47 | AM

9.9K 558 31
                                    

Setelah semua selesai mereka pulang ke rumah masing-masing. Alyssa telah dihantar ke sekolah pondok semula. Dia masih tidak mahu pulang ke rumah lagi. Dia tidak berani berdepan dengan Aryan walaupun dia sangat rindukan Aryan. Datin Katrina juga tidak mahu memaksa kalau itu keputusan Alyssa.

"Assalamualaikum" salam diberikan oleh Dato Mustafar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Aryan berjalan ke pintu depan. Tangan Dato Mustafar dan Datin Katrina di salam penuh hormat. Leissandra sudah tertidur di dalam dakapan Afiq. Afiq terus membawa Leissandra menuju biliknya di atas.

"Seronok tak dapat tengok baby tadi?" soal Datin Katrina kepada Aryan sambil berjalan ke ruang tamu. Aryan mengangguk laju dengan senyuman manis.

Punggung dilabuhkan di sofa ruang tamu.

"Bila dapat tahu papa dia nak tengok dan dan baby tunjuk muka" kata Datin Katrina lalu mereka ketawa kecil.

"Besar dah perut Alyssa kan, mummy? Kalaulah Aryan dapat pegang perut dia mesti best" kata Aryan. Dato Mustafar dan Datin Katrina memandang sesama sendiri.

"Bila kamu akan jalankan misi lagi, Aryan?" soal Dato Mustafar sengaja mahu menukar topik.

"Buat masa ni belum ada panggilan daripada atasan" balas Aryan ringkas. Datin Katrina mengangguk faham.

Telefon pintar Alyssa berdering lalu dijawab.

"Assalamualaikum, abi." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat disebalik panggilan video itu.

"Waalaikumsalam, Alyssa. Lyssa sihat?" soal Mansur. Alyssa mengangguk laju.

"Abi sihat?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur mengangguk laju.

"Mana suami kamu, Lyssa? Dia ada misi ke?" soal Mansur. Alyssa mengangguk lalu tersenyum kaku.

"Oh, yeke. Baby dalam perut macam mana? Sihat?" soal Mansur.

"Sihat, alhamdulillah abi. Tak lama lagi abi akan dapat cucu lelaki pertama." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur mengucap syukur.

"Lyssa tengah buat apa tu?" soal Mansur.

"Tengah baring je. Sebab sakit pinggang bawa cucu abi ni." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur ketawa kecil.

"Jangan buat kerja berat sangat tau Lyssa. Kamu tu tengah mengandung. Suami kamu pula takde dekat sini. Bahaya kalau jadi apa-apa" pesan Mansur. Alyssa mengangguk laju dengan senyuman manis.

"Lyssa, ingat tau walau apapun yang terjadi dalam rumah tangga kita itu semua ujian yang diberikan Allah. Hidup ni takkan pernah lari daripada ujian dan manusia pula takkan pernah lari daripada membuat kesilapan. Dengan ujian dan kesilapan itu lah manusia belajar untuk menghargai orang sekeliling mereka."

"Ingat kalau ada masalah dengan suami, bawa berbincang. Jangan lari tak tentu pasal, jangan marah tak tentu pasal. Abi tak ajar anak abi jadi isteri nusyuz, jadi isteri derhaka." Tersentak Alyssa lalu mengetap bibir rapat.

Sebelum Mansur telefon Alyssa dia ada telefon Aryan. Aryan kata Alyssa pergi shopping barang bayi dengan Datin Katrina dan Aryan tengah bekerja. Alih-alih telefon Alyssa lain pula jawapannya. Memang dah dapat agak yang diorang ada masalah.

"Nanti bila abi senang abi datang bandar jumpa kamu dengan Aryan. Abi nak juga melawat cucu abi" kata Mansur dengan senyuman manis. Alyssa mengangguk kaku dengan senyuman tipis. Dia masih terkesan dengan kata-kata Mansur tadi.

"Kalau macam tu, abi letak telefon dulu. Kirim salam abi dekat Aryan. Assalamualaikum" kata Mansur lalu mematikan panggilan.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°•°}

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now