Rahmat

790 61 57
                                    

2020(Kahar 31):

Selepas Kahar habis mandi dan bersiap, kami mengangkat anak-anak untuk masuk ke kereta. Mereka berdua masih tidur. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Plan awalnya nak bertolak pukul 7 tapi aku tahu, malam semalam Kahar tak boleh tidur. Tidur lewat.

Kahar yang berada di passenger seat cuba melawan matanya yang hampir tertutup. "Awak kalau mengantuk, tidur lah, sayang." Aku cakap di dengan lembut. Mataku masih lagi fokus ke jalan depan tapi aku nampak dia yang dah tersengguk-sengguk dari ekor mata aku.

Kahar menggeleng. "Awak sorang nanti." Dia cakap sambil menguap. Aku tersenyum. "Awak ni dari dulu sampai sekarang degil. Tidur sayang. Saya okay." Aku cakap dengan dia. Kahar mengangguk. "Apa-apa gerak saya."

Lepas beberapa minute of silence aku decided untuk bukak radio. Tak ada la kuat mana tapi dari Kahar sampailah anak-anak semua jenis yang boleh tidur dalam bising-bising jadi aku tahu yang tak ada isu pon.

"Asslamualaikum! Selamat sejahtera semua. Harini ini saya dj Fadhli menemani anda. Tarikh harini 14 November , tepat mula cuti sekolah. Mesti ramai yang gembira ya!" Dj tu. bercakap.

14 Nov

Hari Rahmat....

Lagu yang mula dimainkan ialah Pagi Yang Gelap.

Lagu favourite si Rahmat. Aku tersenyum kecil. Teringat waktu Rahmat buat radio gym tu harrta dia, dia main lagu tu on repeat sampai ada budak gym yang datang ke counter mintak tukar. Melenting si Rahmat.

"Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adik mu dan engkau abang, ku amat merindui kamu"lagu yang dinyanyikan berbunyi, aku turut menyanyikan lagu itu dengan perlahan.

Rahmat.

"Kau kena ingat y/n, kau tu budak lagi, tak payah la buat semua ni, aku ada, biar aku yang buat."

Rahmat selalu ulang ayat tu. Waktu aku hilang kesemuanya, Rahmat lah yang ada. Awalnya dia cuma perkerja aku. Akhirnya dia lah abang aku yang menyuluh jalan apabila Kahar tak ada. Orang pertama yang Kahar meminta restu merupakan Rahmat. Abang Mat.

"Ingin ku ulang ke masa dulu."

"Jangan lah nangis y/n, aku ada, abang ada. Okay?"

Rahmat pernah kata waktu bapak di tangkap polis. Waktu tu aku dengan Kahar baru bercinta beberapa minggu. Ego aku tak pernah berani nak menangis depan Kahar tapi Rahmat tahu. Rahmat tahu bertapa merajuknya aku dengan dunia.

"Makanlah. Aku masak. Kau suka kan? Ayam varuval dengan rasam."

Di saat aku merajuk dengan dunia, Tuhan hantar Rahmat untuk memujuk aku hidup semula.

bila aku dah masuk uni, aku masih turun gym tapi jarang sebab aku dah muka sibuk. Rahmat yang handle segalanya. Dia cakap aku perlu fokus, bair dia handle tapi aku rasa bersalah sebab aku tahu yang Rahmat tak suka handle benda-benda macam tu. dia hanya trainer ja.

Tapi dia insisted. Rahmat cakap biar dia yang pikul. Dia nak tengok aku grad.

"Aku sayang kau, y/n. Kau faham tak? Kau jangan la macam ni. Kalau kau dah tak ada sapa yang nak kacau aku pagi-pagi? Sapa yang nak ajak aku sparring? Siapa yang nak makan segala masakan aku? Bagi aku nasihat? Kau adik aku y/n. Aku ada sini. Faham?"

Rahmat bercakap panjang setiap kali dia dapat tahu yang aku mula toreh balik. Bila aku habis sparring, sebelum wujudnya Kahar dia lah yang mengubat luka aku. Bila aku lalok, dia lah yang jaga aku.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now