20 | AM

15.6K 581 44
                                    

Setelah Alyssa menghidangkan makan malam di atas meja makan. Dia bergerak ke atas kerana tidak sanggup melihat wajah Aryan. Sungguh dia tidak kuat lagi untuk menghadapi semua ini.

Aryan berselisih dengan Alyssa di depan tangga. Sudah dua hari mereka tidak bersua muka kerana Alyssa selalu berkurung di dalam bilik. Ini pun kebetulan Aryan turun bawah lebih awal kerana mahu berjumpa dengan Alyssa.

"Senggugut kau dah ok belum?" soal Aryan dingin. Alyssa tidak membalas dan terus saja berjalan.

Aryan menarik lembut lengan Alyssa lalu ditepis Alyssa. Dia mengeluarkan buku nota yang sudah dia tulis di dalam itu.

'Tolonglah jangan ganggu saya Aryan.'

Tersentak Aryan. Tiada lagi pangggilan abang? Alyssa berura-ura ingin naik ke atas tetapi tangannya ditarik Aryan lagi.

"Kenapa dengan kau ni? Muka kau pucat lesu. Kau makan ke tak?" soal Aryan kerisauan. Alyssa hanya diam membisu. Genggaman ditangan cuba dileraikan tetapi kepalanya tiba-tiba berdenyut.

Pandangan Alyssa tiba-tiba kabur dan dia terjatuh pengsan. Aryan sempat menangkap tubuh Alyssa. Dia mendukung Alyssa naik ke atas.

Perlahan-lahan mata Alyssa terbuka. Dia mengelip mata beberapa kali kerana pandangannya kabur.

Bilik itu tidak seperti biliknya yang agak kecil. Bilik ini terlihat sangat besar dan luas seperti master bedroom. Dia berusaha ingin bangun dari katil.

"Baring." Aryan berkata dengan dingin setelah masuk ke dalam bilik. Tangannya memegang satu dulang berisi bubur ayam dan air putih.

Alyssa terus bangun dari katil itu ingin keluar dari bilik Aryan. Aryan mengeluh berat lalu meletakkan dulang itu di atas meja kecil sebelah katilnya. Dia mendukung tubuh Alyssa dan membaringkannya di atas katil semula.

Alyssa menolak dada Aryan dengan lemah. Tenaganya hanya tinggal beberapa peratus saja sebelum dia pengsan untuk kali kedua. Muka Alyssa sangat pucat dan tidak bermaya.

"Alyssa jangan degil. Kau tengah sakit. Nanti kalau jadi apa-apa dekat kau susah aku nanti" kata Aryan dengan lembut.

Tiba-tiba air mata turun membasahi pipi Alyssa. Teresak-esak dia menangis. Dia memukul dada Aryan dengan kuat berkali-kali. Dikumpulkan semua tenaganya untuk memukul Aryan.

Hatinya lebih sakit ketika mendengar kata-kata Aryan. Susah? Kalau susah jangan tolong dia. Biar dia mati kebuluran. Alyssa tak nak menyusahkan Aryan lagi.

Aryan menahan tangan Alyssa dari terus memukulnya. Dia tidak mahu Alyssa pengsan untuk kali kedua. Dia menggengam erat kedua tangan Alyssa.

"Alyssa kenapa ni?" soal Aryan. Alyssa melarikan pandangan ke arah lain. Setiap kali dia melihat wajah Aryan pasti dia akan teringat akan kata-kata April.

"Kau tak pernah buat perangai macam ni. Tell me what happened?" soal Aryan lembut. Tidak henti air mata Alyssa mengalir.

Terlalu susah untuk dia menjauhkan diri daripada Aryan kerana rasa cinta dan benci bercampur baur. Bagaimana kalau dia berpisah dengan Aryan suatu hari nanti?

Aryan menyuapkan bubur ayam yang dibuatnya kepada Alyssa sehingga ke titisan terakhir. Alyssa turutkan saja permintaan Aryan untuk makan bubur itu sehingga habis kalau dia mahu keluar dari bilik Aryan.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now