Pandang

1K 80 102
                                    

2020(kahar 31):

Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam rumah Ayah, Kahar memberi salam dengan perlahan. Abang long dan Abang ngah berjalan di hadapan, munuju ke bilik Ayah. Pintu bilik tertutup rapat.

Kahar terhenti di sebelah pintu. Tangan Cahaya yang dipegang oleh Kahar masih dipegang erat. Kahar menarik nafas yang panjang dan menutup matanya. Dia bersandar di dinding.
Kedua-dua abangnya masih belum membuka pintu bilik Ayah. Mereka hanya berdiri, memberikan masa untuk Kahar mengumpul keberanian untuk bersemuka dengan Ayah.

"Sayang?" Aku panggil. Purnama diletakkan di sebelah pinggang, muka Kahar aku usap dengan lembut. Kahar memegang pergelangan tangan aku dan mengucup telapak tangan aku.

"Saya takut." Dia kata sambil memandang mataku. Aku hanya tersenyum sayu. Patutkah seorang anak begini takut untuk menjenguk ayahnya yang sakit?

"Saya ada, kami ada." Aku memujuk dia. Suara kami tidak sekuat mana, takut Ayah yang disebalik pintu mendengari. Kahar mengangguk ke arah aku. Dia memandang abang-abangnya dan mengangguk.

Abang long terus membuka pintu dengan perlahan-lahan. "Ayah, tengok siapa datang." Kata abang long dengan senyuman. Kahar terus melangkah masuk ke dalam bilik bersama Cahaya. Aku mengekori dia.

"Ayah." Kahar memanggil. Ayah sedang duduk di atas katil. Matanya tak terpandang pon ke arah Kahar. Hanya merenung ke arah hadapan.
"Adik balik ni, ayah." Kahar bercakap dan mendekati ayahnya. Dia mengambil tangan ayahnya dengan lembut dan menyalam ayah. Ayah masih tidak memandang wajah Kahar.

"Ini anak Kahar, Cahaya. Baru 5 tahun." Kata Kahar dengan senyuman sayu. Cahaya yang seramah-ramah alam tak berkata apa-apa. Cuma berdiri disebelah ayahnya. "Ini Purnama." Kata Kahar dan berdiri sebelah aku. "Ini menantu ayah, isteri Kahar, y/n, ayah ingat kan? Dia?" Kahar tetap bercakap walaupun ayahnya tidak memandang dia langsung. Kahar menunggu, menunngu supaya bilik yang sunyi tu di penuhi dengan suara ayahnya. Namun Ayah hanya memandang hadapan dan kemudiannya beralih pandang ke arah tingkap.

"A-ayah." Kahar memanggil. Ayah masih tidak menoleh.

"Adik?" Tiba-tiba dia menoleh. "Ayah." Kahar menjawab seperti terkejut yang ayahnya mahu bercakap dengan dia. "Adik baru balik sekolah ke?" Ayah bertanya. Dahi Kahar berkerut. "B-balik?" Kahar bertanya kepada abangnya.

"Haah, adik baru balik." Abang long berkata sambil menghela nafas. "Adik baru balik?" Ayah bertanya lagi. "Ya yah, adik balik." Kata Kahar sambil menangguk.

"A-ayah tak ingat bila adik pergi."

Kahar menahan sebak. "Tak lama ayah." Kata Kahar sambil berjalan ke arah ayahnya. "Kahar, anak ayah." Ayah berkata. Air mata Kahar mula jatuh. Ayah mengangkat tangannya, dari lemah lembut tangan tu aku tahu dia bukan berniat memukul Kahar, namun Kahar tersentak ke belakang dan melindung mukanya dengan tangannya sendiri. "Ma-maaf." Kahar berkata dan terus cepat-cepat berdiri dan berjalan keluar dari bilik Ayah.

"Adik kemana tu along?" Ayah bertanya dengan riak muka yang kekeliruan. "Adik penat tu. ayah pon mesti penat. Ayah tidur ya?" Along bertanya.

Aku berpusing ke arah abang ngah. "Abang jaga diorang sekejap, boleh?" Aku bertanya. Abang ngah cuma mengagguk.

Aku memberikan Purnama dan Cahaya kepada abang. "Duduk dengan Pak Ngah kejap ya? Nanti mama datang balik, ya sayang?" Aku bertanya kepada kedua-dua anak aku. Mereka mengagguk.

Aku berjalan keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu, mencari Kahar. "Kenapa ni?" Mak jah bertanya. "Mak jah ada nampak Kahar?"

Mak jah menagguk. "Dia ke bilik dia." Mak jah cakap dan menunjukkan tangga. "Bilik belah kanan, paling hujung."

Aku selalu ada || Abdul KaharDonde viven las historias. Descúbrelo ahora