55 | AM

10.3K 512 64
                                    

"Dah, dah jangan bersedih. Kita kena semangat! Nak berperang kena semangat! Anak bini girlfriend tengah tunggu kepulangan kita. Make sure everythings done and clear!" Kata pengemudi helikopter itu.

Semua bangun dari tempat mereka lalu terjun ke dalam hutan itu. Kerana mereka menggunakan helikopter jadi musuh tahu kehadiran mereka di situ. Tembakan dilepaskan ke arah helikopter itu. Tapi nasib baik mereka sempat turun tanpa kecederaan dan helikopter sempat pergi dengan selamat.

Cepat-cepat bergerak keluar dari situ kerana pasti musuh akan datang ke situ untuk memeriksa.

Mereka berlari jauh ikut rancangan yang sudah dibuat. Lari ke hujung hutan lalu memeriksa dahulu kawasan, senjata dan berapa ramai musuh yang bakal ditempuh. Sementara bravo team akan datang esok pagi.

Staf Sarjan Haniff Raykarl dan Koperal Shah Arkandi naik ke posisi mereka. Mereka selaku mata helang emas mereka.

"Musuh lebih kurang 50 orang. Jenis senjata yang digunakan M14, ACR, M16A4, Glock 23, Beretta M9 dan RPG7" kata Haniff. Aryan mengangguk sekali.

Strategi dibincang semula. Satu persatu diteliti. Perbincangan demi perbincangan.

Tiba-tiba suara walkie-talkie Aryan berbunyi.

"Hey, brother. Miss me?" soal Rico dibalik walkie-talkie Aryan. Entah bagaimana dia dapat mengakses walkie-talkie mereka.

"I know you're here now. I know where you at. And I can't wait to see you. It's been a long time since we have a fight. Last time when you steal my position in The Great Glory." Rico terkekeh kecil.

"It was a bad bad fight."

"Stop with the nonsense, Rico. What do you want?" soal Aryan sengaja mahu melengahkan Rico sementara Fathi mencari tempat Rico berada.

Yang pasti dia belum sampai ke Malaysia. Kata Antonio, selepas mendapat tahu tentang kejadian di Itali, dia memberontak. Semua pelaburnya lari kerana takut akan kemunculan The Devil of Death. Perniagaannya lingkup. Yakuza juga sedang mencarinya untuk menuntut apa yang patut dituntut. Nyawa dibalas nyawa.

"You know me, Ryan. I give 24 hours to bring Leissandra Rosabelle to me on your own. If you try to make any plan, I will kill your wife." Aryan terkedu. Semua memandang ke arah Aryan.

"She's so pretty like an angel. With dark black eyes, pearl lips and rossy cheeks. She's been running through my mind all night." Rico membelai gambar Alyssa yang pernah dia ambil dulu dari skrin telefonnya.

Walkie-talkie Aryan genggam erat.

"I love you, Alyssa Maisara."

"I love you too, Aryan Mikael."

"Alyssa dan Arjuna tunggu hubby balik tau."

"We love you papa. Muahh.." Kata-kata Alyssa dan Leissandra kepadanya buat kali terakhir terngiang-ngiang diingatannya.

"If you don't want me to harm your wife and future child. Bring me Leissandra."

Liur ditelan payah. Mata terkerdip-kerdip. Kenapa dia harus membuat pilihan seperti ini? Kenapa dia terjerad dengan semua ini? Dia mahu akhiri semua ini tetapi kenapa susah sangat? Kenapa berat sangat dugaannya?

"Tuan, kita nak buat apa sekarang?" soal Afiq. Aryan hilang kata-kata. Otaknya tiba-tiba tidak dapat berfikir apa-apa.

"Give him what he want." Kata Aryan senafas dengan pandangan yang tajam menusuk bola mata coklat gelap Afiq. Tersentak Afiq.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now