Preview- Bab 13 (Ace)

230 12 1
                                    

Ini preview sahaja. Saya masih kekeringan idea.

"Aku tahu kau tak setuju dengan tindakan aku sekarang ni tetapi aku tiada pilihan lain, Jef. Kau kawan aku, jadi aku perlukan kepercayaan kau untuk aku selesaikan semua ini. "

Mendengar saja kata-kata Ace, mata Jef memandang tajam ke arah wajah Ace. Niatnya ingin membidas tetapi Jef tidak sanggup memarahi orang yang dianggap istimewa buat dirinya. Dia cuba mengawal emosi supaya dia dan Ace tidak bergaduh.

Jef tahu, berapa banyak cadangan yang diusul oleh Jef dan Karl, satu pun tidak akan dipersetujui oleh Ace. Jadi, lebih baik dia tidak mencetuskan perbalahan. 

"Pilihan sentiasa ada.....Menyerah diri kepada mereka bukan pilihan yang terbaik buat masa sekarang ni, Ace. Kau tidak akan mampu bertahan jika mereka menggunakan kekerasan. Kau perempuan. Aku tak sanggup melihat mereka apa-apakan kau seperti hamba. Atau lebih teruk lagi.....

"...hamba seks " sayu Jef bersuara. Lirikan mata Jef dilarikan dari pandangan wajah Ace kerana dia tidak sanggup perkara itu terjadi pada orang yang berada di hadapannya sekarang. 

Sukar untuk dia berfikir positif ketika ini kerana dia yakin Tentera Kaum Ruth akan melakukan perkara itu. Dia sudah menjadi saksi selama 8 tahun dia bersama-sama dengan mereka.

Perkataan 'hamba seks' sungguh berat Jef katakan kerana dia tidak mampu membayangkan keadaan mereka jika ia benar-benar berlaku. 

Tipu lah jika Ace tidak takut dengan apa yang dikatakan oleh Jef tetapi sejujurnya dia hanya mampu merancang dan dengan harapan rancangannya akan berjaya jika dia berjaya keluar dari tahanan itu nanti. Dia tahu,Tentera Kaum Ruth tidak akan berdiam diri. 

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now