Ulang

900 60 56
                                    

2006(Kahar form5):

Aku park motor aku jauh sikit dari sekolah supaya guard tak nampak dan denganr motor aku. Aku lompat pagar masuk sekolah sengap-sengap.

Ayam tengah tunggu dekat KUDRAT square. "Jom lah! Prakash dengan Fakhri dah mula manifesto tu." Ayam cakap sambil tarik tangan aku untuk jalan ke dorm lelaki. "Eh kejap lah. Mia mana?" Aku tanya si Ayam. Hoodie aku bawah jacket hitam tu aku tarik ke atas. Rambut aku dah diikat jadi tak ada rambut yang keluar dari hoodie.

"Aku nampak mia naik tadi. Jom la y/n aku tak sedap hati ni."  Ayam tambah, masih lagi tarik aku dari pergelangan tangan.

Aku ikut sahaja. kepala aku sebenarnya dah sakit, badan aku masih lemah. Rasa sejuk sangat-sangat.

Bila kami sampai ke block lelaki, semua batch form 4 dan form 5 tengah bergaduh sesama sendiri. Dari atas blok sampai ke bawah.

"UMUM LA SIAL!" Aku dengar suara Fakhri lantang menjerit dari tingkat atas. Mata aku meliar ke arah tangga yang penuh dengan budak-budak bergaduh.
Aku toleh ke arah Ayam yang telah tanggalkan selipar dia. Aku faham.

Aku genggam tangan aku. Walalupun tangan kanan aku baru sahaja wrap dan luka sebab tumbuk cermin siang tadi.

"Hati-hati yam." Aku cakap. Ayam angguk. Dengan itu kami berdua menuju ke arah tangga. Aku di depan manakala Ayam dibelakang. Ada dua tiga budak yang lontarkan diri ke arah aku. Aku cuma langkah ke belakang dan ambik jarak. Pusingkan badan, aku menghadap belakang kemudian pusing balik dan sepak kedua budak tu. Bila kedua-duanya dah jatuh aku sambung naik tangga.

"Fakhri!" Ayam jerit dari belakang aku sambil pukul sesiapa sahaja yang cuba attack dia dengan selipar jamban dia tu.

Aku tak kata apa-apa. Terus berjalan, make sure yang si Ayama masih belakang aku. Tangan  aku dah sakit. Aku memang selalu tumbuk pakai tangan kanan.

Lagi setingkat ja y/n. Boleh.

Setiap kali budak datang ke arah aku, aku tumbuk muka dan hiraukan rasa pedih buku lima aku.

Nama Fakhri tak pernah lekang dari mulut si Ayam. Bila aku sampai ke atas aku nampak Fakhri pukul Kahar.

"Fakhri!" Aku jerit nama dia. Fakhri pusing. "Bagus! Kau ada sini kan?! Kau tengok aku hancurkan mamat sial ni!" Fakhri cakap dan sambung memukul Kahar.

"Kau umum sekarang!" Fakhri jerit ke muka Kahar. Tangan dia mengcekik tengkuk Kahar.
Aku berlari ke arah mereka berdua. "Sudah la hanat!" Bahu Fakhri dipegang oleh aku. Aku cuba tarik dia tapi aku tengah lemah dan tangan aku sakit sangat-sangat. Fakhri cuba usir aku tapi aku tak berganjak. Entah macam mana Fakhri boleh pusing dan tampar aku.

Aku terkejut.

Tak pernah aku fikir yang dia nak naik tangan dengan aku.

Fakhri terdiam.

"Hang nak sangat balaih (balas) dendam an?" Aku tanya dia. Aku angkat kedua tangan aku yang dah di genggam. Bandage belah kanan aku memang dah merah habis.  Tanda yang buku lima aku berdarah balik sebab menumbuk tadi.

"Hang masuk!" Aku jerit ke arah Fakhri dan angkat kaki aku terus sepak-tolak dia di dada. Fakhri yang tergerak ke belakang ambik kesempatan jarak untuk sepak aku balik. Tapi sepakkan dia aku tepis. Fakhri menjerit dengan sekuat hati lalu cuba menumbuk aku. By reflex, tangan yang menepis merupakan tangan kanan. Walaupun tumbukkan tak kena dekat aku, buku lima aku terkena lengan dia. Sakit tu terasa dari buku lima himgga ke siku. Macam jarum menyusuk.

Dah la terluka. Di tekan-tekan lagi.

Aku meraung kesakitan tapi tak berhenti lawan.Kahar tadi yang terduduk atas lantai dah berdiri. "Sudah!" Dia jerit "aku umumkan." Kahar cakap dan berdiri antara aku dengan Fakhri. Kahar pusing lalu memanggil kedua-dua batch yang berperangan.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now