Jauh

852 55 18
                                    

A/n: lagu atas tu lagu yg aku dengar sambil tulis.

2006(Kahar form5):

Kahar's pov:

Aku letakkan telefon dalam pocket dan keluarkan mini mp3 dan earphone. Ayah telefon tanya macam mana budak Prakash tu boleh direstui. Dia marah aku bagaikan aku yang benarkan budak tu menang.

Lepas dia marah aku pasal benda tu, macam biasa lah, mesti dia balik ke script selalu dia.

Aku ni tak cukup. Aku ni bodoh. Aku ni budak hingusan. Aku dengan abang-abang aku banyak beza. Aku memang tak layak digelarkan sebagai anak dia. Aku la sebab ibu meninggal. Aku. Aku. Aku. Aku

Aku genggam tangan aku sekuat hati. Kuku aku yang tak berapa panjang mula menikam tangan aku sendiri.

Perasaan tu datang lagi.

Berat dada aku datang lagi.

Dada aku rasa ketat. Susah bernafas.

Perasaan nak toreh.

Kahar jangan Kahar.

Ya Allah, tolong lah jangan sekarang. Aku menjerit, aku jerit sekuat hati tapi aku tak boleh dengar suara aku sendiri. Kahar tenang Kahar. Kahar sudah.

Aku tak boleh pujuk diri. Tangan aku dah muka menggigil. Aku taknak balik cuti sem nanti. Kalau aku balik...

Tinggalkan fikiran tu Kahar. Tenangkan diri kau Kahar.

Bilik barang cleaner ni tak ada la besar mana. Cukup untuk aku sorang.

Sorang.

Aku sorang.

Y/n

Y/n dengan Prakash makin rapat. Dia kata layan macam adik tapi

Tapi kenapa lately ni aku nampak diorang berdua rapat sangat?

Kenapa y/n mula rapat sangat dengan dia?

Aku tak cukup ka?

Cukup

Prakash cukup?

Prakash pengganti?

Prakas bakal ganti aku ka?

Kahar sudah. Tak Kahar, y/n bukan macam tu. Dia bukan macam tu.

Dia tak macam tu.

Mata aku berat, nafas aku dah mula tenang. Tangisan aku dah mula berhenti.

Bilik yang gelap tu semakim gelap. Sunyi. Sejuk.




Bunyi loceng menandakan dah pukul 6:30.

Aku tertidur ke dalam bilik ni?

Aku bangun dan simpan mp3 aku. Sebaik saja aku keluar dari bilik tu, Hakeem yang tengah berjalan sambil mamai, dengan tuala yang dia gantung dileher tengok aku macam nampak hantu. "Kau tido dalam tu ke Kahar?" Hakeem tanya sambil gosok-gosok mata dia.

Aku tak jawab, aku jalan ke arah dorm untuk capai barang mandi dan terus ke tandas.

Satu hari dalam kelas, aku tak dengar apa-apa. Aku hanya duduk dekat kelas dan diam.

"Are you feeling alright Kahar?" Puan Fanizah tanya aku. Aku tersentak dari fikiran sendiri. Satu kelas tengah perhatikan aku. Disebabkan aku duduk belakang sekali, ada yang pusing badan untuk tengok aku.

Aku angguk. Tak berani bukak mulut. Tak berani bersuara.

Pengecut.

Puan Fanizah angguk dan teruskan kelas seperti biasa. Waktu rehat aku tak makan, tak ada selera. Aku terus ke bilik tukang cuci semalam. Merokok dalam tu sorang-sorang. Telefon aku tak habis-habis berbunyi. Harini dah Khamis. Aku taknak balik.

Aku pergi kelas. Masuk minum petang aku berjalan ke dorm. On the way ke dorm aku ternampak Y/n berdiri sorang-sorang depan dm. Dia dengan baju Metallica aku yang dia ikat di pinggang, seluar hitam, rambut dia yang dia ikat separuh ke atas, muka dia yang berkerut.

Aku rindu dia.

Aku tengok gerak-geri dia. Dia menghidupkan rokok kemudian dial telefon. Telefon aku berbunyi.

Aku tak angkat call dia.

Aku tak marahkan dia. Aku takut. Dia ajak bincang. Bincang pasal apa? Pasal kami? Dia nak tinggalkan aku ka?

Sebaik saja telefon aku berhenti berbunyi aku nampak y/n menyepak batu yang di hadapan dia. Dia mengeluarkan jeritan marah dan akhirnya terduduk di atas kerusi panjang.

Aku yang buat dia rasa macam tu.

Bodoh kau ni Kahar.

Aku perhatikan dia. Dia keluarkan satu surat dari pocket dia.

Aku tatap telefon aku. Dah banyak call dia yang aku tak jawab. Mesej dia yang aku tak reply.

Ini bukan caranya Kahar. Dia sayang kau. Kau kena bercakap dengan dia. Kalau tak sampai bila Kahar?

Aku buka langkah untuk berjalan ke arah y/n, sebaik saja aku sampai dia dipanggil ke dalam. Dia masih belum perasan yang aku ada di luar dm.

Di atas kerusi panjang tu, surat yang dia pegang tadi terpapang besar.

Aku tak bermaksud untuk baca surat tu.

Aku tak patut pun baca surat tu.

Tapi mata aku meliar juga baca.

Oh.

Air mata aku bergenang.

"Kahar.."

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now