niat lain" kata jejaka itu lembut. Alyssa mula berasa cemas. Dia berpusing ke belakang untuk menggunakan jalan lain tetapi tetap dihalang jejaka itu.

"Cik, boleh saya dapatkan nombor telefon cik?" soal jejaka itu. Dia langsung tidak berputus asa.

"Kau nak aku bagi nombor hospital sekali?" soal seseorang dari belakang Alyssa. Pantas mereka berdua menoleh memandang jejaka itu.

Afiq Naufal. Dia berjalan mendekati mereka berdua.

"Lain kali bila perempuan dah reject maksudnya dia dah berpunya" kata Afiq dingin.

"Kau siapa? Boyfriend dia? Nak belagak hero pula dekat sini" kata jejaka itu.

Alyssa berada ditengah-tengah antara mereka berdua yang tinggi lampai.

"Kau tak perlu nak tahu. What you should do is to stay away from her" kata Afiq dingin.

"Kalau aku tak nak?" soal jejaka itu dengan sinis.

"That's even worst. I swear your parents will be crying so hard on your funeral" kata Afiq dingin. Jejaka itu beredar dari situ setelah diberi amaran keras daripada Afiq.

Alyssa menelan liur melihat wajah serius Afiq. Kali pertama dia melihat Afiq serius selalunya dia happy go lucky orangnya.

"Little princess dah ambil barang yang nak beli tadi?" soal Afiq lembut. Wajahnya berubah apabila memandang wajah Alyssa. Senyuman manisnya kembali terukir.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now