Meracau

869 68 95
                                    

2020(Kahar 31):

"Ma.." suara yang lembut memanggil aku. Aku membuka mata, Purnama tengah berdiri depan aku di sebelah katil. He's in his brown bear onesie, membuatkan dia nampak macam teddy bear, with his pacifier still in his mouth and his hand holding his blanket.

He keeps climbing out of his crib. Risau aku. "Ya sayang." Aku jawab dengan perlahan sebab jam menunjukkan pukul 7, Kahar masih tidur. Tangan aku memegang mukanya.

"susu." Dia cakap dengan perlahan juga. Tak macam kakak dia, Purnama lebih suka diam dan tengok surrounding dia. Macam langit dan bumi. Cahaya yang friendly dan Purnama yang pendiam.

Tapi kakak dia selalu jaga adiknya.

"Jom sayang." Aku cakap dan bangun dari katil. Purnama aku angkat dan bawak sekali ke bawah. Aku masuk ke dapur dan mula membancuh susu. Rumah dua tingkat, aku takut juga bila Purnama ni mula panjat keluar katil dia. Nasib baik tangga tu ada child's protective gate.

Takda lah anak aku jatuh tangga macam Ayam.

Bila aku dah bancuh susu dan beri ke Purnama terus dia tunjuk-tunjuk tangga tu. "papa" dia cakap. Dia nak naik ke atas lah tu. Aku hanya tersenyum dan mendukung Purnama balik ke atas. Purnama memang suka berkepit dengan Papa dia. Kahar pon biarkan ja.

Sebab waktu Kahar dengan ayah dulu, pandang dia pon ayah tak rela.

Sebaik saja aku membuka pintu bilik, aku nampak Kahar yang sedang meracau-racau atas katil.

"Ayah, ayah jangan yah sakit" Kahar berkata sendiri. "Ayah tolong maafkan Kahar." Dia sambung. "Ayah! Ayah, sakit!" Kahar mula meracau dengan lagi kuat. Badan dia berpusing dari kiri ke kanan, tangan di angkat menutup muka seakan-akan ada orang yang memukul dia.

Aku berjalan ke arah Kahar yang masih meracau atas katil, Purnama masih didukung dengan sebelah tangan.

"Sayang bangun, yang." Aku panggil dengan lembut. Tak nak tambah terkejut dia. "I-Ibu, salah Kahar. Salah Kahar ib-
Ayah maaf yah! Jangan pukul Kahar!" Dia menjerit dengan lebih lantang.

"Kahar, sayang, bangun." Aku panggil dia lagi. Tangan dia yang di kibas-kibas aku pegang.

"Tolong, ayah! Sakit! AYAH!" Kahar terjaga selepas menjerit dengan sangat kuat. Dia terus terduduk. Nafasnya laju. Mata terbeliak.

Dia memandang ke bawah. Tangannya kedua-dua diangkat untuk menutup telinganya. Lututnya dirapatkan ke dada.

"Maaf, maafkan Kahar, ibu. Salah Kahar. Salah Kahar kita accident. Jangan pukul Kahar, ayah. Sakit, ayah. Tolong ayah. Tolong! Ayah tolonglah jangan pukul Kahar!" Kahar menangis-nangis sambil memeluk dirinya. Ayat-ayat tu diulang-ulang.

Dengan Purnama yang masih di pinggang, aku duduk disebelah Kahar. "Sayang." Aku panggil dengan nada yang sayu. Sudah lama Kahar tak meracau macam ni.

Kahar mengangkat kepalanya untuk tengok aku. "Sayang?" Dia soal. Seperti tak boleh percaya yang dia bukan di tempat gelap tu lagi.

Aku angguk dan senyum. Tangan aku di angkat untuk memegang mukanya. "Saya dekat sini. Awak selamat. Awak okay." Aku pujuk dia. Kahar hanya angguk dan menangis. Tangan aku yang dimukanya dia pegang. Purnama yang asalnya di pinggang aku, mula bergerak ke ayahnya. "Papa." Purnama memanggil dengan suara yang tidak lebih dari bisikkan, seakan-akan memahami yang papanya tidak stabil.
Purnama yang telah meletakkan diri atas riba Kahar, memegang muka ayahnya, sama seperti aku. Kahar yang menangis hanya tersenyum sedih dan memeluk anaknya. Sambung menangis sambil memeluk Purnama dengan erat.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now