28 | AM

23.7K 781 41
                                    

"Alyssa, bangun." Perlahan Aryan mengejutkan Alyssa.

Alyssa membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia melihat wajah suaminya yang dia cintai terpampang di depannya. Dia tidak bermimpikan. Kalau dia sedang bermimpi tolong jangan kejutkan dia.

Alyssa mahu memeluk Aryan tetapi Aryan terus berdiri tegak. Tersentak Alyssa. Dia betul-betul bermimpi ke?

"Aku ada wuduk. Bangunlah, pergi mandi lepastu kita solat subuh berjemaah" kata Aryan lembut.

Alyssa tersenyum manis sambil mengangguk lemah. Alyssa meregangkan badannya yang berasa pegal-pegal. Dia membalut tubuhnya dengan comforter lalu menuju bilik air. Tubuhnya longlai sedikit tetapi dia tetap gagahkan juga.

Aryan ketawa kecil melihat pergerakkan Alyssa. Teringat pula kejadian semalam.

Setelah selesai solat Aryan membaca doa ringkas. Dia membalikkan tubuh ke belakang untuk bersalaman dengan Alyssa. Dia mencium dahi Alyssa lama.

Mereka bertatapan seketika sebelum air mata Alyssa mengalir deras. Bibir Alyssa dimuncungkan ke depan.

"Kenapa pula kau nangis? Aku ada buat salah ke? Kau sakit dekat mana? Hm?" tanya Aryan sambil memeriksa tubuh Alyssa.

Alyssa mengeleng laju. Tangan Alyssa depakan. Aryan tersenyum segaris kerana memahami kemahuan Alyssa. Dia menarik tubuh Alyssa duduk di atas pehanya lalu memeluk kemas pinggang Alyssa.

"Manja betul isteri Aryan Mikael ni.." kata Aryan meleret. Pelukan dilepaskan sedikit. Pipi Alyssa dicubit kecil. Alyssa tersengih suka.

Alyssa sebenarnya terharu sebab dapat solat berjemaah diimamkan suaminya, Aryan Mikael. Akhirnya Aryan Mikael yang sebenar sudah kembali.

"Sebelum ni tak ada pun manja macam ni. Kenapa tiba-tiba?" soal Aryan. Alyssa menatap wajah Aryan lama sebelum menghadiahkan satu ciuman di bibir Aryan. Terkejut Aryan. Alyssa tersenyum lebar sehingga ternampak deretan giginya.

"Mulai hari ini, rumah ni milik kau juga. Bilik aku tu dah jadi bilik kita berdua. Kau tak perlu buat kerja-kerja hamba abdi macam sebelum ni. Kau boleh jadi maam besar dalam rumah ni. Aku akan upah orang untuk kemaskan rumah kita setiap hari" kata Aryan sambil mengusap pipi Alyssa.

Alyssa memuncungkan bibir ke depan semula lalu menundukkan kepala.

"Dah kenapa muncung pula ni? Hm?" tanya Aryan.

"Kalau saya tak boleh buat kerja rumah saya nak buat apa? Bosan lah nanti asyik duduk rumah tapi tak buat apa-apa. Abang pun balik kerja lambat. Biarlah saya buat kerja rumah." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Matanya berkedip-kedip cuba mencairkan hati Aryan. Dah katakan Alyssa Maisara memang suka membuat kerja rumah.

"Yelah, aku izinkan tapi hanya bahagian memasak. Selain daripada memasak kau tak boleh buat apa-apa. Kau kena duduk diam-diam" pesan Aryan tegas. Terus tersenyum lebar Alyssa. Dia memeluk leher Aryan. Dapat memasak pun jadilah.

Haniff berada di kampung Alyssa sekarang. Dia datang untuk berjumpa dengan Nabila. Sebelum ini tidak sempat sebab dia terlalu sibuk. Sekarang dia tengah cuti jadi dia datang untuk memikat hati Nabila.

Haniff memang selalu melancong kalau dia cuti sebab dia sebatang kara. Mak ayah dia dah meninggal dunia dan dia pula anak tunggal. Mak ayah dia sangat kaya jadi dia dapat semua harta mereka. Saudara mara tinggal jauh. Nak tak nak dia kena hidup berdikari.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now