Besar

1.1K 73 93
                                    

2020 (Kahar 31):
(Pretend ja takde covid)

Aku yang tengah tidur mengiring tiba-tiba dikejutkan dengan katil yang bergoyang-goyang. "Astana Cahaya Binti Abdul Kahar. Papa cakap jangan lompat atas katil, kan?" Cik Suami memarahi manja anak perempuannya. "Mama!" Cahaya jerit sambil memeluk aku yang tengah baring.
"Ya sayang." Aku jawab sambil menguap. Memeluk budak 5 tahun yang hyper teruk tu. aku usap rambut dia. Rambut kerinting mengikut ayahnya.

"Mama bangun lah! Harini mama cuti. Papa cuti. Kita cuti. Mama jom la mama jom." Cahaya berbunyi. Mentang-mentang cuti sekolah.

Kahar tergelak. "Nak pergi mana, sayang?" Kahar tanya, dia duduk di tepi katil. Menggeletek anaknnya. Cahaya tergelak kuat.

Dari pintu yang terbuka aku boleh dengar suara budak menangis. Masuknya budak tiga tahun bernama Alamang Purnama yang memegang selimut miliknya sambil mengisap puting dan menangis. "Kenapa nangis, sayang? Kesian dia. Bangun seorang ya?" Kahar tanya dan mendukung anak lelakinya. Purnama cuma menangis dan meletakkan kepalanya di atas bahu ayahnya sebaik sahaja didukung. Kahar berjalan ke arah katil semula. Purnama masih lagi memeluk ayahnya dengan erat.

"Dia panjat keluar crib ke?" Aku tanya. Kahar hanya mengangguk. "Jom lah sayang. Saya dah masak pagi tadi." Kahar cakap. "Awak balik lewat semalam. Bila tengok awak sedap tidur saya rasa bersalah nak gerak." Kahar sambung. Aku mengangguk. Aku bangun dari katil dan pergi ke sinki, membasuh muka dan gosok gigi.

"Jom!" Cahaya cakap sambil menarik tangan aku. Kahar hanya senyum dan mendukung Purnama. Kami berjalan menurun tangga dan menuju ke dapur. Apabila sampai ke dapur, aku angkat Cahaya dan letakkan dia atas kerusi. Purnama pula diletakkan oleh Kahar. Kahar terus mencapai pinggan-pinggan dan menceduk makanan.

"Harini Naim ada buat majlis hari jadi anak dia kan?" Aku tanya. Kahar mengganguk. "Harini kita pergi rumah Ayah ngah ke?!" Cahaya bertanya/menjerit dengan mulut penuh makanan. "Ya Allah sayang. Makan elok-elok. Hujan nasi dah." Kahar cakap dan menggeleng kepala dia.

Aku tertawa kecil sambil menyuap makanan ke Purnama.

Lepas mandikan anak-anak kami memakaikan baju yang kena dengan majlis. Dalam pukul 2 kami sekeluarga naik kereta dan terus menuju ke rumah Naim.

"Abang!" Naim senyum sambil memeluk abangnya. "Kau ni dik, macam setahun tak jumpa padahal baru ja dua hari lepas kita main futsal." Kahar gelak sambil memeluk si Naim. Naim hanya gelak.

Cahaya berjalan ke arah Naim dan menyalam pakciknya. ".... Mana Aliya, ayah ngah?" Cahaya tanya. Naim tergelak. "Aliya! Cahaya datang ni!" Naim panggil dari pintu rumah. Aliya datang berlari dalam gown nya. Sikit lagi ja nak jatuh.

"Cahaya!"

"Aliya!"

Kedua-dua budak perempuan menjerit memanggil nama masing-masing. Macam la tak jumpa setahun. Tadika sekali kot.

"Jangan lari jatuh kang!" Mia jerit dari atas.

Ramai yang ada. Amir, of course, Hakeem, Praky, Black dan ramai lagi. "Hi akka." Praky datang dengan senyuman. Tangan dia mengusik pipi si Purnama yang didukung oleh Kahar. "Hi Praky." Aku cakap sambil tersenyum.

Prakash membuka tangannya untuk mempelawa Purnama.
"Go. Go to uncle Praky." Kahar cakap sambil senyum. Purnama sebenarnya jenis pemalu, selalu duduk dengan antara aku atau Kahar sahaja tapi
dengan Praky dia nak.

"Hi baby." Prakash cakap dekat Purnama yang tengah didukung. Kahar terus ambil kesempatan memegang tangan aku.

"I'm here!" Cakap satu suara dari pintu depan.
Ayam slaying as always, bawak hadiah yang besar dan bagi dekat Mia.

"Kau ni yam. Dari dulu sampai sekarang. Drama." Fakhri cakap sambil meletakkan dua helmet di atas meja barang.

Mereka datang berdua lah tu.

