BAB 1: Kebahagian

983 30 1
                                    

Splashhh!!!!!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Splashhh!!!!!!!

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku. Mia?" tenang Ace soal walaupun wajahnya habis basah di simbah air. Mata Ace terus tepat memandang Mia yang menayang muka yang tidak berpuas hati dengan dirinya.'apa lagi minah ni nak cari pasal dengan aku'.

Jelas terlihat wajah Mia yang kemerahan menahan marah dan dadanya berombak laju. Ace sibuk menikmati sarapan, namun entah dari mana minah ni datang lalu mengambil air gelasnya lalu simbah wajahnya.

"Kau yang report pasal aku ponteng kelas kan?" nyaring suara Mia. Budak-budak di dewan makan langsung mengalih wajah mereka pada mereka.

"Ya. Memang aku yang report. Puas hati?" jawab Ace dengan muka tidak bersalah. Habis tudung dan bajunya basah lenjun.

"Kurang ajar"

PPPAnggg!!!! Terteleng kepala Ace setelah menerima tamparan Mia. Kebas di bahagian pipi kiri kian terasa.

Berombak hati Ace menahan kemarahan setelah ditampar. Dengan sekelip mata Ace mencengkam tudung Mia lalu ditarik ke belakang sehingga kepala Mia terdongak ke atas. Mia meronta-ronta untuk di lepaskan.

'arghh!!'

Ace menarik tangan kiri Mia lalu tangan itu di hempap di atas meja. Setelah itu Ace mengambil pen dan dicacak di celahan jari Mia. Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Bibir Ace rapat di telinga Mia.

"Kau patut bersyukur, pen tu tak kena jari engkau. Kalau tak, berlubang tangan kau , aku kerjakan" ugut Ace. Mata kelabu Ace menikam mata Mia. Tatapan Mia jelas terlihat Mia yang rasa gugup.

"Kalau kau tak nak aku report pasal kau ponteng kelas, jadi jangan sibuk report pasal aku curi-curi keluar waktu malam. Kau patutnya rasa lega yang aku tak report benda haram lain yang kau buat. Kalau tak, kau dah lama kena buang dari sini. Faham?" pesan Ace dengan tegas.

Mia yang cari pasal dulu. Cukup baik Ace report pada warden yang Mia ponteng kelas. Sedangkan banyak lagi kesalahan yang dia lakukan termasuk bawa barang terlarang seperti arak dan rokok.Disebabkan dia malas memanjangkan cerita, jadi dia hanya membiarkannya sahaja.

'Memang semua kaum Ruth perangai cam sial ke' soal hati Ace.

...........................................................................................

"Weh Fiza!! Senyap sikit buat kerja tu boleh tak? Kau nak kita kena tangkap lagi ke dengan warden. Kau nak kita kena denda lagi ke? Tak serik-serik" marah Ace disebabkan Fiza menutup pintu dengan kuat sangat kuat. Terkejut Fiza dengar Ace marah akan nya.

Nasib baik semua pelajar sudah kembali ke dorm masing-masing. Mungkin dah penat sangat kena kerah dengan warden sebab aktiviti gotong royong pagi tadi. 'Macam tak ada hari lain nak buat aktiviti tu. Nak jugak 'curi' waktu cuti budak-budak sini.' merungut Ace dalam hati.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now