Bab 20: Penjaga (TW)

109 11 4
                                    

Pintu dikuak dari luar dan muncul satu susuk tubuh yang berpakaian serba hitam. Matanya tepat memandang ke arah bebola mata Alex yang duduk di atas sofa dengan kakinya bersilang. Senyuman sinis tertera di wajah Alex.

Sangat beku wajah lelaki itu.

"Dia dah terima mayat ?" soal Alex.

Lelaki itu hanya mengangguk sedikit. Matanya mencerlung ke dalam mata Alex.

'Kau memang sial'.

Alex tersenyum berpuas hati setelah kesemua mayat rakan-rakan Ace sudah di hantar kepadanya.

"Seperti yang dijanjikan, kau boleh bawa perempuan ni keluar dari sini" arahnya sambil wajahnya berpaling pada Jasmin yang berada tidak jauh dari mereka.

"Aku tak nak tengok wajah perempuan ni lalu depan mata kepala aku lagi. Kalau tidak, nasib dia sama macam kawan-kawan kau." ugutnya.

Lelaki itu langsung menatap wajah Jasmin yang kelihatan tidak bermaya. Baju yang lusuh dan wajahnya kelihatan terlalu pucat.

Giginya digertap kuat kerana amarahnya yang membuak-buak dengan kelakuan Alex yang berjanji bahwa dia tidak akan mencederakan perempuan itu. Namun, kata-kata itu tidak dikotakan.

Saat itu sepasang mata mereka berdua bertembung. Air mata perempuan itu mengalir saat lelaki itu menatap wajahnya.

Tangannya digenggam sebuah penumbuk. Pernafasannya sedikit teratur walaupun marahnya membuak-buak tatkala melihat keadaan Jasmin seperti tidak terurus. Hatinya sangat gusar melihat kesan-kesan luka yang mula mengering dan ada juga yang masih berdarah. Dia tahu yang Jasmin dilayan begitu buruk oleh orang suruhan Alex.

Dari atas kepala sehingga ke bawah ditilik dengan penuh teliti. Tiada satu pun yang tersisa di matanya. Lebam kebiruan jelas kelihatan di lengan, wajahnya dan juga kakinya.

Kepalanya digeleng sedikit. Bukan...Ini bukan seperti yang dijanjikan. Sial.

"Kau....-khianati janji kau, Alex" giginya digertap. Segala urat di lehernya timbul sedikit. Tangan digenggam sebuah penumbuk. Matanya yang helang tajam melihat sepasang mata itu dengan penuh membara. Bila-bila masa pem=numbuknya dilayang ke muka Alex.

Sinis senyuman Alex sambil membalas pandangan Karl yang jelas ternyata dia sedang menahan kemarahan.

"Aku khianat? Habis kau tu apa?Huh" sinisnya.

"Khianat kawan-kawan kau sendiri demi perempuan bodoh ni!!!" Alex menguji lelaki itu.

"Karl,..Kau dan aku sama. Tak ada jauh beza pun. Sama-sama mengkhianati. Jadi tak payah tunjuk muka baik kau dekat sini." sungguh sinis dia berkata.

Karl mendekati Alex yang tidak jauh darinya sambil mencengkam kolar baju Alex.

"Heii!!!! KAU DENGAR SINI BAIK-BAIK. Aku...langsung tak sama dengan kau, la sial!!!" lantang Karl bersuara

"Masa kau deal dengan aku...kau pun dah bunuh kawan-kawan aku. Kau seksa kawan-kawan aku. Pilihan yang kau bagi pada aku langsung tidak adil. Menyelamatkan wanita yang masih hidup atau wanita yang sudah pun menjadi mayat. Tidak sama nilainya. Jadi, jangan buat keputusan yang hanya menguntungkan kau saja" matanya mencerlung tajam. Jiwanya berombak menahan marah.

Ketawa kecil kedengaran dari Alex. Jelas dia tidak langsung terkesan dengan kata-kata Karl.

"Kau tak nak tahu ke apa yang aku buat pada kawan-kawan kau selama mereka menjadi tahanan di sini? Huh? We were having a night party almost everyday. Plus,they have a perfect body."sinisnya lagi.

Terkaku Karl mendengar apa yang dikatakan oleh Alex.

"Maybe selepas ini aku boleh try Ace.....---"

"Kau- jangan berani sentuh dia!!!. Kalau kau sentuh dia-aku tak teragak-agak untuk tembak kepala kau dengan sniper aku!!!!" kolar di genggam kemas dan lebih kuat. Matanya mencerlung tajam. Keningnya sedikit terangkat. Jiwanya mula rasa tercabar dengan kata-kata Alex.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now