"Cahaya, Aliya. Mari la salam Ayah cik. Ayah cik ada rasuah nak bagi." Fakhri cakap sambil berjalan ke arah kedua-dua budak perempuan yang tadi bermain di meja ruang tamu.

Sebaik sahaja mereka salam si Fakhri, Fakhri keluarkan kinder joy dari pocket dia.
"Ha sudah. Comot anak aku, adik, aku cari engkau."
Kahar cakap sebaik sahaja nampak apa yang diberi oleh Fakhri.

"Garang betul Abang Long. Takot." Fakhri cakap sambill berjalan ke arah kami berdua. Dia mula salam si Kahar.

Lepas potong kek dan membuka hadiah, kesemua dewasa duduk sekelompok. Biarkam budak-budak bermain sendiri. Tapi masih boleh nampak la budak-budak tu.

"Ingat tak waktu Kem Bulan Madu tu? Kahar bukak aib Hakeem?" Fakhri tanya dekat semua orang. "Terberak dalam seluar." Fakhri cakap sambil gelak-gelak. Aku pon sambung sahaja gelak tu. "eh kau dik bukak aib ya?" Kahar cakap, cuba back up si Hakeem. Hakeem pouted his lips. "Eh aku balik la macam ni." Dia cakap.

"Ala jangan la keemkeem." Aku cakap. Hakeem hanya tersenyum.































Kami balik agak malam. Aku mendukung Purnama yang tidur dan Kahar mendukung Cahaya yang mamai-mamai ke kereta. "Papa." Cahaya cakap sewaktu Kahar meletakkan dia atas kerusi budak dalam kereta. "Ya sayang." Kahar jawab dengan lembut sambil memasang seatbelt Cahaya.

"Kalau Papa, papa Cahay. Sapa ayah papa?" Cahaya tanya. Tangan Kahar terhenti. Aku yang berdiri bertentangan sambil memasang seat belt Purnama mengangkat kepala untuk tengok dia.

"Ayah." Kahar cakap dengan nada sedih. Cahaya dah tidur pon. Kahar tak berkata apa cuma ke driver's seat dan menghidupkan enjin kereta.

Bila radio dihidupkan. Matilda by Harry styles dimainkan.

Kami hanya duduk dalam kesenyapan. Topik ayah topik yang sensitif.

Last sekali Kahar nampak ayah dia waktu dia jemput ayah ke majlis Kahwin. Tu pon ayah tak datang. "Sayang." Aku panggil dia dengan lembut. Kahar hummed as an answer. "Awak okay?"

Kahar mengangguk. "Cahaya dan Purnama langsung tak kenal ayah." Kahar cakap. Aku angguk tanda faham.

"Abang ngah call semalam. Dia cakap yang ayah sakit tapi Kahar tak berani, sayang. Kahar tak berani bawak anak-anak balik Kelantan. Kahar taknak ayah endahkan diorang. Kahar tak tahu apa yang ayah rasa pasal Kahar."

Aku pegang tangan dia yang tidak memegang gear. Kereta auto lah kan.

"Kalau awak nak balik sorang. Saya faham." Aku cakap dengan dia. Walaupun Kahar selalu dipukul ayahnya dia tak pernah benci dengan ayah. Dia nak sangat Ayah dia ada dengan dia. Dia nak ayah dia sebagai atuk kepada anak-anak tapi ayah langsung tak pernah layankan si Kahar.

"Saya tak sanggup pergi sorang. Saya tak kuat."

"Bawaklah kami. Kalau ayah cuba yang pelik-pelik saya ada." Aku cakap. Kahar hanya angguk. "Kahar taknak sampai ayah dah tak ada. Ayah tak kenal langsung anak-anak. Anak pon tak kenal langsung Ayah. Tak pernah jejak pon tanah Kelantan."

Bila dah sampai ke rumah. Kahar hentikan kereta di depan rumah terus Kahar memeluk aku dari tempat duduknya. Suara dia yang menangis cuba dia cuba slowkan, takut di dengari anak-anak.

"Tak apa sayang kita balik kelantan. Inshallah Ayah okay." Aku cakap dan usap rambut dia. Kahar hanya mengangguk.

Kami angkat anak-anak ke dalam rumah. Dua-dua dah mandi siap-siap dekat rumah Naim. Kahar membaringkan Cahaya atas katilnya manakala aku letak Purnama dalam crib.

Kahar mencium dahi anak perempuannya. "Papa sayang Cahaya." Dia bisik. Kahar kemudian berdiri dan berjalan ke arah Purnama yang sedang tidur. "Papa sayang Purnama." Dia cakap sambil mengusap rambut anaknya. Kahar kemudian mematikan lampu dan menutup pintu bilik anak-anaknya.

——
A/n: lagu tu memang kena dengan Kahar

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now