Bab 13 (ACE)

335 28 9
                                    

"Kau dah bersedia, Ace?" soal Jef dengan nada prihatin.

Ace hanya mengangguk kepalanya sedikit menandakan dia sudah bersedia menghadapi segala akibat yang bakal terjadi. Wajah Ace sangat tenang sambil memandang ke arah laut yang luas. Jelas sekali hembusan nafas Ace sedikit berat dan seperti Ace memikirkan sesuatu.

Sedikit lagi mereka akan tiba di darat. Akhirnya mereka dapat keluar dari Pulau Madura dan biarkan penempatan Kaum Hera menjadi rahsia buat mereka sahaja. Angin yang sedikit kuat menyebabkan rambut Ace mengerbang ke belakang. Pandangan sisi wajah Ace di perhati oleh Jef dengan ralit.

Tatapan mata Jef pada Ace tidak lekang. Di sebalik mata Ace, ada sedikit kerisauan yang terbuku di dalam hatinya.

Di sudut hati Jef, dia menyimpan perasaan pada Ace lebih dari seorang kawan. Perasan yang sukar dijelaskan oleh dirinya sendiri..

Namun, dia hanya mampu menyimpan perasaan itu demi menjaga sebuah persahabatan. Kerana nilai sebuah persahabatan lebih tinggi nilainya. Tiada tandingan kerana dia masih boleh memerhati Ace dengan jarak lebih dekat walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Itu lebih dari cukup.

Melihat wajah manis Ace dan sedikit senyuman yang ada di wajahnya membuat dirinya yakin dengan keputusan Ace dan juga rakan-rakannya walaupun hatinya masih tersisa ragu ragu dengan keputusan mereka. Tetapi sebagai kawan, dia perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Ace.

"Kau yakin dengan keputusan kau?" - Jef

"Mereka akan seksa kau dan yang lain, Ace. Fikirkan semula rancangan kau. Ianya lebih teruk dari yang kau fikirkan. Aku risau kau tak mampu untuk bertahan...

"Kau tak takut?" soal Karl sambil memandang wajah Ace yang sangat tenang. Hati Karl sangat risau. Dia cuba memujuk Ace untuk memikirkan semula rancangan mereka.

Wajah Ace memandang ke arah laut seperti dia memikirkan sesuatu. Bukan sahaja Jef yang tidak setuju dengan rancangan Ace tetapi juga Karl.

Mendengar soalan dari Karl membuat diri Ace tertawa kecil. Mereka sangat terkejut dengan tingkah laku Ace yang sangat tenang seperti tidak takut langsung dengan apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

"Aku dah cukup lama bertahan, Karl. Jika nyawa aku sendiri menjadi galang ganti, aku sudah lama bersedia. Aku takut? Takut dengan Kaum Ruth? " terdengar tertawa halus dari Ace.

"Kuasa apa yang Kaum Ruth ada untuk aku takuti? Hurm?" pertanyaan Ace membuat Jef dan Karl terdiam seribu kata.

Rina, Fiza dan Lisa yang mendengar pertanyaan Ace juga turut terkesan kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai rasa takut dengan apa yang bakal terjadi.

"Kuasa mereka hanya menggunakan kekejaman dan penindasan yang tidak memerlukan akal fikiran yang waras untuk menindas orang-orang yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah tidak mempunyai otak."

"Jika mereka tiada akal untuk berfikir dengan waras, jadi aku akan menggunakan akal aku yang waras untuk membunuh satu persatu 'kuasa' yang mereka agungkan sehingga mereka tiada lagi kekuatan itu.Persis haiwan. Hina dan jijik !" sinis Ace.

Terkedu mereka semua dengan kata-kata tegas dari Ace.

Rina mendekati Karl dan memberi satu cebisan kain merah kepadanya untuk menutup mata Karl dan Karl menyambut pemberian itu dengan berat hati walaupun di sudut hati Karl tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Begitu juga Ace memberi cebisan kain berwarna merah kepada Jef. Ketika itu, matanya menatap wajah Jef yang agak sedikit kecewa. Ace tahu Jef tidak setuju dengan apa yang dia rancangkan.

Ini adalah arahan bukan pilihan. Jadi Jef kena akur dengan keputusan yang dibuat oleh Ace dan juga rakannya.

Ace perasan dengan perubahan wajah Jef yang sedikit muram dan marah. Lirikan mata Ace tidak terlepas menatap pada wajah Jef.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now