Bab 11: Ketua

266 21 13
                                    

"Siapa yang kau maksudkan dengan 'mereka'?" soal Karl dengan penuh rasa curiga. Mata Karl mencerlung ke arah wajah sunggul perempuan yang jelas ketakutan.

Dia tidak akan tertipu dengan keadaan perempuan itu. Mungkin perempuan yang berada di hadapannya itu penuh dengan muslihat.

Karl menghalakan M16+ tepat ke arah badan perempuan itu dengan niatnya untuk menguji kebenaran kata-kata yang keluar dari bibirnya.

"Saya.....Jasmin"

Terketar-ketar suara Jasmin tatkala lelaki itu menghalakan senjata api ke arahnya. Badannya terasa sangat lemah dan tidak lagi mampu untuk berlari mahupun berdiri. Dia sudah cukup jauh berlari keluar dari kawasan rumah neraka itu. Dia tidak mahu berpatah balik ke sana.

" Saya mohon...tolong selamat budak-budak Hera yang berada di dalam sana" katanya dengan perlahan sambil telunjuk jarinya dihalakan ke arah hutan gelap.

Sepasang mata Karl menikam mata Jasmin. M16+ yang dipegang oleh Karl digenggam kemas dan masih tidak beranjak dari tempatnya.

"20 orang remaja Kaum Hera berada di sana yang sedang menunggu waktu kematian mereka pada bila-bila masa sahaja. Mereka semua dalam bahaya."

"Tolonglah... percaya kata-kata saya" jelas Jasmin dengan tenang dan nadanya lebih kepada memujuk lelaki itu untuk mempercayai kata-katanya. Dia yakin lelaki yang berada di hadapannya sekarang adalah lelaki yang boleh dipercayai. Kerana apa?

Kerana lelaki yang berada di hadapannya adalah Kaum Hera. Kaum Hera tidak akan pernah sama sekali membelot antara satu sama lain.

"Apa jaminan kau untuk meyakinkan aku yang kau tidak berkata bohong? Hurm" selamba Karl berkata-kata sambil matanya memerhati setiap inci tubuh perempuan itu yang penuh dengan dengan kesan lebam dan luka yang agak besar dan teruk.

Di sudut hatinya agak kecewa dengan apa yang dia lihat di hadapannya sekarang. Kaum Hera begitu tersiksa terutamanya perempuan.

"Wajah manis kau tidak mampu untuk mengaburi mata aku untuk aku mempercayai kata-kata kau. Dengan kau yang secara tiba-tiba muncul di dalam hutan yang tebal seperti ini membuat aku lebih curiga " ujarnya lagi dengan senyuman sinis terukir.

Walaupun, wajah perempuan itu sangat pucat tetapi masih ada kecantikkan di sebalik wajah yang penuh luka-luka seakan-akan di pukul.

Jelas bebola mata Jasmin bergetar dan air matanya berjurai keluar. Tangan dan kakinya terasa kesejukkan. Bibirnya sedikit menggigil kerana sakit yang menimpanya sekarang tidak mampu dia bertahan lagi. Air liurnya ditelan beberapa kali. Wajah tampan lelaki itu dipandang sekilas. 

"Saya taruh nyawa saya. Bunuh saya kalau saya berkata bohong!" ujar Jasmin dengan perlahan namun ada sedikit tegas. Disebalik mata kelabu Jasmin yang penuh air mata tersirat keberanian yang tinggi.

Pada waktu yang sama, tangan Jasmin menggapai hujung bajunya dan diangkat sedikit ke atas sehingga menampakkan bahagian abdomennya.

Riak wajah Karl terus berubah dan sedikit terkejut dengan apa yang dilihat.

Kesan toreh sepanjang 10 cm jelas kelihatan di bahagian perutnya yang masih berdarah walaupun telah dijahit. Jahitannya terbuka hampir kesemuanya.

Berkerut wajah Karl melihat kesakitan yang ditahan oleh perempuan ini. jelas lukanya agak teruk seperti tidak dirawat sebaiknya.

Pakkkk!!! 'sial'

M16+ Karl terus berada dalam keadaan kemas dan sepertinya ingin melepaskan tembakan. Senjata itu tepat menghala ke arah tubuh badan Jasmin. Matanya sangat fokus kerana dia tidak mahu targetnya tersasar.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now