Terang

987 58 50
                                    


2006(Kahar form5):

"Miss?" Nurse tu panggil aku. Aku terjaga dari tidur dan tengok dia. "Maaf kejut waktu malam tapi miss kena ambil ubat ni." Nurse tu cakap. Aku hanya angguk dan ambil ubat tu.

"Okay, kalau boleh suruh la dia tidur atas sofa ya. Sakit belakang nanti." Nurse tu cakap sambil tersenyum dan keluar dari bilik.

Aku yang mamai terfikir ayat dia dua tiga kali. Lepas tu aku tengok atas paha aku, Kahar tengah duduk membongkok atas kerusi, kepala dia di letakkan atas paha aku.

"Kahar, sayang?"  Aku panggil dia dengan lembut, tangan aku menyikat lembut rambut dia dengan jari aku. Takut dia terkejut. Muka dia yang asalnya membelakangkan aku di pusing, menghadap aku, mata masih tutup. Aku usap muka dia. "Sayang bangun." Aku panggil lagi. Kahar just hummed an answer.

"Sayang tidur dekat sofa pi. Nanti sakit belakang." Aku pujuk dia. "Hm." Kahar cakap lagi. Mata dia masih tutup.

"Sayang, bangun. Tido dekat sofa hm?" Aku cakap sekali lagi.

"Taknak sofa tak ada awak." Kahar jawab dengan suara mamai. Aku gelak sikit. "Jentik kang. Bukan jauh pun sofa tu. pergi la sakit belakang nanti." Aku cakap dekat dia.

"Ok ok." Kahar cakap tapi tak bergerak pon. "Pergi la." Aku cakap sekali lagi. Kahar bangun dan jalan ke arah sofa, almost jatuh sebab mamai. "Elok elok, yang." Aku pesan. "Hmm." Kahar jawab dan terus baring atas sofa.

Aku patah balik tidur.

Bila aku terjaga balik waktu dah subuh, Kahar tengah solat dekat belah depan sofa. Hari ni ahad, esok dia sekolah. Aku pon terfikir bila dia nak balik sekolah. Kerja fly ja. Jangan kantoi sudah.

Pagi tu memang Kahar baca Quran sampai subuh habis. Aku dengarkan sahaja. Aku terfikir passl hospital bill. Ini memang bukan hospital kerajaan. Macam mana aku nak langsai hutang.

"Jauh termenung." Kahar tegur aku. Dia dah duduk balik dekat kerusi belah kanan aku. "Fikir bill hospital." Aku cakap dekat dia.

"Kahar tanggung." Dia cakap dengan selamba. "Eh tak payah." Aku cakap
"Tak pa Kahar tanggungkan." Kahar cakap."Memang Kahar yang mintak sayang duduk sini. Hospital kerajaan..." dia sambung.

Hm memang la anak dato' kan.

"Nanti saya bayar balik ansur-ansur."

Kahar geleng kepala. "Tak payah." Dia cakap dengan nada suara yang aku tahu kalau gaduh pun dia takkan tukar fikiran. Degil.

Kahar yang bawak aku balik. Naik kereta aku. Dia sebenarnya nak hantar aku balik rumah tapi aku mintak dia hantar gym. Bila sampai saja gym, Kahar pimpin aku ke bilik office.

"Y/n." Ada orang tegur sebelum aku sempat masuk ke office. Aku pusing tengok siapa. "La hang ka." Aku cakap dengan nada yang pura pura bosan. Lelaki tu hanya tersenyum. "Hang ni kan." Dia reply.

Sepupu aku dari belah bapak. Satu-satunya sedara dari belah bapak. "Maaf la aku tak sempat datang waktu kebumi pak long." Poji cakap. "Tak pa." aku cakap sambil senyum. "Uh ni sapa dia?" Poji tanya sambil tengok si Kahar.

"Aku Kahar." Jawab si dia.

Poji hanya angguk dan senyum nakal. "Ohh, aku wali marka hang. Kalau hang buat perangai aku tak restu."

"Ish hang ni." Tapi memang betul, dia sahaja sedara yang tinggal belah bapak, jadi memang ikut agama dia lah wali aku.

"Aku mai sini ada benda lain sama." Poji cakap. Aku tarik nafas panjang. Aku dah agak dah.
"Kalau pasai tokan aku dah cuci tangan dah poji."

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now