Bab 8: Gali (TW)

346 24 3
                                    

'Perlu ke aku bagitahu mereka pasal mayat Reez?' soal hati Jef sambil matanya menatap wajahnya di hadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Perlu ke aku bagitahu mereka pasal mayat Reez?' soal hati Jef sambil matanya menatap wajahnya di hadapan cermin. Contact lenses ditanggalkan. Terserlah mata kelabunya.

'Kalau aku bagitahu mereka hal sebenar mampukah mereka bersedia dengan dunia yang kejam seperti ini'

Malam ni adalah mimpi ngeri buat mereka berempat kerana mereka telah melihat dunia sebenar Kaum Ruth yang sudah lama berlaku.

Jef juga seorang daripada mereka, Kaum Hera. Sudah hampir 8 tahun dia menyembunyikan identiti sebagai Kaum Hera demi menyelamatkan nyawanya. Namun keberadaan Reez di Kem itu tidak disangkanya.

Pertama kali Reez jejak di kem tersebut, dia tahu Reez akan menjadi target Kaum Ruth untuk membunuhnya atau lebih spesifik menjadi bahan uji kaji mereka berkaitan dengan Racun yang mereka hasilkan dari arak Kaum Hera.

Kaum Hera menjadi target kerana mereka menjadikan mereka sebagai bahan eksperimen kerana ingin melihat keberkesanan racun itu di dalam tubuh Kaum Hera kerana Kaum Hera mempunya tahap imunisasi yang tinggi. Motif mereka buat begitu masih tidak dapat dikenal pasti.

"Kalau kau ingkar arahan aku, kepala kau aku cincang jadi arak dekat sini." kata Alex sambil tangannya merendamkan kepala Jef di dalam tub besar yang berisi air.

Jef tergapai-gapai mencari oksigen untuk bernafas setelah direndam kepalanya berkali-kali. Dadanya mula merasa kepenatan dan perit. Luka di wajahnya juga turut terasa sakit setelah dipukul oleh orang suruhan Alex. Kelaran di bahagian pergelangan tangannya terasa pedih saat terkena air.

Wajah Jef ketika itu sangat pucat dan tidak bermaya.

"Bagi budak Kaum Hera racun tu. Kalau tak, aku bunuh kau. Kau pilih. Sama ada Reez mati atau kau yang mati!!!!" nyaring suara Alex sambil memasukkan sesuatu ke dalam pocket kecil seluar Jef.

Kematian Reez bukanlah kesalahannya tetapi kerana ugutan, dia terpaksa mengikuti telunjuk Alex. Jef tahu kalau bukan dirinya yang lakukan itu, Reez juga akan mati di tangan orang suruhan mereka atau mungkin lagi teruk Reez dibunuh.

Pada awalnya, Jef menolak arahan Alex sekeras-kerasnya tetapi dia diugut dan dibelasah teruk pada malam itu sehingga badannya penuh dengan kesan parut yang dalam hasil dari kelaran pisau.

'Mungkinkah mereka berempat juga akan menjadi target. Adakah nasib mereka juga akan sama seperti Reez dan juga adiknya, Jasmin'. Cermin dihadapannya dipandang.

'Dimana kau sekarang. Abang sangat rindukan kau'. Tanpa dia sedari air matanya mengalir dengan sendirinya. Hampir 8 tahun Jasmin meninggalkan dia keseorangan. Sehingga sekarang keberadaan Jasmin masih belum dapat dikesan.

Pada awalnya, Jef masuk ke dunia Kaum Ruth hanya untuk menjejaki adiknya namun semakin lama dia berada di pasar gelap itu semakin banyak rahsia yang dia pegang. Awal-awal dia menjejaki dunia Kaum Ruth, dia seperti Rina, Ace,Fiza dan Lisa. Trauma, rasa takut dan marah. Kehilangan adiknya adalah semangat dia untuk masuk ke dunia ini.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now