Hancur

955 63 51
                                    

2006(Kahar form5):

Kahar masuk ke office dengan muka yang menahan air mata. Baju uniform dia masih dipakai. "Macam mana?" Aku tanya Kahar. "Ayah cakap jangan jibam..." Kahar cakap dan duduk di atas sofa. "Bakpe ayoh saye sangat kat tradisi bodoh tu, bakpe ayoh dok saye kat Kahar?" Kahar tanya aku sambil mendongak ke atas.

Aku duduk sebelah dia dan pegang tangan dia. "Saya tak tahu sayang. Apa pon ayah awak buat, awak tak salah." Aku pujuk Kahar yang dah menangis. Aku tahu dia penat sangat tahun ni. Kahar yang selalunya tabah dalam setiap ujian yang datang, hanya tenang menghadapi segalanya, tahun ni berubah, dia kerap menangis, kerap termenung, dia tak lagi macam dulu bila dia tersenyum lebar, suka buat lawak-lawak bodoh dan prank semua orang.

Benda tu buat aku sedih sangat. Bertapa sakitnya dia tahun ni.

Aku pegang muka dia. Kahar menuntup mata dia dan letakkan kepala dia atas bahu aku.
"Saya ajak satu batch jibam. Jibam Pasal high council. Pasal manifesto. Pasal alumni."

Aku pusing tengok dia. Kahar berpegang ketat dengan tradisi KUDRAT sebab ayah dia. "Saya tak boleh dah sayang. Tengoklah apa jadi dekat adik. Adik, ayam, budak form 2 tu." kahar cakap dengan sepi seperti dia tengah menyalahkan diri.

"Saya bangga dengan awak. Awak kuat sangat, sayang. Kuat sangat." Aku cakap dan usap rambut dia. Kahar hanya mengangguk.

Besok hari Kahar ajak aku ke sekolah. Katanya pihak sekolah ada pengunguman. Pak su dan Mak su pon mengajak aku sekali.

Aku duduk antara Pak su dan Mak su. Pengetua memulakan percakap dengan salam. Aku pusing ke arah kanan. Aku nampak Ayah kepada Kahar, tersenyum sendiri kerana Fakhri dan Naim di panggil ke depan.

Kena buang sekolah ka?

Bertapa terkejutnya aku bila nama High Council keluar dari mulut pengetua tu. Kesemua budak batch form 4 dan form 5 di panggil ke depan untuk membaca ikrar khas bagi menamatkan High Council. Kahar dengan nasib yang buruk terpaksa berdiri depan ayahnya sambil berikrar.

Apabila ikrar habis. Abu yamin hanya merenung marah kepada Kahar.

"Death!" Aku dengar satu suara yang sangat familiar jerit.

Aku toleh dan tersenyum. "To the high council." Ayam cakap dan tunduk seperti habisnya persembahan. "Death! To the high council!" Satu dewan mengulang ayat Ayam.

Ayam toleh tengok aku. "Eee y/n!" He sequels. "Ayam!" Aku cakap dengan senyuman dan terus berjalan ke arah dia.

Apabila majlis bersurai, kesemua wartawan terus bergerak ke pengetua. Mula menanyakan soalan bertalu-talu.

Aku cuba cari Kahar tapi tak jumpa. "Akak. Ayah abang tadi tarik tangan dia keluar dewan." Naim cakap bila dia perasan yang aku tengah pusing-pusing mencari Kahar. Aku angguk dan terus keluar dewan.

Di tepi dewan, dimana tak ramai orang. Kahar sedang tertunduk tengok lantai manakala ayah dia tengah menjerit ke mukanya. Tangan ayah diangkat dan memukul muka Kahar dengan tongkatnya dengan amat kuat. Kahar terpusing dan tersandar ke dinding.

"Dato'!" Aku sergah dan berjalan ke arah mereka berdua. Kahar nampak takut yang aku berani menjerit dengan ayah dia. Aku tetap berjalan ke arah mereka.

"Ayoh sudoh!" Satu suara bercakap dari belakang aku. Aku pusing dan nampak yang berjalan ke arah mereka berdua tu tak lain tak bukan Abdul Kaisar. "Ayoh jange nok pukol adik doh!" He said and stood in between his younger brother and father. "Ayoh maroh sangat kat adik bakpe? Adik budok lagi!" Kaisar bercakap. "Dok pernoh aku ajar biadap lagu ni." Dato' Abu Yamin cakap dan berjalan pergi meninggalkan dua beradik tu. Tiba-tiba dia berhenti. Tanpa berpusing menengok anaknya dia membuka mulut. "Jange dok balik umah doh Kahar." Dia cakap dan terus berjalan pergi.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now