BAB 10: Madura

282 22 10
                                    

"Ace, aku rasa ini laluan yang kita sudah lalu tadi. Kau yakin ini laluan yang betul?" serius Jef bertanya. Apa yang dikatakan oleh Jef ada benarnya. 30 minit mereka menghabiskan masa untuk mencari petunjuk tetapi masih tidak mendatangkan hasil.

Ace yang sibuk meneliti peta yang berada di tangannya.

"Berdasarkan peta yang Hayder bagi, betul." Ace yakin dia lalu laluan yang betul. Tetapi kenapa sebarang petunjuk masih tidak dijumpai.

Kes penculikan Kaum Ruth menjadi tanda tanya. Kenapa mereka di sembunyikan di pulau terpencil di sini. Apa motif penculik untuk menculik Kaum Ruth.

Menurut sumber pihak atasan, kes penculikan ini agak terkenal kerana Kaum Ruth yang diculik bukan di kalangan orang biasa. Mereka adalah VVIP.

"Kau rasa macam mana Lisa?" soal Jef pada Lisa.

"Aku pun rasa begitu. Kita masih tidak menemui petunjuk yang Kaum Ruth diculik" ujar Lisa yang berada di sebelah Jef sambil menatap wajah Ace yang seakan-akan buntu. Hari semakin gelap. Mereka mempunyai waktu yang suntuk untuk mencari. Tiada khabar dari pihak Hayder dan juga pihak Ray, Rina dan juga Fiza.

"Aku rasa tak."

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan pulau ni. Aku dapat rasakan pulau ini di jaga oleh penghuni di sini. Ada penghuni pulau ini."Kata Ace dengan berhati-hati.

"Sumber dari pihak atasan, Pulau Madura ni agak terpencil dan tidak berpenghuni. Kau rasa kita diekori ke, Ace?" teka Lisa dengan wajah yang berkerut.

"Ya. Hati aku kuat menyatakan yang kita semua di ekori seseorang dari awal kita jejak ke dalam Pulau Madura. Bukan seorang, tapi ramai. Sangat Ramai." serius Ace.

Mata Ace melilau di sekeliling dengan berhati-hati. Mata tajam Ace memerhati segenap ruang mereka yang seakan-akan menjadi perhatian seseorang. Pokok-pokok tinggi di perhatikan dengan sangat teliti. Tangan kanan bersiap sedia menggenggam pisau belati yang terdapat di sisi pinggangnya.

Ace yakin ada yang mengekori mereka. Dan dia tidak pasti sama ada Hayder dan lain-lain juga turut di ekori oleh 'mereka'. Yang menjadi tanda tanya, siapakah mereka?.

Zapppp!!! Pisau Belati terarah kepada sasaran.

"Downn!!!" jerit Ace dengan sekuatnya sambil membaling pisau belati tepat kepada seseorang. Jef dan Rina terkejut dengan tindakkan Ace yang secara- tiba-tiba.

"Arghhhh!!!!" jeritan seseorang memenuhi ruangan sunyi hutan itu. Jeritan itu menandakan pisau itu tepat terkena sasaran.

Tanpa di arah, Jef terus mendekati suara jeritan itu. Terbeliak matanya dengan apa yang dia lihat sasaran yang terkena pisau belati Ace yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"You're wrong this time, Ace" senada Jef berkata.

"Dia adalah sebahagian daripada kita" sambung Jef lagi sambil sepasang matanya menikam wajah gerangan lelaki itu yang mempunyai sepasang mata yang berwarna kelabu.

Wajah lelaki itu ketakutan dan dalam masa yang sama dia mengerang kesakitan keran pisau itu tertusuk di bahagian lengan kirinya. Wajahnya kelihatan sangat muda.

"Dia......." kata Rina dengan reaksi yang terkejut.

"Kaum Hera" sambung Ace sekilas matanya meneliti seorang lelaki yang berumur 18-19 tahun yang sedang mengerang kesakitan kerana pisau Ace terkena di bahagian lengannya. Darah semakin melimpah keluar sehingga baju gerangan lelaki itu basah dengan darah.

Bagaimana Kaum Hera boleh berada di Pulau Madura?? Pulau yang terkenal dengan tidak berpenghuni dan terpencil dari dunia luar.

Ada sedikit rasa bersalah di dalam jiwa Ace mensasarkan pada lelaki itu. Dia mendekati lelaki yang cedera itu dengan niat untuk merawatnya.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now